Langkau ke kandungan utama

Cool Yang Bodoh...

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...
Sihat semua? Ye...
Kalau sihat mari kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dilimpahi nikmat kesihatan...

Sebelum aku mula nak mengarut memancung dan terus melencong...
Aku nak mintak maaf dulu kot kot la ada yang akan terasa...
Mana la tau kan...
Manusia ni lain sikit...
Mulut kata lain, di hati siapa yang tahu kan...

Siapa perokok tegar di sini???
Sila angkat kening belah kanan tinggi tinggi...

Eh... Aku tak suruh korang berhenti pun...
Jangan risau... Hak masing masing kalau nak mati cepat dan menghadapi pelbagai penyakit...
Ikut suka hati perut korang la nak hisap berapa katon rokok pun sehari...
Kalau nak lagi nikmat, sekai hisap tu, hisap la sekali 20 batang terus...
Lagi banyak asap lebih nikmat kan kan kan...

Dah... Aku takkan nak campur urusan korang... Lantak kome la..
Lagi pun duit kome... Bukan duit teman pun...
Bako ler seberapa banyak yang kome nak bako pun...

Yang aku marah sangat ni...
Yang hang hisap rokok tu hembus hembus dekat orang...
Awat??? hang ingat hang cool ka?
Hang tak tau, penghidu asap rokok kedua tu lagi bahaya daripada penghisap rokok...
Hang nak pi mati cepat... Hang pi la sorang sorang...
Yang duk hembus dekat orang tu apekehei nye yop!

Hang ingat cool ka buat lagu tu?
Hang tak tau yang hang tu lagi bodoh dari lembu tahap piang...
Hang ingat macho tahap gaban ka???
Haktuih la!!!

LAIN KALI KALAU HISAP ROKOK TU, TELAN ASAP TU...
JANGAN NAK HEMBUS HEMBUS... SAYANG OOO... MAHAL TU...
SEKALI BAKAR JEA DAH LIMAPOHSEN DAH...

Orang lain ada hak tak nak hisap rokok so hormati la hak orang yang tak nak hisap rokok tu...
Sebagaimana orang yang tak merokok hormati hak kau tu....

NotaKarut: Kalau sehari 2 kotak Dunhill yang bersamaan RM20.00 sehari sanggup dibakar...
Agak agak la kan ikut percaturan aku yang bodoh lagi hina ini...
Berapa sebulan yea yang sanggup dibakar perokok ni?
Apa? Lmbat kira... Tak pe... Aku sangat memahami... RM600 sebulan...
Hoho... Dapat Persona sebijik ooo... tak pun kalau buat sedekah dekat anak yatim...
Agak2 berapakah manfaat dan pahala yang boleh dapat yea..
Ehhh!!! Tak pe... Hisap la... Untuk pengetahuan korang...
Perokok ni antara penyumbang CUKAI KERAjaan yang terbesar tau...
Hisap la banyak banyak biar aku boleh dapat bonus banyak tahun ni...

Ulasan

dill berkataā€¦
sesetengah perokok mmg suke hembus2 kat orang lain. die ingat die cool la kot. bangang.

aku batuk tau tak!

dill.
Nonie berkataā€¦
bajet cool la tu hembus2 kt orng...lemas..

xsuke bau asap rokok!
Intan7 berkataā€¦
intan kalo tgk org hisap rokok mmg intan akan tayang dpn dia yg intan nie tgh tutup hidung.. then ckp kuat2 busuknye bau asap kt sini, pencemaran alam btull.. intan mmg x suka bau asap nie..ish2
lilypelangi berkataā€¦
lau ade orang yg hembus2 tuh , tunjuk penumbuk je skali . hehe .
Unknown berkataā€¦
abah kite kan
selalu pesan.calon menantu die xboleh merokok.kalo merokok out of list laaa..=.=''
Ze_Mhis berkataā€¦
perokok juge adelah warga yang awet muda. sebab muda2 lagi dah mati dulu. oppppss...

weh, aku tag kau la bang.. cek sini: Segmen Fahmi: SAYA.SAYANG.AWAK
~Sal Ismail~ berkataā€¦
aku sedih..aku sedih..bapak aku x hisap rokok pun..tp sume adik badik laki aku yg berjumlah 5 org tu isap rokok belaka..sob*
ishiko berkataā€¦
err.. brader nasriq ni perokok ke x? kalo x tepuk tgn kuat2.. huhuu^^
olen berkataā€¦
memang tak suka lelaki perokok! busukkkk!
Cik TeN10 berkataā€¦
betul2.. kl nk mati cpat pegi mati sorg2 la jgn nk heret org len skali kn.. sgt2 xsuka bau asap rokok.. pening kpala dibuatnya.. huhu my family mmg xde yg smoking..
Noor Fatin berkataā€¦
xhisap rokok. haha. sakit hati pun ada kadang2., apsal xtelan je asap tu. biar mati2 sorg. haha
Unknown berkataā€¦
kita ni pasif kan,huhu sabor jer lar
Daddylicious berkataā€¦
dia fikir dia cukup macho ...hehe
nohfee berkataā€¦
ishhh serious pantang kalau org suka hembus asap rokok dekat muka org lain. rasa macam nk tonyoh je puntung rokok tu dekat hidung die. bagi die bau sikit asap tu. =="
Asrul "iLham" Sany berkataā€¦
rokok tak cool...

;D
NasQ berkataā€¦
Dill: Cool bangang ek? huhu... aku kata cool bodoh jea...
NasQ berkataā€¦
Nonie: aku pun tak suka jugak...
NasQ berkataā€¦
Intan: kadang2 penat jea buat bahasa isyarat ni... bukannya dia reti bahasa pung...
NasQ berkataā€¦
lilypelangi: huhu... penumbuk??? garangnya...
NasQ berkataā€¦
TitisanHujan: huhu... maknanya aku masih lagi dalam list la ni ek?
NasQ berkataā€¦
PiahBecok: huhu... tang tu aku tak nak komen pasal bukan kerja aku pun nak tentukan siapa yang mati awal...
NasQ berkataā€¦
SalIjou: nasihat la selagi masih muda ni... dah tua memang susah nak berenti dah...
NasQ berkataā€¦
Ishiko; setakat ni, sebatang rokok pun aku tak pernah hisap lagi... asyik hisap asap rokok jea...
NasQ berkataā€¦
Zureen: Nasib baik aku wangi... huhu...
NasQ berkataā€¦
Cik Ten10: huhu... betul betul betul...
NasQ berkataā€¦
Fatin: lepas ni kita buat iklan pulok... jangan lepas asap rokok, sila telan untuk kenikmatan berganda...
NasQ berkataā€¦
Amir Aizat: mana boleh sabar... ni pun hak kita jugak sama macam hak diorang untuk merokok... kenapa perlu paksa kita menjadi perokok pasif?????
NasQ berkataā€¦
BigDaddy: fikir macho... padahal... erm...
NasQ berkataā€¦
NohFee: sila buat... huhu... apa apa hal, ngadu kat aku biar aku tendang anu dia...
NasQ berkataā€¦
Ilham: sangat tak cool kan...
zati embong berkataā€¦
ayah jat dulu merokok,tp dia syg bini,dgr kata ma xpayah merokok da.

bf jat pn setakat ni dgr kata jat.harap2 bkn lakonan semata2 je.hahaha

kalau dia smoking gak,jat pam rokok dia dlm toilet.hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ā€œBiar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukurā€.ā€Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di harirayaā€. ā€œBiar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisihā€. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. MƤ$Ƥk Ā£ĆØmƤƱg $Ć mƟil bdiri, HĆØ...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...