Langkau ke kandungan utama

Pantun Selamat Berpuasa...

Ikan di sungai jangan dituba
Nanti habis diracun semua
Bulan Ramadhan dah pun tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Kalau habis ikan sungai dituba
Duduklah temenung di tepi beranda
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Penyakit gastrik mulalah melanda

Mari berdagang di pantai Morib
Berdagang kita menjual periuk
Waktu berbuka azannya Maghrib
Bukannya azan Zohor dah bukak periuk

Ayah dan bonda di kampung keharuan
Ingat kek anak apakah makan
Pantun ini sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

NotaKarut: Selamat Berpuasa... Ada yang nak menjual pantun? Aku rela dan bersedia membeli... hoho...

PESAKIT STROKE BOLEH KEMBALI PULIH SEKIRANYA MEMILIH KAEDAH PEMULIHAN YANG TEPAT

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saya mahu jual, pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. hahah. Pantun itu je yang hafal. haha. :)
Shira Mary Jenn berkata…
kemasnya rambut bila di dandan,
selamat menyambut bulan ramadhan..

hahahaha...pantun 2 kerat tah pape jekk

selamat berpuasa ye ;) ;)
iem berkata…
malas la berbalas pantun
(merajuk pas kena tipu)
Nilam suhana berkata…
hidup mesti banyak amalan,
mesti ikhlas jiwa raga,
kini telah tibanya ramadhan,
marilah kita beribadat di bulan yang mulia...

huhu.. tiba2 nak berpantun juga... hehheh
dill berkata…
Salam Ramadhan, kawan.

semoga kamu kurus. ops.

cabi pun ensem.

dill.
.drakula. berkata…
anak ikan anak itik
anak kambing anak lembu
selamat hari raya aidilfitri....





keh3!
Lea Isnawi berkata…
saya nak jual! saya nak jual!

tapi TK nak beli bape kilo eh..hehe

selamat berpuasa je tukang karut
abbey~ berkata…
alamak... da lame xbelajar berpantun... tp, nak cube jugak lah !

bapak aku ade kelise,
samat pose !! :p
cik pha berkata…
pandai pulak tuan tanah berpantun yer..oke slamt berpose+bersahur+jngn lupa niat heehehe
Unknown berkata…
hebat ir. zaman skrg.hihi slmt bpose!
Mr iz berkata…
aku bab pantun ni .... he he he he ... layan juga lah.... he he he... layan sama ni.....

Ikan di sungai jangan dituba
tubalah longkang biar ades mati segala
Bulan Ramadhan jangan buat buat lupa
Puasa yang lalu aku line clear settle semua

Duduklah temenung di tepi beranda
nyamuk tiada hati senang segala
Bulan Ramadhan gastrik melanda
Banyak helah nafsu semuanya

Semangat berdagang tak pernah lentok
Berdagang aku menjual keropok
Azan Zohor kalau dah bukak periuk
Itulah nama puasa yang yok...

Pantun tukang karut memanglah gurauan
pemecah sunyi dikala malam yang segan
Gurauan penghibur bila hati tak keruan
buat pengerat silaturrahim dibulan Ramadhan


dengan ucapan selamat menunaikan ibadah di bulan yang penuh keberkatan... selamat berpuasa
Unknown berkata…
air kosong tida rasa,
saja nk ucap selamat berpuasa..

pantun cincai ni..kekeke..
Mawar Berduri berkata…
saya jual ya..


bangun pagi pergi ke dapur
menjenguk periuk untuk bersahur
sebulan ramadhan berkunjung lagi
semoga diterima oleh illahi.



pergh.. reti plak aku wat pantun nie.
Muttallif berkata…
Aku Buat Pantun 2 kerat je, nak g mandi :P

++++++++++++++++++++++++++++++
Pergi pasar beli ikan
Puasa tahun lepas, sudah ku selesaikan.

Jual kuih di pasar cina
Itu alasan manusia tak reti puasa.

Balik kampung Jumpa atok,
Itu Perbuatan Manusia terkutuk.

Jalan makcik Kiah Sopan Santun
Tiada salah memperingat dalam Pantun :)
+++++++++++++++++++++++++++++++++

Jalan Bazar Carik Burger,
Bulan Ramadan, Jgn asyik nak blog ajer...

"peringatan untuk diri sendiri tu" wakakakakaka
Khairi Fakhri berkata…
wah... ceq xreti nak pantun2 bagai ni.
papepon selamat menunaikan ibadah puasa! :D
Tinta Lana berkata…
Sekali lagi, Salam Ramadhan buat teman blogger.. pejam celik, dah melangkah hari pertama bulan Ramadhan tahun ini..usia makin bertambah..amalam jangan makin berkurang pula ya ^__^
Aisyah Ahmad berkata…
Hari Raya pasang pelita..
Pasang pelita dengan musa..
AA tak ada apa nak kata..
Cuma nak ucap selamat berpuasa..


*heheh..baru sehari pose..dah sibuk nak pasang pelita...ape ntah AA ni kannn..hehe
Bunga berkata…
selamat menyambut puasa diq ipar..haha..jangan curi makan tu..haaa
Izrah Zulkarnain berkata…
rajin bebenor buat pantun... hee~
salam Ramadhan :)
Unknown berkata…
pergi ke pasar membeli mangga
dibuat sambal segar rasanya
beberapa hari kan tiba
puasa ramadhan rukun ketiga
Unknown berkata…
Anak katak makan ketupat,
Makan ketupat sambil melompat,
Bulan ramadhan pun sudah nak dekat,
Saya nak minta maaf sebelum terlambat .. :)
Canon Rider berkata…
Anak itik lari-lari, Terima kasih kerana memberi..
NasQ berkata…
Anak itik penat dikejar
Terima kasih saudara
EC berkata…
Tak reti nak pantun pantun.
Kalau rawat slip disc tau la.

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...