Langkau ke kandungan utama

Heboh... Kecoh... Serabut...

Sana sini para blogger heboh kata mukabuku nak ditutup menjelang 15Mac2011 ni... Aku pun pelik kenapa nak tutup... Mengikut kata pengendalinya dia dah penat... Penat? Pelik jugak, penat tapi duit masyuk apa salahnya...

Tapi kalau ditutup pun bagus jugak kot... Tak ada la yang antisosial lagi dan mula bergaul dengan masyarakat... Dan mungkin tak akan ada sebab lagi la penceraian yang berlaku dek sebab mukabuku ni... Tapi kalau tak tutup pun bagus jugak, sebab ramai jugak yang dapat manfaat dari mukabuku ni... Aku? Pendapat aku kalau tutup pun lagi bagus... Tak ada la gila meroyan nak membela ikan lagi sebab itulah satu2 sebab kenapa aku masih bukak mukabuku ni...

Ramai jugak para blogger kecoh pasal anugerah juara lagu semalam, pasal tak puas hati sebab artis pujaan mereka tak menang (aku tak sokong artis, tapi sokong lagu, jadi tak boleh nak masuk dalam kategori ni)... Pada aku, lagu tu biasa jea... tapi bila dengar2 balik sedap jugak, boleh la buat peneman sebelum terlena... Apa nak kecoh2, dah menang, biar la dia menang, dan yang bagi menang pun bukan sebarang & calang2 orang, kau ada bakat macam M Nasir ke nak nilai bakat orang? Nyanyi lagu Negaraku pun tak berapa nak betul lagi pitchingnya...

Serabut... Yea... Aku tengah serabut... sana sini tak cukup... bust sana, bertindih sini, tak cukup sana, berlebih sini, rasa nak belah 4 jea otak ni... Camni kena pergi Yun Nam la... Dahi dah makin jendul... Tak suka hari Isnin sebab kebanyakkan hari Isnin selalu akan jadi kelam kabut serabut dan serabai.. dan babai...

Ulasan

nohfee berkata…
HAHAHA. salah sorang yang dok kecoh sal AJL tu agak2nye aku tergolong la kot.
fb tutup? kau percaya ke weh? aku mcm tak percaya je..?
Eda Latiff berkata…
kaba angin je la fb tutup...kalau tutup abislah industry ikan ai....huhuhu
NasQ berkata…
nahfee: fb nak tutup, heboh sangat...nak tutup ke...nak terlangkup ke...lantak dia la...takkan la dia bangang sangat dia nak tutup kilang duit dia kan?

Nak kecoh AJL nak wat pe... bukan dapat komisen pun kalau artis tu menang...kan...kan...kan...
NasQ berkata…
Eda: bukan u jea yang terjejas tau... Industri perternakkan ikan ai pun turut musnah tau kalau FB tutup...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...