Langkau ke kandungan utama

Berbalas Balas Pantun.

Berbalas Balas Pantun.

Selamat datang ke Sandakan
Kiriman Fida jangan dilupakan
Selamat datang wahai kalian
Ke blog mengarut ini saya ucapkan

Wajah bos berseri seri
Kenyang perut suka hati
Terima kasih saudara saudari
Sudi bermesra di blog ini

Menginap bermalam di Sandakan Hotel
Sandakan Hotel di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Burung kasawari burung unta
Terbang ke sisi Sandakan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Penat berjalan meredah bersungai
Mencari si buah bidara
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?

Ke pantai intai dara berbikini
Sampai juling dah mata ini
Kalau Tuan bijak bestari
Silalah jawab pantun ini

Hadiah misteri akan diberi
Menanti sesiapa yang bijak bistari
Silalah jawab di blog sendiri
Jangan lupa komen di blog ini

Ulasan

zati embong berkata…
buah tidak bertangkai=buah melaka

makin d isi makin ringan=belon

makan 2 cara=gergaji

hihi.jawab sini!sbb jat 1st!
KUREKURE COMEL berkata…
ok....jawapan mina spt diatas....
tq jat...hahaha.....
Mr iz berkata…
aku pun nak jawab gak la...seronok ni berjual beli ni... mana la tau nasriq nak bagi hadiah misteri sebuah baglo ke....haa ni aku beli ni ...he he he
sudah beli dah ko tryla cek tgk blog aku...he he he...mana tau dapat hadiah misteri... tiket percuma menonton siaran misteri nusantara...he he he
NasQ berkata…
Jat: nak jawab kena pantun gak...dekat blog sendiri...
NasQ berkata…
Mina: jawapan aku sama seperti di atas... sila jawab dengan pantun jugak...
NasQ berkata…
Mr Iz: huhu... misteri ke isteri? tettttt!!!
bunga_rose berkata…
alaa dah ramai yang jawab.. ni kang klu jawab dah terlambat la plak.. dah mmg jawapan dia belon kan.. hadiah ada berapa ni??? kalau byk, berbaloi gak buat entry jawapan..

sila jawab
Tanpa Nama berkata…
Orang Sandakan & Sarikei,
Semuanya bijak-bijak belaka,
Buah yang tidak bertangkai,
Tentulah buah Melaka.

Antara Tawau & Tuaran,
Hajat dihati hendak ke Tenom,
Makin diisi makin ringan,
Tentulah jawapannya belon.

Singgah di Lahad Datu membeli kuih cara,
Setiap 24 haribulan hari gaji,
Benda apakah makannya 2 cara?
Mestilah jawapnya gergaji.

Hajat di hati hendak ke Kota Belud,
Singgah sebentar di Tawau,
Kalau jawapan saya betul,
Hadiah jangan dilupa tau.

betul tak jawapan saya......
Tanpa Nama berkata…
Adey.. kene berpantun plak.. Tak reti sgt ler
NasQ berkata…
try jea la bunga, belum tentu betul lagi pun jawapan dema semua ni....
NasQ berkata…
adei...anon ni siapa ni? sila perkenalkan diri anda...
NasQ berkata…
huhu... mana boleh nak senang2 jea.. mesti la kena berfikir sikit..
Eda Latiff berkata…
jawapan tau..tp dah ramai yg jawap..bg hadiah kat depa je la..
NasQ berkata…
hahaha...xkan ngalah dah kot... i nak cari yg kreatif jea...
KUREKURE COMEL berkata…
setle wooo...hahaha
NasQ berkata…
mina bodek ni....
M a W a D D a H berkata…
jawapan di atas dah diberi...
boleh kah join lagi...

hehehe
NasQ berkata…
bukan jawapan yang dicari... tapi kekreatifan yang dicari...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...