Langkau ke kandungan utama

Bebel Itu Ubat...

Asslamualaikum...
Salam sejahtera...
Harap kalian kalian semua sihat sihat belaka...
Kalau tak sihat...
Cepat cepat la makan ubat...

Sebab aku dah sihat dah...
Walaupun aku tak makan sebutir ubat pun...
Walaupun aku dibebel dipaksa makan ubat...
Tapi tak jugak makan ubatnya...
Bebel itu la ubatnya...

Bila dah banyak kena bebel...
Telinga pun dah naik bernanah...
Terus jadi sihat walafiat!

NotaKarut: Aku bukannya tak nak makan ubat... Tapiiii... Korang paksa dan bebel macam mana pun... Ubat tu... Cuma ubat tu yang tak masuk dalam kerongkong aku ni... Macam ada sekatan pulak... Apa kata kalau korang offer diri membelanjain diriku ini... Sotong goreng tepung ke, rendang ayam kampung campur maman ke, gulai ikan semilang salai ke, gulai daging salai campur bacang ke... Tak perlu dibebel... Tak perlu dipaksa... Aku rela memenuhkan perut ku ini...

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hahah. Sama lah kita. Saya pun macam tu juga. TAK SUKA MAKAN UBAT!!! haha. :)
zati embong berkata…
amboi,bkn main lg.demam2 pn mengidam nk makan mcam2
vampire's lovex berkata…
hahaha bagus...ubat xde nye nk melompat masuk mulut kalau xde tgn yg nk mnyuap..elehhh,ckp je la nk awek suap kan ahhahaha...

bgus la dah sihat.. boleh mengarut tak hengat hihi
Mohammed Faizal berkata…
adoi ye ke...tapi aku la tak tahan bile orang membebel...macam nak pecah telinga haha
abglan berkata…
ubat? sedapnya... nyum..nyum!! (sedapkan hati)
Muttallif berkata…
Fuh! Betul tu..tak payah makan ubat! hahaha
Fyqa berkata…
kes xnk mkn ubat la nih
ubat oh ubat

ubat tak sedap . hehe

bagus lah dah sehat ye :)
dill berkata…
tu bukan ubat. tu musibat. naye je die ni. degil tanak makan ubat~

dill.
NasQ berkata…
UN: bukan aku tak suka... cuma para pembuat ubat2 ni bervariasi la sikit... balik2 rasa pahit jea... cuba la buat perasa oren ke, epal ke, kurang strawberi ke... satu tan ubat pun aku boleh makan... hoho...
NasQ berkata…
Jat: Yang demam tu badan jea... selera tak demam pun... hoho...
NasQ berkata…
VL: masalah problem nya sekarang ni, otak aku tengah tak boleh nak mengarut sangat ni...
NasQ berkata…
Faizal: bebel... aku dah tak heran dah... dah kebal... hahaha...
NasQ berkata…
AbgLan: sedap... nah... amik selori ubat! Free...
NasQ berkata…
Talif: sokong! hoho...
NasQ berkata…
Fyqa: hoho... tak ada orang nak suapkan ubat la...
NasQ berkata…
IIBCHS: betul tu... patut dibuat la perisa durian ke... sedap la jugak kan...
NasQ berkata…
Dill: lalalalala... tak nak dengar... lalalalalala....
iem berkata…
la dah sihat ker??
nape xcakap awal2 kalau x boleh je nk belanja..
haha
NasQ berkata…
Iema: ada mana sekarang? nak belanja durian ke?
Nonie berkata…
adoii la..da besar2 pun xmo mkn ubt!!!ketuk kng.;;heheheh
NasQ berkata…
Nonie: ingat orang besar tak takut ke? hik hik hik...
Cik TeN10 berkata…
tak padan dgn demam.. nidamnye kalah org mengandung !! hahaha

psttt,, TK pn mcm cikten jugak lah.. liat makan ubat.. dekat kerongkong ni mcm ada kubu dok menahan ubat nk msuk.. kih3 ^^
NasQ berkata…
CikTen10: hoho... kita sekapal ek... hohoho... mereka2 ni yang tak faham kita kan... kita ni istimewa ada kubu di kerongkong ni, tak boleh menelan ubta...
Cikya berkata…
TK, nak ubat sedap perasa oren, stroberi,
makan lar syrup baby..
mahu sebotol kalau ikut dose orag dewasa.. :D
NasQ berkata…
Cikya: hoho... kenapa tak boleh buat untuk orang dewasa... kenapa ubat mesti besar dan pahit????

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...