Langkau ke kandungan utama

Berkerut Memerut...

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Idea... Mana korang yang bijaksana dan bijaksini dapat idea nak menulis di blog ye?
Ada tu memang idea yang sangat Bernas (jenama beras berkualiti)...
Ada tu, idea yang boleh membuka minda... Idea yang tak pernah dibuat orang...
Macam yang pernah Incik Jepun buat teori zero gravity...
Ada jugak yang dapat idea yang mengarut yang sangat kreatif...
Itu aku la... Hohoho... Siapa lagi nak puji diri sendiri kan...

Jom... Jom jawab survey ni...
Mana la tau kot2 ada yang tengah tak ada idea...
Boleh la cuba cuba try test acu cara cara nak dapatkan idea...

Tempat dan cara mendapatkan yang selalu mendatangkan idea...
Sila pilih satu jea...

a)- Sedang khusyuk membuat urusan peribody di dalam tandas...
Tetibe masa muka tengah berkerut kerut memerah tenaga membuang sisa sisa buangan...
Masa itulah encik idea akan sampai... mencurah curah bak air yang di curah di daun keladi...

b)- Sedang asyik lena dibuai mimpi...
Bukan dibuai Intan... Itu cerita lain...
Nanti jadi kes lain pukok...
Ada orang masa tengah tidur ni la dia dapat ilham...
Asal bangun tidur jea, perkara pertama yang di buat ialah terus mencoretkan idea...

c)- Masa tengah sibuk berkerja...
Masa tengah ramai yang datang mencari...
Masa kerja yang menimbum macam gunung...
Masa ni la idea datang... Ada yang bijaksini, menulis draf dulu...
Sama ada di dalam note atau yang lebih canggih menulis dulu dalam henpon murah dan mahal masing2...
Ada yang malas... Simpan dalam otak... Konon ingtan tu kuat la...
Padahal sampai lusa, idea tu hilang sendiri...

d)- Jawapan korang??? Jawapan sediri... Aku malas nak fikir...
Tak kesah la walaupun mengarut...
Sebab aku pun sebenarnya tengah tak ada idea ni...
Di mana biasanya korang dapat idea...
Atau di masa bila korang dapat idea???

NotaKarut: Mood mamai... Hari ni hari apa ek? adei... kenapalah dengan aku ni...
Dua tiga empat menjak ni asyik tak ingat hari jea... asyik tersasar jauh...
*** Apa ada kena mengena tajuk dengan isi entry ni? Tak ada...
Ikut suka aku la nak letak tajuk apa pun...
Pasal aku tengah ada masalah dalaman...
Mungkin akibat rojak mak bee buatan orang...

Ulasan

dill berkata…
idea datang tiba-tiba. hehe

dill.
NasQ berkata…
memang idea datang tiba2... tapi di mana?
dill berkata…
kadang2 mase tgk tv. kadang2 mase tanda buku. hehe

dill.
NasQ berkata…
huhu... idea aku datang masa a, b, dan c tu...
Intan7 berkata…
tgh2 wat sesuatu kot.. cth cam tgh mkn.. dtg la idea nk tulis psl mknn.. tgh dgr lgu, tulis psl lagu.. camtula...
~Sal Ismail~ berkata…
idea dtg dlm byk situasi..mcm aku,lepas baca blok kwn2 pun boley dtg idea..tgh drive, bila balik kg..tgh menunggu kwn..tgh itu tgh ini..tp kdg2 bila idea dtg, x sempat pulak nak update..xnak idea hilang, buat draft..tp draft tu kalo da lama sgt, xde feel pulak nak mengarang..huhu~
ORLANDO AHMAD berkata…
paling gampang bila tengah solat idea datang... x khusyuk la tu gua
iem berkata…
xsabar nk kawen la 2, sebab 2 nk cepat je hari...
huhu..


idea cepat datng n pergi, sebab 2 aku jarang update entry..
huhu
Muttallif berkata…
Entah, Gunakan pancaindra...apa yang didengar,dirasa,dilihat pun boleh jadi bahan. hahahaha....Ang dah bagi idea yang dah lama aku fikirkan...ngeee ngeee ngeee...

ZassssSssss...layan~~~
M a W a D D a H berkata…
idea leh dtg dgn tibe2...tgh mkn pun boleh, tgh berjalan pun boleh, tgh tgk objek kat depan pun boleh, lepas bngun tdo pun boleh, tgh bwk motor pun boleh, dll...makna kata, buat ape pun boleh...:p
-- berkata…
kalau kita menulis.. ada la ideanya tu..kalo tade idea..tak menulis lah kita..

jarang draft2 tuh.. terus je tulis..tapi kalo entry pegi jalan ke makan ke.. mang idea datang dari gambo..

kekadang idea datang tetiba.. cam tgh marah ke.. tengah bosan pon boleh jadikan entry patblas mukasurat.

ahh..duliklah..
zati embong berkata…
time ada idea,merepek gak.tp cuba xde idea,hambek,seminggu x berupdate.haha
NasQ berkata…
Intan: masa nka menulis tu la tak ada idea kan... tenung lama2... tak jugak datangnya encik idea tu...
NasQ berkata…
Sal Ijou: Sangat betul tu...
NasQ berkata…
JYTerbarai: Tu la... memang gampang betul... eh... macam sama jea... hahaha...
NasQ berkata…
Iema: sebenarnya kan... aku tengah pening ni... pening pikiaq bajet yang lari lari anak tak sempat nak kejar...
NasQ berkata…
Talif: jangan lupa bayar royalti ha!
NasQ berkata…
Adah: memang la dia datang... tapi kadang saat kita tengah leka buat benda lain...
NasQ berkata…
Puan Fida memang seorang yang kreatif... terbukti...
NasQ berkata…
Jat: kalau aku menghilang seminggu agak2 ada orag cari ke tak ek?

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...