Langkau ke kandungan utama

Kena Katoq!!!

Selamat hari Isnin...
Selamat Hari Guru kepada semua masih menjadi guru mahupun yang telah pencen menjadi guru...
Selamat pagi semua...
Mari kita mulakan pagi ni dengan senyuman... Senyuman yang seindah suria...
Yang membawa cahaya... Kalau kita senyum, semua orang terjangkit... Senyum... Tak perlu kata apa apa... Senyum... Peace...

Perbualan antara mak dan anak yang kerjanya mengarut jea...

"Ngah, tadi ekau tengok pelamin, ekau nak tema warna apo?"

"Ontah la... Hijau pokek kot... Lopeh tu, ado sikit hitam, biru... Ado kuning sikit... Merah banyak..."

"Keletuq! Apo ekau ingat ni tema Satu Malaysia ko"

"Adei... kena dah... benjol kepalo den..."

"Ngah, ekau nak kerusi yang tinggi cam dalam tivi tu ko... Lawa lak mak nengok kan..."

"Eh... kerusi tinggi? Tak ado la mak... Den nengok tadi ado kerusi plastik je... Murah sikit... Lopeh tu boleh la balut kerusi tu nagn kain batik... Nanti jadi......."

"Keletuq!"

"Adei... Mak ni...Tak sompek nak habiskan ayat..."

"Ha... Ngarut la lagi... Nak kono lagi? Buek la selalu... Apo ekau buek lamo bebonar gi nengok pelamin tadi... Ado singgah memano ko?"

"Ado mak... G singgah Giant dulu tadi..."

"Apo dibuek eh g giant tu? ado nengok bungo tolor ko?"

"Eh... tak la mak... Den g jumpo Sizuka tadi... dio ado kek umah giant..."

"Keletuq! Beso dio ni! lain ditanyo lain dijawab..."

"Adei... Kena lagi... Berbenjol palo den ni ha..."





Notakarut: hoho... perbualan di atas tamat selepas mak disuakan kek resepi rahsia... dah masing2 penuh dan muak makan cheese cake dan tiramisu... Walaupun lewat... Tapi tak terucap pun yang sebenarnya... Selamat Hari Ibu... Walaupun kena sekeh... Den sayang mak...

Ulasan

Unknown berkata…
hehe..lawak lah bro..blom2 lagi nak abiskan cakap ah kne keletouq..aduyai, mesti sakitkan..xkisah pon bila kita sambut hri ibu sebb hari2 kita boleh smbut hari ibu..
bunga_rose berkata…
wahhhhhhhhhh.. sedapnye kek...

ayat last ekau tu menyentuh naluri keibuan den..
Surie berkata…
Bila mu nak menikah ni bro?

Happy preparing ya!
dill berkata…
comel cerita kamu ni :)

dill.
nohfee berkata…
hahaha. kau nak kawen ke bro? wahhh. tahniah2.
iem berkata…
amboii..
dah nak kawen dah...
tahniah..tahniah...
Muttallif berkata…
huhuhuhu...cerita ceriti kawen nie~~`ngeee ngeee ngeee...tahniah!!
NasQ berkata…
CucuUmie: tak sakit pung........
NasQ berkata…
Bunga: hoho... hanya insan yang bergelar ibu sahaja memahami...
NasQ berkata…
Surie: InsyaAllah akhir bulan 11 ni...
NasQ berkata…
Dill: comel macam orangnya jugak... hoho...
NasQ berkata…
Nohfee: siapa tak nak kahwin wei... hoho...
NasQ berkata…
Iema: cepat sangat wih tu, nanti basi lak...
Daddylicious berkata…
hehe...kene ketuk jer...
NasQ berkata…
Talif: cerita ceriti taik mata buat taik inti... eh?
NasQ berkata…
Bigdaddyz: hoho... katoq manja...
Unknown berkata…
biol dah big bro aku soorang ni...:P
cpt kawen nt nk p kenduri kawin..hehee
Unknown berkata…
wa~tentibe terasa rindu kat mak den

p/s: comel la plak bc loghat nogori~nak blaja loghat nogori r pas ni!
Mr iz berkata…
he he he ko memang sempoi la nasriq ...he he he lebih kurang je ko ngan aku...kalu tanya mesti jawab lain... kira tanpa ko hidup kurang ceria wooo.... kira orang penting ni....ha ha ha ha
Asrul "iLham" Sany berkata…
hahahah klakar...tapi ibu adalah segalanya....

i lap my mum gak

;D
Unknown berkata…
hahahaahha..*gelak guling2

kalo la TK xde kt umh tu konpon sunyi an...

sabo aje lah
NasQ berkata…
SunaHusna: Tengah biol la ni... sampai terlupa nak pos hadiah... Nampak gayanya terpaksa la pos minggu depan pasal esok dah naik belon lagi...
NasQ berkata…
IP nak belajar untuk apa yea... huhu... tetiba jea teringat aku ada borang kosong lagi 3... nak isi tak? hohoho... ai rela... hoho... gelak gatai!
NasQ berkata…
Mr Iz: Hoho... dah asyik soalan yang sama jea... tu yang jawapan setiap kali tanya tu, ada jea jawapan yang mengarut keluar...
NasQ berkata…
Ilham: ha... ketawa la... suka la tu tengok orang kena katoq...
NasQ berkata…
Titisan Hujan: hoho... tak tengok lagi ultramen 2 ekor dekat rumah tu... sunyi apa nya... dah tunggang terbalik dah...
Aisyah Ahmad berkata…
KELETUQ!!!!

hambekkk!!sengal sangat TK ni haa...
menarik gak color theme yg TK pilih tu yekk...tak penah lagi jumpe color combination yang sarat gitu..WAJIB pegi tgk TK besanding ni ha..
NasQ berkata…
AA: kalau dah ajak klu x datang siap la AA!... kena gulai la AA...
zati embong berkata…
hahaha.cer try upload gmbar sikit.zoom part kepala eh.nk tgk gmbr kepala benjol kena ketuk dgn mak.
NasQ berkata…
Jat: hohoho... tak ada gambar...
KUREKURE COMEL berkata…
ala baru kena ketuk....hihihi.....
mina dah lut la semua tu...


org nogori ni mulut yo lobih...hehehe...


ehhh...selamat hari ibu jgk....bukan utk TK okeiii...kihkihkih

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...