Langkau ke kandungan utama

selamat malam sayang...

Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba,
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak menggigal
Fajar sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Taptibau melambung tinggi
Berkuku balam di ujung bendul
Terdenyut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang.



ini bukan aku cipta... sourse tak ingat... huhu...

Ulasan

-- berkata…
ah..bermadah pulak..

kenape gi perak awal sangat..tak boleh diajak menge'punch' langsong!

tolong jaga bos saya yg hemsem tu baik2..kalao nyamok gigit beliau..sila ambil tindakan!
Tanpa Nama berkata…
berjaga sampai pagi ka.. hehe
Bunga berkata…
ingat ke taip lagu selamat malam..ehhe..rupanya bermadah..haha
lalink7 berkata…
bahaya sumber xingat niee..kang org cop copy tnpa kredit pulak..hehe
KUREKURE COMEL berkata…
hehehe...sila berhati hati..okeii..
nnti singgah pi beli jambu byk2 kat RNR...hehehe
Unknown berkata…
tka paham ngat mende bermadah2 ni~hehhee
zati embong berkata…
tukang karut!

itu

sajak kah?
syair?
atau lagu?
Intan7 berkata…
puas bace.. tp x phm..:)
NasQ berkata…
Fida: lain kali bagi sms sebelum pukul 7.20 pagi...
NasQ berkata…
Cekodok: terpaksa terjaga yang tak boleh nak lelap...
NasQ berkata…
Bunga: madah berhelah tu...
NasQ berkata…
lalink... ni ambil dari buku... bukan dari mana2 blog...
NasQ berkata…
mina: jambu tak ada... awek jambu ramai la...kuikuikui...
NasQ berkata…
suna husna: tak perlu memahami pun...
NasQ berkata…
Jat: jat nak jadikan entry ni sebagai apa? semua boleh...
NasQ berkata…
Intan: Baca lagi sampai faham!
Mr iz berkata…
bi kira tak lena diulit intan la ni....he he he
NasQ berkata…
Diulit intan? hang jangan nak memandai2... tau kat tunang aku, mau aku kena pelangkong... pehal pulok initan nak ulit aku? huhu...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...