Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rabu Tanpa Kata Versi Sebelum Nikah...

NotaKarut: Satu satunya gambar yang ada... Gambar pengantin perempuan sahaja yang ada dalam tangan aku sekarang ni... yang lain tak ada... hoho... ~Cuti cuti ni pun orang ofis asyik call je... sibuk je... Mood: Masih lagi sibuk... Hoho... Ada satu lagi majlis pada 27/11/2011...

20-11-2011

Apa yang ada pada tarikh... Tapi tarikh hari ni cantik... 20-11-2011 Tak mahu berebut dengan orang lain yang mahukan 11-11-11... Terima kacih atas ucapan tahniah... Jika ada kesempatan, jemput la menghadiri majlis perkahwinan seperti jemputan dalam entry ini ... NotaKarut: entry ini autopulish dan ditulis pada 6.30am... Mungkin ketika ini sedang sibuk dikerjakan mak andam... Terima kasih... ~~nak tunggu waktu 201120112011... siapa tau pukul berapakah ini?

Selamat... Entry Seringkas Mungkin...

Selamat selesai hari pertama... Dengan sekali lafaz... Syukur atas ketenangan... Malam berinai disulami dengan hujan yang turun bagaikan mutiara bersinar menerangi erkkkk... Lupa lirik pulak.. Korang sambung sendiri je la ek... NotaKarut: Dikhabarkan, bendera Jepun telah dinaikkan... Aduyai... Tangguh sampai pi honeymoon kat Bali la gamaknya... Hoho... p/s: nanti, kalau aku dah tak sibuk, aku akan mula mengarut balik! nanti korang baca la sampai terkeluar muntah hijau!!!

Inai Dijari...

Entry ini ditaip dengan 6 enam jari di inai... Hoho... Tangan terasa gatal hendak menaip! Lirik Penghujung Cintaku - Adelia ft Pasha Ungu Berakhir sudah pencarian cintaku Jiwa ini tak lagi sepi Hati ini tlah ada yang miliki Tiba diriku dipenghujung mencari cinta Diri ini tak lagi sepi Kini aku tak sendiri Aku akan menikahimu Aku akan menjagamu Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu Aku akan menyayangimu Kukan setia kepadamu Kukan selalu disisimu seumur hidupmu Tiba diriku dipenghujung mencari cinta Hati ini tak lagi sepi Kini, aku tak sendiri Aku akan menyayangimu Kukan setia kepadamu Kukan selalu disisimu seumur hidupmu Aku akan menikahimu Aku akan menjagamu Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu Seumur hidupmu Seumur hidupmu Seumur hidupmu Seumur hidupmu NotaKarut: Harinya sudah tiba... Lutut terasa gigilnya... Berpeluh tika sejuk... Fuhhhh! Semoga selamat semuanya... Mata menjadi berat... Selamat malam dan guten nacht! 11.23pm 18-11-2011... kurang

Jemputan Majlis Perkahwinan...

Jemput la ye...

Penakut...

Aku takut... Bukannya aku takut hari itu... Tapi aku takut hari kemudiannya... Aku takut... Bukannya aku takut dengan manusia... Tapi aku takut pandangan keji manusia itu... NotaKarut: Hari ini hari Khamis... Esok hari Jumaat... Lusa! Takut!!! Pinjam kekuatan kamu semua...

Selit Terselit..

Rindu... Yea... Aku rindu nak menulis... Eh... Yang sebenarnya aku rindu nak mengarut... Sehari tak mengarut rasa macam tak ambil sarapan yang menyebabkn nutrisi badan tidak kecukupan... Rasa sengal sengal otak rasanya... Isnin & Selasa... Sibuk mengemas bilik sekangkang kucing...  Kemas bantal jumpa singgit... Kemas bantak kedua jumpa seploh hinggit.. Selak bawah tilam jumpa 50hinggit... Selak rak jumpa doploh sen... Eh! Banyak betul rupanya duit "tabungan" aku ni rupanya! Kumpul dan jumlah dapat la duit minyak dan tol pergi balik kampung... huhu... NotaKarut: Dah mula bercuti... Panjang... Mungkin menyepi... Menyepi dari melawat kalian...