Langkau ke kandungan utama

Catatan

Susulan Kes Anak Kecil Dibunuh Di Batu Cave.

Susulan kes anak kecil dibunuh pengasuh di Batu Caves: Para suami-suami sekalian, jangan lagi menghantar anak kecil kepada Pengasuh jika isteri berkerja. Lebih baik kahwin seorang isteri yang muda dengan niat untuk membantu orang kampung yang susah. Isteri baru ini akan mendidik dengan kasih sayang dan menjaga baby/anak kecil kat rumah & juga jaga urusan rumah. Daripada bayar rm300-rm500 kepada pengasuh yang tak dikenali,  lebih baik beri kepada isteri sendiri. Dua anak dah kena sedia  RM600-RM1,000 kalau bayar kepada pengasuh. Rumah bersih & terurus,  balik makan-minum dah siap,  lebih mengeratkan kasih sayang sekeluarga Anda boleh .. kita boleh.. mulakan dari sekarang..Malaysia Baru..Keluarga Baru

Hai... Anak... Anak.... Anak....

Hari Sabtu lepas, waktu tengahari... Zara tak puasa... Zara datang dari arah dapur. Ditangan dia ada seketul nugget ayam. Baru keluar dari kuali. Dihulurnya nugget ayam ngam2 depan mulut aku sambil berkata, "papa nak rasa?". Pantas aku buka mulut nak makan. "Eh! Papa puasa la. Mana boleh makan!" Bertuah punya anak... Nasib baik aku sempat sedar diri. Nota Karut: Tak usahlah dikau berduka tatkala lemak ditubuhmu kelihatan kurang.. Ianya pasti kembali selepas 2 hari beraya.

Pesanan Mak - Puasa...

Setiap kali Ramadhan, pasti aku teringat pesanan  mak.. Walaupun pesanan mak tu sudah lebih 30 tahun. Aku tetap pegang sampai ke hari ini.. Pesan mak "Kalau ko tak larat puasa penuh, cuba la puasa separuh hari..." Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa....

Tragedi Kedai Runcit

Ayam separuh. Potong dua je. Yes bos... kata budak kedai yg dah biasa dengan aku. Tiba-tiba... Datang sorang perempuan.... tinggi. Cantiknya.... Putih dan gebunya kulit dia... Aku pandang dia... Manis bertudung... Berbaju putih berlengan pendek.... Ketat melekat........ Cis!!!! Besarnya! Haihhhh... mata ni. Jahat! Bang... nak ayam separuh jugak... Sambil senyum kat aku... Berseluar legging hitam... Melekat... ketat... Sekali dia tonggeng... Aduh... bulat sempurna... Aku telan air liur. Dia pusing... aku tengok daerah setiga dia.. Tembam..... Jahanam! Aku lupa... Aku tak pakai spender.

Pantun Selamat Pagi...

Sejuk dan dingin air perigi Mandi pula diteman si kera Assalamualaikum dan selamat pagi Semoga hari ini sihat sejahtera. Janggut dan misai rapi dicukur Dagu licin hidung menjadi merah Bangun pagi didahulu ucapan bersyukur Masih bernafas di pagi yang cerah. Pantun Selamat Pagi Indah SAKIT TUMIT KAKI? ANTARA PLANTAR FASCIITIS ATAU HEEL SPURS PENYEBABNYA.

Salah Faham!

Suri: "Abang, tolong call Pizza. Saya tak masak. Air tak ada" Tukang Karut: "Tak dengar!. Apa dia?" Suri : "Call Pizza!" Tukang Karut: "Nak buat apa?" Suri :?"Laa..nak makan la!" Tukang Karut : "Seorang ke satu family?" Suri : "Satu family la!. Takkan seorang kot!. Suruh cepat sikit!! " Tukang Karut : "Ye lah, ye lah. Abang call sekarang!" ........... Tukang Karut : "Hello Fizah! Akak kau ajak datang sini, satu family. Dia buat makan-makan. Jangan lambat tau!!!"

Takut Bini....

Tukang Karut : Semalam bini aku suruh basuh kain... Pak Kaduk: Abis tu, ko buat la? Tukang Karut: Ishhhh... Ko ni... Kita ni lelaki... Mana buat benda macam tu... Aku tengking dia balik... Pak Kaduk: Wahhh... Hebat... Hebat... Hebat... Aku nak belajar dengan ko la... Apa yang ko tengking dia? Tukang Karut: Aku tengking dia kuat kuat... " Sabun Mana!!!!? Mana Sabun????!!!" Padan muka bini kita tu... ingat kita takut dengan dia ke...