Langkau ke kandungan utama

MEMBEBEL!!!!

Semalam seorang kawan mengadu nasibnya.
Kenapalah payah sangat nak kahwin?
Kenapalah susah sangat nak kahwin?
Kenapalah hantaran beribu-ribu lemon?
Kenapalah orang kita nak memandang pelamin yang cantik?
Kenapalah orang kita nak tengok baju pengantin sampai 6,7 helai macam filem hindustan?
Kenapalah orang kita x nak berkerjasama (bergotong-royong) macam dulu untuk melanggsungkan majlis?masak sama-sama, mendirikan khemah sama-sama, bla..bla.bla..
Kenapalah harga katering makanan mahal sangat sampai RM 40-60 sekepala?

Rukun nikah tu ada lima:
1. Pengantin LELAKI
2. Pengantin PEREMPUAN
3. Wali pengantin Perempuan
4. Dua orang saksi
5. Ijab dan Kabul.

Takder la pulak dinyatakan berapa ribu hantaran dalam rukun nikah tu.
Tak termasuk pun dalam rukun nikah mesti ada pelamin yang cantik-cantik.
Tak terselit pun dalam rukun nikah mesti tukar baju sampai 6,7 kali.
Tak terlintas pun kena jamu makan mahal-mahal, hadiah, live band, karaoke, joget lambat, kek 3 tingkat bla..bla..bla..

Kenapalah kita selalu menyusahkan perkara yang mudah?
KENAPALAH KITA TAK IKUT JEA CARA YANG DAH MUDAH. Kalau ada rezeki lebih, boleh la kita nak buat majlis makan-2, meraikan pengantin, bukannya membazir.

Seorang kawan mengadu nasibnya sebulan yang lalu, anak dah sorang, hutang kahwin (pinjaman bank) cikit pun x luak lagi, gaji seribu lebih, nak makan bertiga, rumah sewa RM 500, kereta RM250, hutang kawin RM100 tinggal la baki RM 150. Nak makan apa RM 150? Kerja operator kilang jea, Duduk lak kat Shah Alam. Dia cakap kalau dikira-kira, umur anak dah 20 tahun baru langsai hutang kahwin!!

Lepas tu nak cari duit lebih punya pasal, kerja la lebih masa. Tengah malam baru balik. Balik jea dah penat. Isteri pulak xmandi lagi. Bau masam. Selera pun dah mati dah. Yea la, duit nak makan pun bercatu, ni kan pulak nak belikan barang perhiasan bini. Anak pulak menangis jea tau nyer!! Lepas tu Tidur......sok kerja lagi..balik lambat lagi... bini bau masam lagi.. anak menangis lagi..tidur lagi...berulang perkara yang sama.. nak ker hidup macam tu??

Kenapalah orang kita mementingkan sangat kemewahan semasa berkahwin?
Perlu ke nak menunjuk-nunjuk?
Perlu ke kita pakai baju 7,8 helai??
Perlu ke kita bagi hantaran 10 ribu??
Perlu ke kita berpesta??
Perlu ke kita berkaraoke sampai lewat malam?
Perlu ke kita berpesta makanan?






Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Ulasan

Eda Latiff berkata…
sape yg nk kawen ni?..byk betul songeh nye..hantaran lemon?..wah..xpenah dibuat org ni..sok2 asyik minum lemon je la..hehehehe..

seeloknye kawen ikut kemampuan..klau rs x mampu nk kawen lg xpayah la..lagipun klau kje yg elok tp dgn berhutang pulak dengan mn2 institusi kewangan jd mcm x brape best plak..lepas kawen terpaksa byr hutang..klau catering mahal sangat korban kan je la lembu..compare to catering tu..sekor lembu tu rsnye dh dpt 2 kawah utk lauk kot..berdasarkan pengalaman kakak..:)..tp kena lembu besar la..:)..lg pun gotong royong kn lg meriah...

kje part time...xkan la hujung mggu pn kje jg?..kesian ank yg kecil tu..mesti x mendapat kasih sayang parent dengan secukupnye..kena pandai arrange masa..jgn yg di kejar x dpt, yg di kendong berciciran plak..jgn asyik salahkan isteri..die la jg rumah tangga,ank,mkn minum,pakai,..si suami?..blk umh tdo..si suami pn kena la sm2 b'tgjwab dgn rumah tgga yg dibina..kawen bkn utk sehari,sebulan,setahun,tapi untuk kekal sampai akhir hayat tau..komunikasi tu penting..

wah..bg nasihat lak kt org dh kawin..hahaha....

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...