Langkau ke kandungan utama

Hahaha... Apa La...

Sekejab umum nak senarai hitam kalau tak bayar sebelum 28 Februari 2011...
Dan2 hari ni umum nak lanjutkan tarikh akhir bayaran saman traffik sebelum 10 Mac 2011...

Haha... Lawak betul la...
Alasan... Alasan... Dan alasan...
Berguling2 aku dengar berita ni live di NTV7...

Dulu... Orang yang baik, yang jaga masa, yang tak nak namanya diblacklist, dapat je surat saman, belum pun panas bontot, dah pergi ke balai nak bayar... Bayar tanpa diskaun...

La ni... Bila dah berlambak2 saman... Mula la nak bagi diskaun... 50%... Macam jualan murah dekat SOGO pulak... Adil ke kepada orang seperti di atas yang dah pun bayar pada masa yang ditetapkan!!!

Lepas ni... Aku tak terkejut, kalau orang dapat saman, orang akan peram dekat bawah periuk belanga, biar dalam 10 tahun, tunggu kerajaan bagi diskaun... Ugut la nak hitamkan ke, hijaukan ke... dah kebal ugutan dah dema ni... silap2 dema ni tunggu kerajaan hapuskan saman tu terus... percaya la... tu yang angka 17 juta lebih saman tak berbayar tu...

Yang bangang, takkan tunggu sampai 10 tahun... dapat je saman, terus bayar...
Yang pandai akan peram...

Jadi pilih la dimanakah anda...
Hahaha...

Lawak betul la... Yang naik hairan tu, awat la dema ni suka tunggu last minute... Ada dapat hadiah ke? best ke bergaduh bergasak beratur berjam-jam sampai sistem pun naik letih... tengok... sistem pun pandai letih... ni kan pulak polis yang jaga kaunter tu...

La ni nak bagi muka lagi, nak bagi masa sampai 10Mac...
Percaya la cakap aku ni... Esok, lusa dan tulat!!! Takkan ada orang yang nak beratur nak bayar saman ni... Dan aku berani jamin, 10 mac nanti, balai polis akan jadi tin sardin balik...

Orang cam ni, makin bagi muka, makin bertambah lemak...
Kalau kerajaan nak tegas... Sila la tegas betul2...
Aku percaya, lepas ni, dekat highway tu, akan ada lepas ni yang akan bawak 180-270km sejam...
Pasai apa... Pasai depa cakap kelijaan manyak baik hati... Tiap2 tahun ala bagi itu diskaun....
Apa pasai mau bawak kelita slow2 ma...
Ala diskaun ma kalau kina itu saman...

Lepas tu bila ada kemalangan disebabkan bawak laju, mula la kelam kabut nak kuatkuasakan undang2... citporrrahhhh...

Sekejab baik... Sekejab tegas... Sekejab nak tegakkan undang2... Sekejab nak longgarkan undang2... Yang ni hantar bicara dekat mahkamah sebab rasis, yang tu biar sebab...hummmppp... hang pikiaq la sendiri...

Tapi aku musyikil satu perkara la... Kenapa dan apakah motif pengutipan duit saman2 ni...
Bukan sikit ooooo... Hang kira dalam kepala la yea... Kalau busuk2 satu saman tu serat... Kalau ada 20 juta sama... add math aku dulu tak reti nak kira kalau dah angka juta2 ni... biasa main ringgit2 jea... kalau salah tolong betulkan... mau dekat 2 billion oooo.... banyak mana tu... kalau main bilion2 ni, memang tak nampak sangat... kalau nak nampak, lagi senang kata 2000 juta...

Eleh... sikit sangat tu kan...
Banyak mana la 2000juta tu kan...
kalau bagi aku tu, ada dalam setahun tu, aku boleh belanja dalam 5.5juta sehari... sikit kan... tak nampak lagi?

Cam ni la... Kau ada 220 ribu untuk dihabiskan dalam masa sejam untuk sehari iaitu kali 24 jam... sikit kan...

