Langkau ke kandungan utama

Khas Untuk Seseorang...

Jangan berenang dalam perigi
Jangan dibuang air di baldi
Jangan dikenang yang sudah pergi
Jangan dirindu orang tak sudi

Jangan duduk di tepi jalan
Jangan duduk di atas batang
Jangan dirindu kepada bulan
Jangan ditanya ke mana bintang

Jangan ditanam padi di seberang
Jangan menghuma di puncak bukit
Jangan tak kenang budinya orang
Jangan dilupa walau sedikit

Jangan dilupa kasih sayang ibu beri
Jangan jadi Tenggang tak mengenang budi
Jangan tangisi malang nasib sendiri
Jangan dikesal semua yang terjadi

Jangan di daki Gunung Tahan
Jangan pergi tanpa teman
Jangan lupa kasihnya tuhan
Jangan bersedih menerima ujian

Jangan risau matahari meninggi
Jangan dicari ke mana bayang
Jangan ditanya ke mana ku pergi
Jangan dicari bila ku menghilang

Jangan jadi rindu bayangan
Jangan rasa selalu dipendam
Jangan dibiar marah berpanjangan
Jangan disuburkan benci dan dendam

Jangan tiang tidak berpalang
Jangan dibiar lantai berjungkitan
Jangan tuan curiga dan walang
Jangan cemburu dicambah keterlaluan

Jangan aku dibiar keseorangan
Jangan dibiar hatiku kelam
Jangan aku disakiti berpanjangan
Jangan ditambah luka yang dalam






NotaKarut: Khas buat seseorang di alam maya...

Sumber: Sini...

Ulasan

dill berkata…
pantun nasihat :)

dill.
NasQ berkata…
Dill: untuk orang yang memerlukan nasihat...
dill berkata…
betul tu. saye pun amik iktibar jugak. :)

dill.
NasQ berkata…
Dill: ambil iktibar tak pe, jangan ambil hati dah la...
Mr iz berkata…
moga ornag tu paham la hendak nye ye... camana pun ceria itu juga yang best...he he he
Intan7 berkata…
khas utk siapakah??:p
khaifaiz berkata…
Harap shbt alam maya itu lebih tenang yer... Sungguh berat masalah yg dihadapi
Asrul "iLham" Sany berkata…
cara nasihat yg klasik

;D
Unknown berkata…
ayat sokongn buat intan>>untuk siapakah? ehehe

btw nice...cume part last2 agak jiwang..neyh mesti slalu tls srt cinta zaman skolah dl..bwahaha
Bunga berkata…
bagus banyak nasihat..tapi lect bunga ckp jangan banyak sangat mengunakan perkataan jangan..hkahaka
Sutera_suci berkata…
Mak ai, semua jangan..abes apa yang boleh? ngaa
M a W a D D a H berkata…
mcm utk org yg keciwa, sedih, pilu, putus harapan je nie...sapekah dia...jengjengjeng
zati embong berkata…
harap dia tabah..mcm jat ckp berat kita yg mendengar,apatah lagi dia yg menanggung.
Yutaka Mushimura berkata…
huhuhu..aku masih mengenang....jom dengar lagu jiwang..:)
KatekateKite berkata…
amboi!

tu diaaa....

untuk siapa tu?

btw, sangat menyentuh hati dan perasaan............. -.-
Prince Halilintar berkata…
terasa jgk prince dgn pantun ni...tapi mmg best dan byk pengajaran nya.. like it =)
husnalalink berkata…
utk sape niee? cakap laa..hehehehe..
Unknown berkata…
walaupun kelihatan seperti biasa2 saja tapi maksudnya amat mendalam nih..
norh berkata…
banyaknya jangan...
iem berkata…
untuk iema ke ni..
hihi(perasan)
Unknown berkata…
semoga yg dituju itu mengerti

yg x dituju nk ambk pakai jgk nasihat ni blh x??
Eda Latiff berkata…
yang jangan tu la yang slalu dibuat..
Muttallif berkata…
Nasihat Yang brguna untuk yang masih d alam fana
Unknown berkata…
Terasa amat berat masalah yang ditanggung. semoga dia tak berputus asa dan teruskan semngt juang.
berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
nohfee berkata…
suka rngkap ke 5.
"jangan lupa kasihnya tuhan
jangan bersedih menerima ujian"
scya lollita berkata…
untuk sape ? aku ke ?
-- berkata…
ni cilok kat mana ni sajak ke puisi ni? ha?

bukan utk ai kan? bukan..bukan.. dah..balik sini jgn lupa beli kek lapis.. bye.
KUREKURE COMEL berkata…
ehemmm.....adakah komen org ni yg ditunggu tunggu....smile...


tenkiu akan entri ni...walaupun bukan utk mina...mina cuba amik semuanya..


hope mina akan lbh baik dari semalam.
insyaallah....

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...