Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Takut Bini....

Tukang Karut : Semalam bini aku suruh basuh kain... Pak Kaduk: Abis tu, ko buat la? Tukang Karut: Ishhhh... Ko ni... Kita ni lelaki... Mana buat benda macam tu... Aku tengking dia balik... Pak Kaduk: Wahhh... Hebat... Hebat... Hebat... Aku nak belajar dengan ko la... Apa yang ko tengking dia? Tukang Karut: Aku tengking dia kuat kuat... " Sabun Mana!!!!? Mana Sabun????!!!" Padan muka bini kita tu... ingat kita takut dengan dia ke...

HASIL SURVEY TERHADAP SIFAT LAKI -LAKI DI DUNIA :

HASIL SURVEY TERHADAP SIFAT LAKI -LAKI DI DUNIA : 1. Orang EROPAH : Mereka punya 1 isteri dan 1 kekasih, tetapi mereka lebih mencintai isterinya" 2. Orang AMERIKA : Mereka punya 1 isteri dan 1 kekasih, tetapi mereka lebih mencintai kekasihnya. 3. Orang INDIA :Mereka punya 1 isteri dan 4 kekasih, tetapi mereka lebih mencintai ibunya. 4. Orang ARAB :Mereka punya 4 isteri dan 1 kekasih, tetapi mereka lebih mencintai pembantunya !! 5. Orang CHINA : Mereka punya 1 isteri dan beberapa kekasih, tetapi mereka lebih mencintai wangnya. 6. Orang SINGAPURA : Mereka punya 1 isteri dan 1 kekasih, tetapi mereka kerap menangis kerana tidak mampu membayar perbelanjaannya. 7. Orang MALAYSIA : Mereka punya 1 isteri, tidak punya kekasih tetapi selalu berangan-angan untuk mempunyai isteri lebih daripada 1 tetapi takut dengan bininya.. heheh..

Isteri....

Cerita mlam jumaat, Abang: Sayang............mlm ni mlm juma... (xsempat habis cakap) Sayang: Abang, tolonglah faham, saya ni perempuan. Ada waktu2 yg tak boleh diganggu. Abang: Ye lah sayang..... (berlalu pergi, spt selalu) Dek kerana kerap sgt si isteri menghalang, si suami pun mula menanda kalendar isterinya: 1hb: period, xleh ganggu 2hb: period, xleh ganggu 3hb: period, xleh ganggu 4hb: period, xleh ganggu 5hb: period, xleh ganggu 6hb: period, xleh ganggu 7hb: period, xleh ganggu 8hb: habis period, belum mandi 9hb: xmandi lg, rasa mcm ada skit lagi 10hb: baru lepas period, so xleh ganggu 11hb: baru lagi ni, xleh ganggu lagi 12hb: xsedia lagi, xleh ganggu 13hb: kena hati2, xleh ganggu 14hb: waktu subur, xleh ganggu 15hb: waktu subur lagi, xleh ganggu 16hb: masih subur, xleh ganggu 17hb: kurang subur, belum boleh ganggu 18hb: xbrp subur doh tp xdop mood, so xleh ganggu 19hb: xsubur & xdop mood lagi, xleh ganggu 20hb: mood xcomey, xleh ganggu 21hb: mood...

GROUP WASSAP LORONG 9

Pak Man created group "Jiran-jiran Lorong 9" Pak Man added 0157777897 Leha: Kenapa add saya? Saya sorang je perempuan dalam group ni? Pak Man : Salam Leha. Ni group untuk ketua keluarga lorong ni. Sabrani : Hi Leha. Pak Sani : Morning Leha. Leha : Kenapa ramai lagi yang tak masuk? Pak Man : Kita add mana yang aktif dulu. Yang lain tu slow-slow. Abg Jai : Salam Leha. Dah Bekfes? Leha : Tak suka la group ni. Sabrani : Kami nak berukhwah saja. Leha pun boleh kongsi cerita. Mintak tolong kat sapa-sapa dalam group ni. Leha : Group persatuan penduduk kan dah ada. Pak Sani : Ramai sangat Leha. Banyak benda. Group ni untuk lorong kita jer. Leha : Segan la. Leha sorang jer pompuan. Pak Sani : Leha kan ibu tunggal. Ketua keluarga pulak tu. Kami kena support. Leha : Bagi Leha jadi Admin Pak Man. Leha change to Admin Leha added Kak Siah Pak Sani left Leha added Siti Salamiah Sabrani left Leha added Ustazah Kamariah Pak Man left Abg Jai left ...

Alam telah lama mengajar kita.

Kalau ingin menangkap ayam, jangan dikejar. Nanti kita akan penat dan ayam pun makin menjauh. Berikanlah ia beras dan makanan, nanti dengan mudah ia datang dengan rela. Begitulah Rezeki, Keluarkan lah sedekah, nanti Rezeki akan datang menghampir tepat waktu. Kalau ingin memelihara kupu-kupu, Jangan tangkap kupu-kupunya, pasti ia akan terbang. Tetapi tanamlah bunga. Maka kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayap-sayapnya yang indah. Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang, tetapi kawanan yang lain juga datang : lebah, pepatung. dan lainnya, juga akan datang menambah warna warni keindahan.

TIPS BACAAN AL-QURAN

TIPS BACAAN AL-QURAN  Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni. 1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca), Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu. 2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran. 3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk. Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu. 4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan. Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia. Maka jang...

Sumbangan Anak Kepada Mak Ayah...

Pernah tak, ada dalam situasi ni?? = Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar.. = Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri.. = Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu.. = Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja... = Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan.. = Waktu balik ...

Anak Lambat boleh bercakap. Lambat boleh membaca. Lambat mengenal huruf. Lambat membaca quran.

Teguran dari Allah. Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca. Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji. Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji. Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu. Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain. Lambat boleh bercakap. Lambt boleh membaca. Lambat mengenal huruf. Lambat membaca quran. Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali. Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya " Tak mengaji kat rumah ke?" Si anak menjawab jujur. " Mengaji ustazah" Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya. Terkejut ustazah bila tahu ibunya ad...