Teka teki kembali lagi... (Ini bukan contest... Sila percaya...) Apa maknyanya tu... Maknanya si tukang karut nak berjalan lagi... Kalau dah berjalan tu, tak sah la kalau tak beli apa2 kan... Lokasinya masih lagi rahsia... Sebab aku pun tak tau mana aku nak pergi... Yang penting area nak merantau kali ni di Kota Kinabalu, Ranau, Beaufort, Sipitang, Tenom, Kudat atau Papar... Ntah la... Tengok kepada masa dan mood serta kewangan masa tu... Bosan la... Nak mengarut pun otak dah beku... Apa kata kalau try benda lain pulak... Kali ni soalannya sangat mudah... Budak darjah empat pun tau jawapannya... Ini kan pulak para blogger yang bijak pandai lagi kacak bergaya kan... malu la kalau tak dapat jawab kan... Jatuh la standard bijak pandai... Ni mencabar ni kalian yang bijak pandai ni... Syaratnya mudah, tolong aku translate kan lagu ni kepada bahasa yang difahami oleh semua orang iaitu bahasa melayu... Kang nak kata bahasa tamil kang, ada yang nak berdemo depan KLCC nak bakar laptop lak kang....