Langkau ke kandungan utama

Cerita Panas!!!

Gila argh tajuk... ni kalau ada orang yang badan dia ada kurap kayap panau dan adik beradik, gatal-gatal satu badan, yang otaknya penuh dengan cecair kebiruan, search dekat En Goggle, musti dia kuciwa sebab apa yang ada dekat sini hanyalah karutan semat-mata...

mina si kura-kura comey semalam berjaya membuktikan dekat aku, yang blogger perempuan lagi ramai dari lelaki... dan result yang aku dapat semalam, membuktikan teori aku dulu... ingat lagi tak? ala... yang eksperiment tu... kalau sebelum ni aku dah mengulas 2 pembolehubah... hari ni nak ulas lagi 2 pembolehubah... So, entry hari ni serius sikit la...

5. Antara blogger lelaki vs blogger perempuan...

Blogger perempuan lebih suka membaca secara detail... silap2 baca sampai ke komen sekali dan turut serta memberi komen... berbeza dengan blogger lelaki yang.... ermmm... termasuk aku baca secara screening jea... dan blogger lelaki jarang sekali nak komen... terutama sekali kalau yang nak dibaca tu, blog lelaki jugak!!! Blogger lelaki lebih berminat nak komen dekat blog perempuan... nak-nak lagi kalau perempuan tu cun melecun tip top terangkat...

7. Antara Blog info vs blog mengarut...

Antara blog info dan blog yang mengarut macam aku ni, mana yang lagi korang prefer nak baca??? ada jawapan???

atau aku sediakan jawapan... dan korang tolong pilihkan sahaja... mudahkan... dengan aku ni senang jea... semua pun senang... makan tak cerewet... tidur tak cerewet... mengarut pun tak cerewet...

a) Sekadar membaca sahaja blog yang berinfo... itu pun screening jugak... yang menarik perhatian sahaja yang akan dibaca...

b) Terus tekan pangkat dekat sudut sebelah kiri kalau2 termasuk dalam blog yang.... hurmrmmm info sesaje...

c) Suka sangat bila baca blog yang mengarut ni... dan kalau boleh nak komen pun mengarut jugak!!!

d) tak suka...

e)
no komen please... no komen yea,...

f) tiada satu pun jawapan di atas...

mana satu jawapan korang yang budiman wahai si cantik molek yang comey lote kiut miut... wahai si kacak tampan bergaya....

Ulasan

Eda Latiff berkata…
tambah lagi satu:

g) semua di atas..


yea itu la jawapan saya...hehe
NasQ berkata…
erm...budak demam ni... Doctor dah bagi mc tu, mc jea la...ni kenapa baca blog ni? patut kena mc jugak baca blog...
Eda Latiff berkata…
hehe...doc bg mc untuk rehat dari keje..bukan mc utk bc blog & blogging..hehehehe
NasQ berkata…
erm...patutnya mintak ubat selsema yang ngantuk tu... patut tidur jea.. baru cepat sihat dan kuat...
KUREKURE COMEL berkata…
hahaha...kamu ini mau kena kan mina lagi ek...cisss...hehehe..


bg mina la...semua mina baca...
tp jgn la blog tu serabut sgt...
tulisan pulak mcm pelik...


kalo entry info pelik2...wahhh...amat kagum..hehehe...

kalo entry klakor...best!!!...
asyik nk gelak je...

kalo yg sedih...leleh beb...huhuhu..


mcm pjg lak komen...takpe kot...kihkihkih...
NasQ berkata…
eh...terkena ke mina... opppsss...sorry dan naik lori la...
-- berkata…
oit..minit miting dah siap??

ai kat rumah.. berseronok-seronok.. ape barang gi keje!!

ai suka baca blog yang ringan.. yang cerita benda biasa2 tapi dikupas dengan cara luarbiasa..

tak paham dah lah!
NasQ berkata…
minit miting apa? ai tak masuk pun miting tadi...

tak tau la... pandai2 la adjust nanti...

nak yang luar biasa jea... yang kurang biasa tak mau ker?
nohfee berkata…
aku suka blog yang mengarut. menagrut je la byk2.. lagi best. iamginasi tinggi sikit. hahaha
NasQ berkata…
isk...imaginasi tinggi ni yang bahaya ni... jangan bayang yang bukan2 dah la...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...