Langkau ke kandungan utama

Catatan

Siapa Yang Paling Kuat Mengarut...

Hai... Hai... Hai... Lambaian tukang karut... walaupun korang tak nampak, aku nak lambai gak... biar la bangla mesin rumput tu nak tersengih sorang sorang pun... 2011... Akan berakhir dalam beberapa jam je lagi... Tapi itu bukan isi entry ini... Entry ini ditulis sebagai penghargaan kepada mereka mereka yang turut sama sama memeriahkan lagi dunia blog ini... Terutama mereka mereka yang meng"happyning" jahanam bahasa melayu dan english aku!!!  sama sama mengarut dalam blog tukang karut ni... Tinggi tingi buah bidara, Tinggi lagi sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Umbut rumbia enak dimakan Dibawa orang dari Bagan Kedatangan tuan dialu alukan Silalah datang lagi jangan la segan Bubur durian berbau kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi. Cari cari daun selasih Tumbuh merimbun di hujung laman Budi tuan junjungan kasih Menjadi kenanga...

Satu Persoalan...

Persoalan yang bermain main di benak... Ombak Rindu... Filem Korea... Cerita bersiri Korea... Aaron Aziz... Bebenar telah merosakkan minda wanita dengan fantasika romantika khayalan... Yang hanya dalam filem atau khayalan yang boleh dilakukan... Satu persoalan... Jujur... Kamu wahai wanita... Kamu mahu melihat sifat romantik lelaki yang sejati ataupun lelaki berlakon romantik seperti keinginan romantik khayalan kamu dalam filem? NotaKarut: Nak kata apa? Jangan mencebik dengan berkata manis kerana aku tau jawapan jujur kamu...

Terbaik... Terbanyak... Ter... Ter... Ter...

Rabu Tanpa Kata Versi Sebelum Nikah... Dendam... Hijab Ghaib... Orang Minyak... Rabu Tanpa Kata... Saje Dengki... Susahnya Bersurikan Physiotherapy... Dammm It! Saya Budak Baru Belajar... HoneyMoon At Bali 1st Day... Hadiah Yang Ditunggu... 20112011... Hik Hik Hik... Kelainan... Buka Kaunter Pertanyaan... Tips Menghayati Kehidupan... Merenung Masa Hadapan... Layan Perasaan... Kontroversi... Bukan Salahku Jadi begini... Bajet 2012... Ditemuramah ASTRO AWANI... Rabu Tanpa Kata V XRAY... Bagai Mengangkut Batu Di Bencah... Keh Keh Keh... Masih Adakah Rabu??? Kedai Kopi... Mencari Pahala Di Hari Jumaat... Tips Mencari Pasangan Hidup... Kerja... Dikerjakan... Cara Basuh Kemaluan Gadis??? NotaKarut: Entry yang mendapat komen yang banyak... Setakat 30.12.2011 - 26.08.2011... penat lak nak cari lagi...

Suratan Yang Tertulis...

Kenapa Tengok Saya Sebegitu Rupa?? Bagi Salah, Tak Bagi Pun Salah ... Esok Dah Mula Sekolah ... Jiwa Kacau... Topik Semasa Breakfast Pagi Ini. .. Eh... Kena tekan ke? Naik, Naik Dan Naik.. . Ada Yang Nak Kena Turun ... Susahnya Nak Jadi Engineer ... Mana-mana pun boleh ...   Gali...Gali... Gali. .. Dia Buat Hal Lagi. .. Jom Teka.. . Heboh... Kecoh... Serabut... owh... malasnya nak mengimbau kisah lama... ingatkan tadi nak buat review entry entrry yang pernah dikarutkan...

Rabu Tanpa Kata...

Cerpen bubur kacang hijau + durian...

Arakian selepas mencatit barang apa yang perlu untuk memasak bubur kacang hijau + durian dalam nurkilan sebelum ini di sini ... Menyonsong la si laki bini ke kedai buncit yang berdekatan menaiki kancil turbo... Si suami seperti biasa mempunyai kuasa penuh veto hanya mengarah si bini mengambil itu dan ini... Barang tu barang ini dengan hanya menunjuk menggunakan muncung bibir... Hoho... Ketua la katakan! Namanya pun dah kerja sebagai penolong pengarah... Berpulang la semula ke rumah si laki bini selepas mendapat apa yang dihajati untuk memasak bubur kacang hijau + durian yang sangat diminati si laki...  Maka bertungkus lumus la si bini menyediakan persediaan untuk memasak... Si laki, macam biasa la... Mengangkang depan tv la... Hohohoho... Haippp!!! Jangan nak buat muka mencebik... Ini cerita aku... Ikut suka aku la... Tiba tiba terdengar suara si bini menjerit dari dapur... "Abang...  panggilan yang lembut dan mesra lagi manja, tapi tak reti nak tuli...

Resipi Bubur Kacang Hijau + Durian...

Cik Puan Suri menelefon akaknya bertanyakan resipi bubur kacang durian... Aku dilantik menjadi tukang mencatit barang barangnya... Mendengar dengan tekun... 2 cawan kacang hijau 2 cawan santan pekat 1/2 cawan susu pekat manis 1/2 sudu teh garam 2 helai daun pandan 2 sudu gula kelapa... Ha??? Gula kelapa??????? Hohoho... Aku garu garu dagu... Lama dah aku berkecimpung dalam arena masak memasak ni.... Ini pertama kali dengar gula kelapa... NotaKarut: Nak kata apa ek? Si suri ada kat seblah ni... Nak kutuk lebih lebih pun, kang naya je tidur luar...