Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bila orang tua berbicara...

Kejadian di ruang tamu raya itu hari. Aku dengan ditemani bantal empuk a.k.a bantal bucuk tengah sedap terbongkang ralit tengok tv... Uwan baru keluar bilik air. Almaklumlah, orang tua, jalan pun perlahan-lahan... Menuju ke biliknya untuk mengerjakan solat. Tiba di hadapan bilik, Uwan berhenti berjalan... Tegak berdiri je... Apahal lak orang tua ni... Sakit ke? Kenapa tiba-tiba berhenti jalan? Sedang menahan sakit ke? "Ngah... Oh Ngah... Long... O Long... Depan bilik mak ni dah sapu ke belum?" Nenek bertanya separa menjerit... "Dah siap sapu semua tadi.Along sapu" Mak datang dari dapur ke ruang tamu. Kehairanan.  "Kenapa mak?" "Ni ada kayu balak mati tengah jalan ni... Elok bakar je dari jadi bahan bakar kat neraka sok?" Kata Uwan sambil senyum-senyum melihat aku...  Bingkas bangkit...  Gila ko... Pedas tu... Tau la dah masuk waktu...

Nuffnang ni saje je tau...

Nuffnang ni saje je tau... Membeli jiwa menulis yang dah semakin luntur... Tau la i malas nak update blog... Saje je bagi iklan banyak banyak time kita malas dan tak reti nak update apa... Tak pe la... Orang dah bagi... Kita terima je la... Korang pun rajin rajin la klik apa apa yang patut ek...

Selamat hari raya Qurban...

Saya mengucapkan selamat hari raya... Dan selamat bercuti...

Bermula projek deco rumah...

Assalamualaikum. Sekian lama blog ini terbiar... Dek kerana tuan blog sibuk... Mencari... Survey... Menggali idea... Konon nak mencantikan rumah baru... Expo sana... Survey sini... InsyaAllah... Akan dicoretkan serbas sedikit disini... NotaKarut: hai... Salam Jumaat... Amacam malam Jumaat semalam... Puas sampai ke telinga tak?

CPUV bulan Oktober

Rezeki yang tak disangka sangka... Walaupun dah tak berapa aktif menulis... Termia kasih...

Apa Yang Berlaku Apabila Harga Minyak Naik?

"Fikir positif. Kalau dulu buat 2 kerja, kini buat 9 kerja," - Pakar Motivasi. "Ini semua ketentuan Illahi. Tetap taat pada pemerintah," Ulama Umno. "Biar minyak naik. Janji tanah melayu tak digadai Anwar," Brahim Ali. "Orang miskin pakai RON95 lah," Menteri Jaga Duit. "Tukar kereta kepada motor," Menteri Jaga Jalan. "Minyak dinaikkan sebab nak rakyat berjalan supaya lebih sihat," Menteri Jaga Kesihatan. "Minyak kita lagi murah berbanding kutub utara," Menteri Jaga Bisnes. "Rakyat masih ke stesen minyak, maknanya rakyat sokong kenaikan harga minyak," Menteri yang pergi tengok Maharaja Lawak. "Halal darahnya bagi sesiapa yang bantah harga minyak naik," Mufti. "Tak suka minyak naik, sila keluar negara," Wanita Umno. "Kami tak naikkan harga minyak, kami tarik subsidi saja," Jibby.

Kalau Nak Jadi...

Suri: Abang ni... TK: Awat????? Suri: Abang ni la... TK: Awatnyaaaaaaaaa??? Suri: Asyik main handphone je... TK: Abis tu? Suri: Baik sayang je yang jadi handphone tu... Boleh gak dibelek belek dibelai belai digomol gomol(Ok... Yang ni aku tambah buat penyedap...) TK: Ehmmmm... Suri: Abang... TK: Kalau nak jadi, jadi la handphone IPhone 6 plus yeaaaaa...