Langkau ke kandungan utama

Suatu Hari Di Hujung Tahun

Azam sebelum tidur semalam: Pagi-pagi esok selepas Subuh aku nak pergi jogging 10 pusingan atau sekurang-kurangnya 30 min di taman berdekatan bersempena cuti umum yang diumumkan oleh Tok Jib... Ingin membakar lemak-lemak tepu di perut ni...

Pagi berikutnya:

6.20am : Alarm handphone dah memekak tanda suruh tuan empunya bangun pagi dan memgerjakan yang wajib...

6.40am : Mata terasa masih lagi masih melekat... macam ada gam UHU yang melekatkan... Ah!!! Tidur sekejab la... Sekejab lagi baru pergi jogging...

7.00am : Ermmm... Makin sejuk dan makin syok pulak berkelubung bergolek-golek di atas katil yang tak berap nak empuk ni...

8.00am : Breakfast la dulu... Sat lagi baru jogging... ā€œ Abe, roti telur se, teh tarik seā€

8.30am : Alamak!!! Matahari dah keluar la... Dah panas ni... Esok pagi jea jogging...

Hampeh kan? Azam jea lebih... Hari-hari ada azam macam ni... Lagi-lagi hujung minggu... Tapi tetap hampeh... Azam hanya tinggal azam... Roti telur jugak yang best...Eh... Tertiba kecur air liur lagi... Tengok, kata nak diet, tapi roti telur jugak yang diidamkan sangat... Memang la ke laut diet tu... Dah dah dah... Lepas ni jangan nak meracau berlari-lari anaksambil tarik-tarik rambut pulak...

Ini adalah beberapa sebab kenapa kau tak suka berazam sangat, sebab aku tahu azam itu akan hanya tinggal azam... Dan Azam tinggal di Negeri Sembilan... Eh...Tu kawan kawan kepada kawan aku...

Azam tahun 2010 tak tercapai... Dan aku percaya aku tak ada azam tahun 2011 lagi... Sebab aku tak nak kuciwa lagi... Kenangan pahit 2010 kita bawa ke hadapan jangan kita tinggalkan untuk dijadikan pedoman kita, kenangan yang manis kita tinggalkan supaya kenangan yang lebih manis akan kita perolehi di tahun 2011... Faham? Hanya orang yang mengaku dia bijak sahaja yang akan faham...

Sekian coretan mengarut di akhir tahun 31.12.2010 dan selamat datang 1.1.11... Bagi aku tahun 2010 tahun yang mencabar otak dan perasaan dan tahun 2011 bakal mendatang penuh dengan cabaran mental dan fizikal serta kewangan... macam sama tapi tak serupa... Selamat hujung tahun 2010 dan selamat datang 2011...

Ulasan

Pn Razlina berkataā€¦
biase la tu. yang penting azam. huhu
NasQ berkataā€¦
yang penting ada azam ek...buat ke tak lain cerita...
-- berkataā€¦
tak payah azam2..

buat aje mana yg baik...
NasQ berkataā€¦
azam atau asam?
CekLa berkataā€¦
asam tu sedap! hahhahha
nohfee berkataā€¦
wahaha. sama la kita!!! yo yo o je nk jogging..dengar alarm, teros tutup. ingt kan nk bangun lagi 5 minit, rupenye, 5 jam setrusnya baru bngun, hheheheh
NasQ berkataā€¦
Nohfee: nak2 malam tadi hujan kan kan kan...sejuk jea...

Cek la: orang perempuan suka la makan asam ni...cek suka makan madu... manis jea...
yott berkataā€¦
takpe..esk ada lg..
NasQ berkataā€¦
kelmarin, semalam, esok, lusa atau tulat, semuanya sama sahaja...hanya pandai berazam...
Eda Latiff berkataā€¦
azam tahun baru?....

Takde....
Aretikz berkataā€¦
Weehuu ~ Azam itu nama kawan aku.. hehe..

Yang penting adalah kekuatan hati.. InsyaAllah akan tercapai ^_^
NasQ berkataā€¦
memang kuat... tapi kuat makan... kui...kui...
Kuri Kuri berkataā€¦
azam baru, nak jadi lebih baik dari dulu.. - sebenarnya azam lama tak tertunai2.haha
NasQ berkataā€¦
nak jadi baik jea...baiknya tak jugak...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ā€œBiar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukurā€.ā€Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di harirayaā€. ā€œBiar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisihā€. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. MƤ$Ƥk Ā£ĆØmƤƱg $Ć mƟil bdiri, HĆØ...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...