Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Blog... Tiada lagi nilai sastera...

Siapalah penulis blog di mata orang? Apakah nilainya. Silalah letakkan harga pada tulisan tulisan di blog anda. Tengoklah siapa yang sudi membayarnya. Pada waktu ini, kebanyakan penulis menulis blog hanya sebagai mata pencarian... Iklan iklan menjadi fokus utama...  Lantak la nak isi apa pun... Waima fitnah sekalipun... Berita basi diulang ulang sehingga menjadi sensasi... Tuding jari salahkan penulis sangat kejam, sebenarnya. Tapi itulah, bila jadi penulis juga kena hidup... Jalan terus saja... Tiada lagi nilai sastera....

Lawak Malam Jumaat

Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat pembiakan lembu Australia . Di depan hadirin.. seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini.. "Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari." Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri menteri itu berbisik ke telinga suaminya.. "Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang ..!" Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depan nya tadi meneruskan penerangan.. . "Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!" Menteri dengan senyum membisiki telinga isterinya.. "Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. bukan dengan satu betina saja..

Gambar Perempuan digunakan sebagai bahan lawak...

Sejujurnya aku tak suka lawak-lawak yang menggunakan gambar perempuan melayu sebagai subjek. Lagi lagi kalau lawak berbaur kelucahan melampau... Cuba bayangkan jika wanita tersebut adalah isteri, atau ibu, atau adik perempuan, atau anak perempuan kita, pasti kita akan sedih dan kecewa apabila gambar-gambar mereka dijaja ke merata tempat dan dijadikan objek untuk lawak-lawak haram jadah yang diedit oleh lelaki-lelaki yang miang dan gatal. Semoga kita dan keluarga kita dilindungi daripada dijadikan bahan lawak  dan lebih teruk lagi, menjadi bahan fantasi seksual lelaki lain kat group WhatsApp.

Puteri mandi geli dengan badak berendam di tepi tepung pelita.

TK: Kak, kuih badak berendam ni spesis apa? jantan ke betina?? Penjual kuih : Dua-dua ada... TK : Boleh la kak, bagi kuih badak berendam RM2, kuih puteri mandi pun RM2, tepung pelita RM2... Penjual kuih : Nak bungkus sekali ke??? TK: Bungkus asing asing la kak, nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak! Penjual kuih : Tepung pelita ni?? TK: Yang tu letak tepi puteri mandi. Terang sikit saya nak tengok!

Main Bola Gantung...

Tahniah pasukan bola sepak sukan SEA Malaysia yang erjaya menewaskan Singapura dengan jaringan 2-1... Dalam kekalutan... Dalam debaran... Terlepas satu dua makian... Kadang-kadang menjerit marah... Sang suri menegur... Suri: Awak ni.... Tengok bola diam diam je la... TK: Eh... Orang Tengah semangat ni... Suri: Tengok bola pandai... Main pandai ke? TK: Itu la awak tak tau... Dulu saya ni juara tau... Suri: Iye la tu... Macam la baru semalam baru kenal awak... TK: Itu la awak tak tau... Dulu saya ni.... Juara main BOLA GANTUNG...

Khasiat Daun Pisang.

KHASIAT DAUN PISANG Selain dari daun KETUM.. DAUN PISANG juga boleh menyembuhkan pelbagai macam gejala2 penyakit seperti ;               1. Perut pedih 2. Bepeluh 3. Badan ketar 4. Kurang konsentrasi 5. Pening/sakit kepala 6. Mata berkunang-kunang 7. Tidak bertenaga     Caranya : Ambil Dua Helai daun pisang lalu letak berlapis Kemudian letak nasi , ikan masin, petai jerok, tauhu, kerabu pucok paku, sambal belacan ikan tawar. Lebih molek di tambah daging masak gulai atau ayam bakar.... Makan tanpa peduli org disekeliling. Pasti gejala penyakit 1 hingga 7 seperti di atas akan dapat di atasi. SELAMAT MENCUBA

Cerpen Lawak Petang Ini...

DIALOG DALAM KELAS AGAMA Suatu hari ketika semua murid mengikuti pelajaran agama di kelas...! USTAZAH : "Siapa tahu doa masuk tandas...? Angkat tangan...!" ZALI : "Saya ustazah...." USTAZAH : "Ok Zali, cuba baca...!" ZALI : "Allahumma Inni A'uu dzubika minal khubutsi wal khobaiz" USTAZAH : "Bagus Zali..., Siapa yang ajar kamu...?" ZALI : "Ummi..., di rumah, ummi tampal dekat pintu bilik mandi. Tiap hari kami baca...." USTAZAH : "Kalau doa hendak sikat rambut siapa tahu...? Karim angkat tangan... KARIM :"Allahumma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" USTAZAH : "Betul..., Hebat kamu, Karim...." KARIM : "Kakak saya tampal kat cermin, tiap2 pagi bila sikat rambut kakak mesti baca...." USTAZAH : "Hebat2..., Baiklah, siapa tahu doa ketika nak tidur...?" Din bin Zahari : "Saya tahu ustazah...!" USTAZAH : "Wahhh, Din kamu tahu ya......

Aku seorang suami dan ayah...

Isteri.... kasut di kakinya... Ah.... Nak sebut nama brand nya pun sudah berbelit lidah... charles and keith!!! Anak... Merengek nak kan kasut... Kasut baru raya... Cap buaya( crocs)... Nama saja cap buaya... tapi harganya kalah kasut dewi kayangan... Suami ( aku la tu) Di kaki ku... Ah... Malu nak cerita. Beli di mydin... Rasanya 4 tahun lepas... mungkin 5 tahun lepas... Tapaknya sudah haus.... ASADI jenamanya.... tapi setia dibawa ke mana mana sahaja... Itu la selipar raya. Selipar bawak kereta... pergi kedai. Pergi mall!!! Eh. Pergi masjid sekali... Akhirnya... khidmat selipar tu tamat malam tadi. Di mydin jua...

MUSIM KORBAN DTG LAGI

MUSIM KORBAN DATANG LAGI Seekor kambing hanya boleh untuk satu orang sahaja jika dibuat korban. Seekor lembu boleh dikongsi dengan 7 orang jika dibuat korban. Seorang suami pula boleh dikongsi oleh 4 orang wanita, jika wanita tersebut sanggup berkorban.

Apa makna sebenar pemimpin?

Baju merah si pemimpin yang kaya (berada di atas). Baju kuning si rakyat yang kesusahan (berada di bawah). Yang atas konon konon cuba nak naikkan si rakyat ( dengan mwnghulurkan tangan) agar keluar dari kemiskinan (bawah).. tapi tak sampai. Si pemimpin terus berusaha. Dia turun di lapangan menjadi orang miskin ( turun ke bawah) melalui harta yang dia ada ( tangga). Dengan alasan nak bantu rakyat, dia kenakan cukai, dia naikkan harga barang, dia ambil semua harta rakyat (kaki) dengan alasan untuk membantu. Akhirnyer dengan harta rakyat juga dia cuba bantu untik naikkan rakyat. (Kaki). Sedangkan pemimpin itu mempunyai tangga (harta). Mereka sendiri dalam keadaan kaya raya. Nak bantu rakyat yang sebenarnya harta rakyat... Dan rakyat terus menyokong si pemimpin (gambar last)