Langkau ke kandungan utama

Catatan

Anak Lambat boleh bercakap. Lambat boleh membaca. Lambat mengenal huruf. Lambat membaca quran.

Teguran dari Allah. Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca. Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji. Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji. Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu. Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain. Lambat boleh bercakap. Lambt boleh membaca. Lambat mengenal huruf. Lambat membaca quran. Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali. Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya " Tak mengaji kat rumah ke?" Si anak menjawab jujur. " Mengaji ustazah" Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya. Terkejut ustazah bila tahu ibunya ad

Mencari yang cukup.

Dulu, masa mula2 kerja kilang suatu masa dulu, aku ada seorang rakan kerja yang sangat aku hormat. Aku panggil dia abang Azmi. Masih berkawan dengan dia IRL sampai hari ni. Laki bini bekerja kilang. Dengan masing2 gaji kasar atas sedikit dari RM1000, mereka pada aku sangat bahagia dalam menempuh hidup berkeluarga. Dengan 2 orang anak masa tu, aku menjangkakan kehidupan mereka agak sukar. Pernah satu hari, aku bertanyakan rahsia dia kekal tenang. Tak pernah sekali pun bercerita tentang kesempitan duit, meminjam duit kawan2 pun tak pernah. Aku yang masih bujang masa tu, gaji bulanan habis macam tu je tiap2 bulan. Dia pun bercerita tentang rezeki. Boleh tahan panjang juga dia huraikan perihal rezeki masa tu. Aku yang pada masa tu baru mula nak bertatih dalam membina kerjaya tak paham sebenarnya apa yang dia cuba sampaikan, lalu aku biarkan nasihat dia berlalu, hilang dari kotak memori. Belum sampai hidayah agaknya aku masa tu. Beberapa tahun selepas itu, selepas pindah ke beberapa

Belanja RM 20 cukup untuk setahun...

LAKI : Sayang, ni ado 20 ringgit... ambik la untuk buek belanjo koperluan umah untuk tigo haghi... Haghap - haghap buleh cukup sominggu...!!! BINI : Baiklah bang... Untuk sotahun pun buleh pakai...!!! LAKI : Boto ko cukup sayang...??? BINI : In Shaa Allah cukup bang...!!! LAKI : Nak boli an apo sayang untuk cukup sotahun tu...??? BINI : Boli kolender Tahun 2018 laa bang... Buleh pakai untuk sotahun...!!! LAKI : Ermmm.

PETUA BIAR RAMBUT DAN MISAI TIDAK BERUBAN

PETUA BIAR RAMBUT DAN MISAI TIDAK BERUBAN Bahan : 1. 10 helai daun Durian Belanda 2. 5 cm Halia 3. 50 ml Apple Juice 4. 1 sudu teh Madu asli 5. 2 sudu makan air Limau Nipis Cara Membuat : Rebus daun Durian Belanda dengan 2 gelas air sampai mendidih. Kemudian  ditambahkan Halia, jus Apple, Madu dan Limau Nipis. Sejukkan dan boleh  diminum. Cara Minumnya :                                                Diminum semasa masih di sekolah rendah lagi... Kalau sekarang umur 40an baru nak buat, dah terlambat dah...

Pengalaman Dengan Cikgu Cantik.

Zara: Papa, cikgu suruh hadir Hari Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru esok.. Papa: Alahh malas la... Mintak mama je yang pergi... Papa ada banyak kerja nak buat ni... Zara: Iyer la... Papa: Mana satu cikgu Zara yang suruh tu??. Zara: Semua cikgu praktikal papa... ni gambar cikgu Zara. Papa: Mamaaaa... Esok Papa cuti.. Mama tak payah pergi Sekolah Zara ye..

Nismilan mano mau kalah.

Nismilan mano mau kalah. ● Kalau kek Pahang ado Pekan, kek Nismilan ado Kota. ● Kalau kek Perak ado Bukit Berapit, kek Nismilan ado Bukit Putus. ● Kalau kek Johor ado Batu Pahat, kek Nismilan ado Batu Kikir. ● Kalau kek Perlis ado Padang Besar, kek Nismilan ado Padang Lebar. ● Kalau kek Pahang ado Gunung Tahan, kek Nismilan ado Gunung Pasir. ● Kalau kek Kelantan ado Pasir Mas, kek Nismilan ado Pasir Besar. ● Kalu kek Kodah ado Padang Serai, kek Nismilan ado Padang Lalang ● Kalau kek Nismilan ado Bongek, kek nogori lain ado ko ?

Seloka Selamat Malam...

Dodol durian kuih bahulu, Enak dimakan diwaktu petang, Kerja kuat berganding bahu, Dari pagi membawa ke petang... Penat berkerja di siang hari, Sampai malam berjaga jaga, Anak mata berseri seri, Senyum gatal sampai ke telinga... Nasi sebelanga dimakan anak, Bapa menjerkah mata terbeliat, Dalam hati nak tambah anak, Ingin mencari pewaris zuriat... Perut penuh menjadi senak, Perut boncit penuh lemak, Punyanya lah lama dodoi si anak, Ikut terlelap pulak si emak... Pandang suri terkulat kulat, Timbul geram di dalam hati Alamat tak jadi nak tambah zuriat, Melepas sudah bantal jadi penganti... Bantal peluk dah naik kusam, Baunya pulak boleh tahan masam, Sebelum tukang karut melalut ke laut dalam, Baik tidur selamat malam...