Langkau ke kandungan utama

Catatan

Penat jea belajar tinggi-tinggi.

Warrrrggggghhhhhhh!!! Bosan betul la... Aku rasa tak ada pulak lecture aku dulu ajar benda ni... Mengarut betul... Nak fikir ayat 1 perenggan pun kepala dah berpusing-pusing dah... Salah ayat maknanya salah maksud... Kesannya sangat besar... Dalam mesyuarat, bukanya kita tau apa yang penting, apa yang patut off record, apa yang mengarut, kadang-kadang banyak borak dari bincang hal berkaitan... Penat jea belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap... Tapi buat minit mesyuarat pun terhegeh-hegeh!!!

Itu tandanya???

Ramai orang berkata-kata apabila seseorang tersenyum itu tandanya setuju... Ada orang bermadah pujangga apabila seseorang itu tersenyum itu tandanya dia sedang bahagia... Ada juga orang bertutur kata seseorang itu tersenyum tandanya sedang menahan marah!!! Ada juga orang berkias kata apabila seseorang itu tersenyum, dia sedang menipu... Bahayanya senyuman itu... Satu senyuman dengan seribu makna...

Fitrah Lelaki...

Segarang mana pun seseorang itu, sebengis mana pun lelaki itu, setegas mana pun jantan itu... Tapi bila berdepan dengan orang yang tersayang... Tak kira la apa pun jenis hubungannya... Semua perasaan itu bagaikan lenyap dibawa arus...

Karnival Sukan KSCKC

KARNIVAL SUKAN ANJURAN KELAB SUKAN CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN LOKASI : KELAB SUKAN DBKL, JALAN TUN SAMANTHAN. TARIKH : 10.07.2010 PASUKAN BERTANDING : 5 UNIT Ahli-ahli pasukan dari Unit Keselamatan Cerun. Tahun ni, bos pilih warna kuning, konon-konon la ramalan Brazil akan masuk final piala dunia... Siap beli bendera Brazil lagi... Beli dekat Brazil lagi(En Bos pergi Brazil Bulan Jun)... Tapi hampeh... Sejak Brazil kalah dengan German, Bos suruh sorok bendera tu... "Jangan pakai" katanya... "Buat sial jea nanti"... Sesi bergedik-gedik sakan sebelum perlawanan bola tampar untuk buat pihak lawan berpinar-pinar mata... Yang aku hairan ni... Kenapa aku boleh melompat lak ni??? Padahal bola tu pergi membelon jea tu... Kalau Pro yang main, biasanya akan main 3kali... Tapi yang ni semi amatur... diulang... semi amatur... tak sempat nak tarik nafas, bola dah datang balik dah... Kesudahannya, walaupun main bermati-matian, (main 3 game, 7 set) hanya mampu dapat tempat k...

Gelap Gelita...

7.35malam... Aku ada dalam bilik air, tengah syok-syok bersiram, tiba-tiba, dunia jadi gelap... Haram jadah betul la... Oi!!! Siapa tutup lampu bilik air ni oi!!! Oi!!! Pedih la mata aku... Niat nak mandi lama-lama terpaksa ditangguhkan... Dengan pantas, terpaksa menyudahkan acara bersiram... 7.40malam... Dengan masih bertuala, aku jenguk dekat ruang tamu... Gelap... Duk teraba-raba cari dinding sebagai panduan... Dah jadi macam orang buta lak rasanya... Buka pintu luar... Sah!!! Satu taman blackout... 7.50malam... Dalam kegelapan malam... Menunggu dengan penuh sabar berharap bekalan elektrik akan pulih dalam masa terdekat... 8.00malam... Masih berharap... Masih dalam kegelapan... 8.10malam... Harapan makin pudar... Masih terraba-raba lagi... 8.20malam... Kegelapan terus menyelubungi... Tapi aku masih terus berharap walaupun dengan harapan yang makin menipis... 8.30malam... Ni tak boleh jadi ni... Dengan penuh keterpaksan, aku melangkah longlai ke kedai untuk membeli lilin... 8.35mala...

Bahasa Budaya Bangsa...

Dengan merujuk kepada gambar di abwah...silalah memberi pandangan tentang "bahasa budaya bangsa"... Adakah ini bangsa Malaysia???

Madah Berhelah...

Seseorang telah salah (atau sengaja tersalah) hantar sms... Sekali baca... Macam nak kasihan... Dua kali baca... Macam nak pitam... Tiga kali baca... Baru faham maksud tersirat... " Hidup tak selalunya indah... Kadang-kadang cerah di waktu pagi... Akan tetapi hujan di tengahari... Untuk mereka yang mempunyai payung... Berteduh mungkin bukan perkara yang sukar pabila hujan turun... Bila-bila boleh dikembang atau dikuncupkan payung itu... Akan tetapi jika payung yang sedia ada tidak sempurna... Bagaimana??? Tempias hujan pasti akan menimpa empunya badan... Apakah patut kita menukar payung??? Atau sekadar pasrah kesejukan ditimpa hujan..."