Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pantun Ucapan

Sajak Bertajuk "Lepas Tu..."

Mengadap PC... Nak buat penilaian prestasi sendiri dan anak buah... Lepas tu tenet lembab... HRMIS dah jadi hamis! Lepas tu aku mula tertekan... Bila aku dah mula tertekan... Kepala mula menjadi berpusing pusing... Lepas kepala terasa berpusing pusing... Perut mula buat hal... Tak lapar...  Tapi perut mengada ngada menghantar isyarat melalu saraf tunjang ke otak untuk minta diisi... Lepas tu otak mentafsir isyarat yang diberikan perut... Lepas tu mula la otak berkerja keras! Lepas tu tertekan... Lepas tu aku rasa nak makan! Lepas tu aku tak jumpa makanan!!! Lagi tertekan... Lepas tu... Lepas tu... Three la!!!! NotaKarut: Aduyai!!!

Pantun Selamat Malam...

Surinya Tukang Karut Cantik Bermekap Berbaju Tidur Serta Bercelana Tukang Karut Hanya Nak Ucap Selamat Malam Dan Tidur Lena ... NotaKarut: Malam ini malam Sumaat... Adei! Kena cubit lagi!!! Pantun Selamat Malam

Sajak Bertajuk Bila...

Bila aku penat, aku mula mengarut... Bila aku mengarut, aku mula lupa diri... Bila aku lupa diri, aku mula tak ingat dunia... Bila aku mula tak ingat dunia, aku mula ingat akhirat... Bila aku ingat akhirat, aku mula menghitung pahala... Bila aku menhitung pahala, aku mula teringat dosa dosa yang bertimbun... Bila aku teringat dosa dosa yang bertimbun, aku mula tertekan... Bila aku tertekan, aku mula rasa lapar... Bila aku rasa lapar, aku mula mencari makanan... Bila aku mencari makanan, aku mula mengira jumlah lemak yang bakal bergayutan... Bila aku mengira jumlah lemak yang bakal bergayutan, aku mula naik risau... Bila aku mula naik risau, aku mula akan mengarut balik.... Bila aku mengarut, aku akan mula berfikir... Bila aku mula berfikir, otak aku akan cepat jem... Bila otak aku jem, aku mula cari nutrisi makanan tambahan dan sila ulang baca semula rangkap di atas... NotaKarut: Sajak yang terhasil tatkala badan kepenatan... Hohoho...