Langkau ke kandungan utama

Hati Yang Sihat...

Aku tak faham betul la... kenapa la ada istilah hati batu...
Dah namanya pun hati, confirm la lembut dan mudah tercedera kan...

Ada sesiapa sini yang nak mengaku dia berhati batu?
Tak pun berhati waja? ada? ada ke?

Meh sini aku nak belah dia hidup2... Nak tengok kebetulan kebatuan hatinya itu...
Lagipun, kalau hati dah keras macam batu, confirm la akan berat kan... lagi pun kena jaga betul2, takut terpecah pulak andai kata suatu hari nanti terjatuh hati... Jadi berhati-hati la ketika berjalan atau memandu, supaya hati ibu bapa tidak dilukai ketika mengusung jenazah anak...

Hati aku tak sihat hari... Kira boleh guna istilah sakit hati la ni...
Takkan nak guna suka hati pulak kan...
Ikut suka hati aku la nak guna apa pun istilah... Bak kata orang tu... Orang tua yang cakap... Aku tak cakap sebab aku muda lagi... walaupun muka dah tua macam anak empat orang berbini empat, ada hati jugak tu nak berbini empat... "Ikut hati. mati"

Tema hari ini: Hati yang sihat.... Sekian dari yang sakit hati...
Ada sesiapa yang terlebih rajin dan baik hati nak kira berapa banyaknya perkataan hati dalam entry kali ini? berhati-hati la mengira... Kalau terbuka hati aku untuk beramal, aku akan bagi cenderahati... korang berdoa la dengan sepenuh hati...

Ulasan

zati embong berkataā€¦
haha..hati jat luka!haha

skit hati knp pulok?haha.sakit sekajp sudah,smpai rumah kang hepi2 je.
KUREKURE COMEL berkataā€¦
hoyeeyyy...23 hati...hahahaha...
sanggup kire tu...

gurau je...


awat sakit hati?bila sakit hati...
cepat2 tgk muka org kesayangn..
mcm mak apak..lepastu senyummm..
heee....sure ok...
NasQ berkataā€¦
alalalo...sakit hati lagi ke jat... yang sudah tu sudah la, berhati-hati buka la hati tu untuk orang yang sanggup berkongsi hati... asal jangan mati hati...
NasQ berkataā€¦
ye ke 23 tu mina...macam dah terlebih jea tu...

senyum...senyum... senyum....
erk....cam orang tak ada hati jea nak senyum...

tak berhati perut tul...
Eda Latiff berkataā€¦
26 kot..kalau termasuk tajuk ngan yang ada imbuhan..huhu


pentiru!!...haha..cepat kasik hadiah..juling dah mata ni kira
NasQ berkataā€¦
muahaha... tak ada hati nak berfikir update benda lain...pentiru pun pentiru la...
kak gojes berkataā€¦
buah hati..bintang hati...cinta hati...sakit hati..jantung hati...berhati-hati dijalanraya....sukahati aku la nak taip hati..ehehheeh
NasQ berkataā€¦
wuawuawua eryati...ikut suka hati jea nak taip apa di entry bertema hati ni... makan hati la macam ni, membawa hati yang lara, kecil hati betul la...
Tanpa Nama berkataā€¦
jawapannya 25 hati yang berhati-hati ketika mengira dan menjawab. Takut nanti bila tak berhati tak dapat pula hadiahnya. Nanti jadi terkecil hati....
NasQ berkataā€¦
En/Cik anon: kalau memang betul jawapan tu cam ne?

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ā€œBiar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukurā€.ā€Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di harirayaā€. ā€œBiar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisihā€. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. MƤ$Ƥk Ā£ĆØmƤƱg $Ć mƟil bdiri, HĆØ...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...