Langkau ke kandungan utama

Sia Sia...

Hai... Amacam di hari raya kedua?
Ada yang dah mabuk kuih raya ke?
Hohoho...

Sebulan berusaha... Menahan diri lapar dan dahaga...
Dan hasilnya... 6kg lemak lemak degil dapat dinyahbasmikan...

Tapi usaha sebulan terasa tak berbaloi baloi...
Ngeri tengok timbang tadi...
Sikit lagi nak atasi berat sebulan berpuasa...

Sia sia!!!
Terasa seperti mahu berlari dalam keadaan berbogel berteriak menjerit jerit kerasukan sambil mahu tarik tarik rambut je rasanya!

Serba salah dibuatnya...
Tak dijamah makan kang, dikatanya tuan rumah kita tak beradab...
Dah dipelawa tapi tak makan!!!
Sombong...

Kalau tak berjalan beraya mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai, lagi la dikatakan sombong! Katak bawah tempurung la, kedekut la itu la ini la... Aduyai...

Dah tu? Takkan nak tengok je makan depan mata?
Nak nak lagi kalau makanan tu sedap sedap yang memang menjadi pujaan hatiku sejak azali lagi... Siapa boleh tahan beb...

Itu yang rasa makin sendat jea... Dah tak boleh masuk pun di tolak jua menggunakan air... Kalau tak jalan jugak, ha... aku guna kayu... tu kayu tu aku jolok kasi padat dan sendat... Biar ada ruang sedikit untuk udara dan mengisi serba sedikit makanan...

Dah tu? Aku nak salahkan siapa sekarang ni?
Delima sungguh! Eh! Itu buah la...
Selalu sangat terkeliru... Delima ke dilema?

Dilema la mangkuk ayun!
Tu la, dulu masa cikgu mengajar bahasa melayu, lari, ponteng... Panjat pokok... Nyorok dalam longkang... Ha kan dah tua ni, tatabahasa dah tak berapa nak ada!

NotaKarut: Aduyai... dah dua hari dah raya... Masuk bertan tan makanan dah ni... Air pun dah bergelen dah... Tapi kenapa yang keluarnya sedikit je? Dah tak effisen dah ke usus perut aku ni berkerja selepas bercuti selama sebulan?

Ulasan

dill berkata…
sabo bebanyak ye..

dill.
Daddylicious berkata…
makan jgn tak makan2...hehe
Intan7 berkata…
sabo jela tk oi!
rezeki jgn ditolak~
budakijaupendek berkata…
tadi pekena gulai gear box.
pehh...
5kg naik kot??
haha
Unknown berkata…
haha..makam jgn tak makan..ayie relax2 je..rase nak mkn..baru mkn..lslsa
Unknown berkata…
haha tak timbang2 lg,
cik pha berkata…
HAHAHA kau kene tahan nafsuu kau,,ambik sikit2 weh kalau takut rugii kau bawak bekas..nt nk balik kau cakap kat tuan rumah nk mintak bawak balik rumah HAHAHHAHAHAHAHA
biela bell berkata…
ko jogging la...
bunga_rose berkata…
ape lagi, gi telan jusmate 5~~~

sila la jaga pemakananan wahai bakal pengantin baru.. kang pelamin senget sebelah plak kang...
Lea Isnawi berkata…
pasni sambung pose 6 lak

mana taw leh kurangkan balik

hehe
Lea Isnawi berkata…
pasni sambung pose 6 lak

mana taw leh kurangkan balik

hehe
norh berkata…
Huiyyoooo,
6 kg turun..
btw, Selamat Hari Raya..
Asrul "iLham" Sany berkata…
"Boroi itu seksi," kata Amer.
Memori Kekasih berkata…
mesti kembung je perut...
opss...kembung ke buncet??
hehehe...
Selamat Hari Raya TK..:)
feyza berkata…
dah tuu..

taim taim begini lahh..makan bebanyak

baru rasa nikmat perut tuu,

tak pun pi lah pose enam lak..=D
Unknown berkata…
samala kita Tk...rasa sia2 je 4kg turun ritu.rasa macam lagi byk je naik cmpre trn ritu....dasyat2..huhu
nohfee berkata…
try dr rozmey punya ubat. hehehe
zati embong berkata…
haha.xcukup kuat kot tekanan dalam usus 2.try makan batu.mngkin bnyak yg kuar.hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...