Ulasan

zati embong berkata…
diorg yg bayar after 28/2 kena bayar full kan? sepatutnya kalau nk tegas, tegas terus. blacklist terus. tapi sgt2 kesian plak kalau tetibe nk cari duit sedebuk nk bayar.

amboi,perli jat la 2, bayar last min.haha..tembak kang!
KUREKURE COMEL berkata…
knape org malaysia je yg kena bayar saman ek....


org luar yg msuk cni...tak kena ape2 pun...huhuhu....
NasQ berkata…
xla jat... ada masa lagi sampai 10mac ni... boleh la nak lewat2 kan lagi bayar...

entry sakit hati sebab aku bayar saman full sebab bangang tak nak tunggu diskaun dan tak boleh duduk diam sebab rasa bersalah!
NasQ berkata…
ha...ni lagi satu mina... kalau nak tau la kan... dalam 17 juta saman yang tak berbayar lagi tu kan... kebanyakkan adalah kereta dari singapura!!!

kan dema ni memang speed rempit gila2 dekat highway...
Eda Latiff berkata…
eh2..apsal ai x penah kena saman speed trap ek...hehehe..;-)
NasQ berkata…
ni mesti eda ada pakai ilmu ni... boleh menurunkan ilmu tu tak...


sangat sakit hati jika kena speed trap yang ermmm...60kmj!!!
Tanpa Nama berkata…
aku kene 700rat ari tu,, mak aii pokai la skang ni
NasQ berkata…
haha.. kau antara penyumbang yang kecil dalam angka 2000 juta tu... apa la sangat kan...

0.000035% jea sumbangan kau tu... kira halal la tu...
KUREKURE COMEL berkata…
lain kali...nk rempit bior mlm...
hehehe...tiru la org bijak ni...kihkihkih...
NasQ berkata…
huhu...mina... hamba ni ada masalah sikit... masalah rabun ayam... tak boleh nak drive malam2 sebab silau lampu...
KUREKURE COMEL berkata…
hahaha.....mina pun sme...org nogori kn...mina kg jempol...huahuahua...
NasQ berkata…
ese orang moncheh... huhu...
-- berkata…
ai yang tade saman ni tetiba rasa nak langgar peraturan!!!
cik najah berkata…
horey ! hehe .

qlah tak de saman pun..
sbb.. bwh umo lg . haha
NasQ berkata…
jom fida, kita langgar jea semua peraturan...sok2 confirm ada diskaun... lusa2 confirm ada penangguhan... tulat2 confirm ada lanjutan masa...


apa la punya tur...
NasQ berkata…
budak bawah umo tak elok menyampuk bila orang terlebih umo tua bangka bercerita ,qlah...
Eda Latiff berkata…
haha...ni mesti kena kat area pilah nih...sbb kat situ mmg slalu polis wat speed trap..kg ape ntah nama tu...lupa lak..kat situ kan mmg 60 km/j je..
NasQ berkata…
huhu... bawak unta lg bagus... perlahan pun perlahan...
kay-N berkata…
hahahahahhahaha..

haishhh..tp btoi not fair kat org yg terus byr..isk3..mane satu yg bijak ni..haha
NasQ berkata…
Yang bijak orang yang tak bayar langsung!
Intan7 berkata…
hmmm.. nk tnye.. apsal org sibuk2 beratur eh? bkn kee blh byr on9 kt myEG..
Mr iz berkata…
rakyat kita ni suka tengok orang ramai kot...tu yang banyak meramaikan lg tu rasa macam g majlis keramaian..he he he.. tak pun tepengaruh filem dan tv kot...he he he ..hero last last.. tu yang semua tgu last minit kot...he he he.... bole ke ..he he he aduyai...
NasQ berkata…
Errr intan; intan pernah bukak myeg x? Lembab dia cam siput...
NasQ berkata…
Hahs mr iz.... macam terkena batang hidung sendiri jea tu...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...