Langkau ke kandungan utama

Mari Berpantun V3...

Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal

Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya

Wahai wanita janganlah merajuk
Maafkan aku si tukang karut
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Aku rela hai kena carut

Wahai wanita tidakkah kasihan
Aku nak mati bercerai badan
Kalau wanita sekalian tak mahu maafkan
Aku nak pindah Tanjung Rambutan


NotaKarut: hik hik hik... wahai kaum wanita sekalian... maafkan la si tukang karut ni pasal entry yang sebelum ni... entry tu ilham dari emel seorang sahabat...

Ulasan

. berkata…
pantun ke 3 tu best ! hahaha

rela ye ? ^^
Niena Muhammad berkata…
oh.. sy sgt lemah kalo org suh berbalas pantun..

budak-budak main congkak
bermain congkak di tepi sawah
siapa yang bermain congkak?
budak-budak lah
Muttallif berkata…
Pergi ke pasar terjumpa pe'ah
Jangan Marah...

pssstt : pantun 2 kerat jee..hahaha!!
Unknown berkata…
pandai hang mengarang pantun kan..budak engineer pon pandai berbhasa lol..kuikui
Asrul "iLham" Sany berkata…
pantun memujuk aweks. dalam ganas2 ko pun leh romantik gak ek...

hebat
vampire's lovex berkata…
tahu takot,baru nak bawak kes ke menteri pembangunan wanita dan keluarga hahaha...

rilek le bebeh.... ada betol nye pe bnde tuu hheee
Unknown berkata…
ayoyoyyo...TK

smpaikan bpantun kpd kaum hawa sbb entry tu.lex la bro...

smolmatter je tu
wink!!!
dill berkata…
lalala~

ini komen spam.

dill.
~Sal Ismail~ berkata…
whehee..rasa besalah ke bro..lek..lek..kaum wanita sekalian x kesah punye =p
ORLANDO AHMAD berkata…
layan gak pantun ni hahhaa
M a W a D D a H berkata…
rileks ar wahai si tukang karut....


p/s: tahu takut!!! harharhar (gelak jahat)...
p/s: kim slm engineer yg hensem kt situ okeh...kehkehkeh...
Mr iz berkata…
aku bab pantun ni tak boleh... tak boleh tengok... he he he he... gian mari woo...he he he...bagi ah tat jawab la..serah kat dia...he he he

pergi ke pekan mencari papan
papan nya berat tak ada yang ringan
sebab ikan tak mahu makan umpan
mungkinkah ikan sudah kekenyangan

gelap gelita api menyala
menyala api disebab pelita
boleh bahaya woo bermain kata
mungkin terhiris jauh dijiwa

wahai sang wanita kenapa wajah bermuram durja
apakah sebab oleh kata kata terusik jua
wahai wanita carutlah dia,maafkan lah dia
lepaskan semua biar tenang di dalam jiwa

ditelan pahit nak diluah memang menyiksakan
memang dah jadi lumrah dalam kehidupan
kesian sungguh dia kalau tak dimaafkan
membawa diri jauh malah menyiksa akal dan fikiran

waaa ah tat back up sama lu maa... haiyooo manyak baik...he he he
khaifaiz berkata…
aku nk belajar ngan ko la buat pantun... boley??
Ainun Nadini berkata…
terbaik hehe
Bunga berkata…
best..

bunga mestila akan maafkan tukang karut..hahah..
Unknown berkata…
pantun buah cempedak di luar pagar
bro tau la..tolong ajar pantun..k
Acik berkata…
kih kih kih ...
persamaan matematik tu -
power!
to the power of infiniti lah!
Unknown berkata…
kononlah malu sgt nk komen ni,hahha
pandai pantun eh ir ni,hehe
Fyqa berkata…
best gila pntun

muahahaha
.drakula. berkata…
makan pagi makan petang
anak ayam anak udang
tak suka tak senang
tiada aku larang....




lagi2....keh3
Unknown berkata…
makan nasi bersama budu.
erkkk.ak dah kenyang.

pantun ni oke x?
iem berkata…
xmau maafkan..
cepat g tanjung rambutan!!!
haha!!!
Noor Fatin berkata…
xreti nak balas2 pantun pulak. hehe
azi nur berkata…
boleh dibuat syair jugak..hehee
zati embong berkata…
pantun?bgla sajak ke,syair ke,senang jat nk balas.pantun ni mmg xde bakat betul.

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...