Langkau ke kandungan utama

Catatan

Karut Yang Mengarut...

Hai... Hai... Sambil lambai lambai tangan macam Puteri buluh betung! Nampak tak bloglist di sebelah kanan blog tukang karut ni... Aku rasa dah berkurun lama aku tak mengemaskinikannya... Sempena tahun baru yang bakal menjelang lagi seminggu ni... Aku rasa aku nak buat bloglist yang baru la... Siapa yang nak masuk dalam bloglist aku... Sila angkat jari tengah kaki kiri tinggi sekarang jugak! Bagi satu sebab yang paling mengarut kenapa blog anda patut dimasukkan dalam bloglist tukang karut ni... Hohoho... Kejam tak? Apa? Tak ke? Mesti keji sangat kan? Macam la glemer sangat tukang karut ni kan sampai bloglist pun nak suruh orang terhegeh hegeh ek... Ah... Lantak la... Ikut suka hati perut aku yang tengah penuh dengan nuget ni la.... Tapi kan... Aku ada satu masalah problem la... Nak kategorikan macam mana blog korang ni... Macam mana ek? NotaKarut: Entry ini ditulis dengan penuh kesopanan dan tinggi tatasusila kerana cik puan seri ada menyelit di

Ok...

Hari ni hari Natal... Bermakna hari ni hari cuti... Ok... Itu menggembirakan... Hari ni hari Ahad... Ok... Maknanya hari ni hari untuk bermalas malasan... Yang tak ok nya... Bila hari cuti tapi keseorangan di rumah... Aduayi... Si suri terpaksa kerja...  Adat la kalau dah kerja hospital ni... On call tu dah kira rutin... Apa nak buat sengsorang... Masak sengsorang... Makan sengsorang... Tapi bersyukur jugak suri kerja physiatherapist... Kalau bini aku kondukter bas cam ne? Tak ke haru asyik menjerit " dalam lagi bang... dalam lagi bang... Kat dalam kosong bang"... Tak pun kalau dapat bini nurse... Balik balik menjerit "NEXT" je... Lagi haru biru... Eh... Ni mengarut apa lak ni...  Dah la... Makan tomyam ngan telur dadar lagi syiooook la... NotaKarut: Bosan! Itu tak ok...

Tabiat Nak Mintak Penampar....

Aku pelik betul dengan orang Malaysia ni... Makin maju, makin mundur pemikiran pulak aku tengok... Kalau dah lepas hajat yang besar dan teristimewa tu, sila sila melupuskannya... Tak perlu la tinggalkan untuk orang lain... Sekian pesanan masyarakat daripada tukang karut! NotaKarut: Tak jadi nak berak. Taik dah tersedut balik lepas tengok kek kuning... Cait! Aku ingat orang kat Sunway Piramid ni orangnya pandai2 dan bijak... Rupanya... Kucing pun pandai lupus berak sendiri... Published with Blogger-droid v2.0.1

Cerita Ceriti Taik Mata Buat Inti

Macam biasa... Sebelum melangkah masuk ke perkarangan masjid untuk solat Jumaat. Kasi perkena dulu Nasi Beriani Kambing. Makan sedap sehingga terjilat siku orang sebelah. Nasib baik budak sebelah budak ASWARA... Comel pun comel. Bulu mata lentik. Dahi pun licin... Selera makan pun menjadi. Nasib baik pinggan tu keras, kalau tak, selamat la dihadam. Terdengar seseorang berkata, "Makan kambing ni, confirm darah naik" "Apa ubat darah tinggi yang paling senang?" Semua yang makan kat situ diam menjamah makan masing masing... Aku leka duk belek orang sebelah... Bergetah beb... Eh? Syhhhhh... Diam, tau kat bini aku kang, kena tidur luar lak... Lelaki tu sambung, ubat darah tinggi yang paling senang adalah masa tidur tu, letak bantal kat kaki, confirm darah akan turun..." Hampeh! NotaKarut: nak cari tiang seri nak buat sandar sambil dengar tazkirah sebelum jumaat sambil melayan mata.... Published with Blogger-droid v2.0.1

Cerita Pagi Jumaat...

Tukang karut berjalan kaki menuju ke bilik termenung...  ye la kan, tak kan jalan dengan tangan pulak kan... Puan EO: Wei... Asal jalan kaki macam terkeluar je... Macam kengkang je... Tukang Karut: Lutut sakit la EO... Puan EO: Apsal? Tua dah ke? Aktif sangat la tu malam tadi.. . Tukang Karut: Aah Puan...Ramai sangat setan kena bunuh semalam... Kan semalam malam Jumaat... Kena la rajin bercucuk tanam di ladang... Ni pun nasib baik jalan kengkang... Kalau nak diikutkan, terpaksa merangkak ni... Cait!!! Cakap besar! Padahal sakit lutut terlanggar bucu pintu tadi pasal nak cepat menuju ke bilik termenung... NotaKarut: Kalau nak muka senyum je pagi pagi, amalkan minum air jus oren... Pasai pa? Pasai kalau sistem perlawasan ok... Teratur... Sekali bom je dah keluar membuak buak... Pasti tersenyum sampai ke petang... Sekarang aku tengah tersengih pasal terlebih minum jus oren dan terlebih teratur!

Pantai...

Mr. Jepun : wei, Pantai Morib kat mana? Tukang Karut: Kat pantai la... Tepi laut... Mr Jepun : Tau la... Tapi kat mana? Tukang Karut: Dekat Gold Coast Sepang... Mr. Jepun: Jauh tak ek? Tukang Karut: Tak jauh la... Dalam sejam lebih je dari KL... Mr. Jepun: Yes! Jumpa jugak pantai yang dekat dengan KL... Tukang Karut: Lho... Hang cari pantai yang dekat dengan KL ke? Awat tak habaq awai awai... KL pun ada pantai gak la... Dekat sangat sangat dekat... Jalan kaki pun sampai... Mr. Jepun: Ye ke? Kat mana? Tukang Karut: PANTAI DALAM! Tak sampai 5 minit pun dari pejabat!!! sambil buat muka paling tak bersalah... NotaKarut: Hari hari terakhir sebelum Mr Jepun meninggal... Eh... Meninggalkan bilik 404 menuju ke bilik lain... Aduyai... Lepas ni dah tak ada bahan nak hiburkan hati...

Garu Garu Dagu...

Kepala tak gatal digaru... Sekali tengok sebijik macam kera berkutu... Puas di belek kiri kanan depan belakang... Owh... terasa kesengalannya... Menatang apa GOOGLE + ni yang sebenarnya? Siapa boleh bagi aku faham? nanti aku belanja JUS KULIT DURIAN! Kalau nak add mnasriq@gmail.com ... Sila sila jangan malu malu jangan segan kalau segan, duduk Bagan pergi makan rambutan dah kenyang sila terjun bangunan! NotaKarut: Hujan pagi di Kuala Lumpur menyebabkan hari ini mandom! Rasa nak makan je ni... Mula mula aku rasa nak makan meja ni... Nampak macam donat je aku tengok meja ni...