Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pasca Raya...

Assalamualaikum. 1. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya... Mohon maaf andai ada perkataan yang menyinggung perasaan... 2. Peringatan untuk diri sendiri... Raya memang raya... Tapi jangan dilupakan puasa sunat 6 hari... Tambah 6 hari je lagi... Sebulan ramadhan + 6 hari syawal bersamaan setahun berpuasa... Ko mampu ke jemah nak puasa setahun? Nak puasa setahun ke nak puasa 6 hari syawal? Pandang air tebu berpuluh peluh tun iman dah tak kuat... Ada hati nak puasa setahun... 3. Lepas raya ni, semua rasa dah kembali ke normal... Seluar yang longgar dah ketat balik... Baju yang longgar dah fit ngam ngam... berat pun tambah ' sikit' je dari sebelum puasa... haiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... 4. Mari menghitung hari... Hari ni baru 14/7/2016... Jauh lagi perjalanan... 25/7/2016... Haiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh NotaKarut:Masa ni la serdak serbuk kuih raya nampak sedap!!!!

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Takbir dialun selepas senja, Tanda tiba hari nan bahagia, Tangan dihulur maaf dipinta, Terjalin kukuh ikatan mesra. Andai kata pada pelita, Gelap gelita di malam hari, Andai ada terlanjut kata, Maaf dipinta setulus hati, Selamat hari raya aidilfitri,

Impian Ramadhan Yang Tak Kesampaian...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan berlalu pergi... Pejam celik pejam celik... Dan masuk 25 Ramadhan... Impian ramadhan yang aku rasa semua orang nak ialah mengurangkan berat badan... Aku target dapat 75 kg hujung ramadhan ni... Tapi setakat hari ni... 79 je... Turuyn 7kg... Itu pun rasanya harapan palsu... Silap silap raya nanti naik 14 kg pulak!!! Apa apa pun, yang nak balik raya esok... Pesanan aku, pandu kereta bukan pandu babi! Sekian...

Bahaya shopping baju raya semasa ramadhan...

Bahaya shopping baju raya semasa ramadhan... Terutama di hujung hujung ramadhan... Sebabnya lepas raya nanti, baju seluar akan mengecut... Ntah la... Tak tahu kenapa... Mungkin kain sekarang tak berkualiti... NotaKarut: Bini dah bising baju raya tak beli lagi.... Hummm... Sayang... Khamis nanti baru gaji...

Pickup line puasa...

Suri : "Abg jangan pergi bazar..saya dah masak.." TK: "Awak masak apa?" Suri: "Saya dah masak dengan perangai abang,pegi bazar nak tengok perempuan.." Haihhhh....

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, Hè...