Langkau ke kandungan utama

Bagai Mengangkut Batu Di Bencah...

8.00 pm --> Tengok berita... Berita yang utama sahaja... Aktiviti wajib setiap malam...

8.15 pm --> Buka tambatan kuda putih... Pakai helmet baru... Memulakan penunggangan menuju ke Maybank di Taman Melawati... Rutin bulanan... Nak bayar sewa rumah...

8.40 pm --> Start si kuda putih terus menuju ke pasar malam... Rutin mingguan... Yang dicari seperti biasa yong tau fu dan fruit iceblended yang sedap... Sambil mata berjalan jalan mencuci mata... Oho... Agaknya panas kot Malaysia ni, itu yang ada perempuan pakai singlet dan ada jugak yang pakai seluar pendek walaupun hari ini hujan dan suasana sejuk...

9.00 pm --> Menapak balik ke rumah...

9.10 pm --> Sampai di rumah... Terkejut!!! ruang letak kuda putih kosong... Ah!!! Sudah... Kuda aku dah hilang! Mula tak tentu arah... Runsing... Otak tak boleh berfikir... Mula gelabah unta... Dalam kepala hanya satu... Mahu membuat report polis secepat mungkin untuk memcari kembali kuda yang hilang... Mencari kunci kuda di dalam rumah(roadtax dikepil bersama kunci untu membuat report polis)... Geledah sana... Kambur baju baju yang bertimbun tak basuh kerana outstation... Cari punya cari... Tak jumpa... Ah!!! Sial...

9.15 pm --> Duduk termenung... Tetiba terasa ada sesuatu di kocek belakang seluar... Mula menarik keluar... Kunci kuda putih...

Tepuk dahi kuat kuat!!! Bengong!!!

Kuda tinggal di tapak pasar malam!!!

NotaKarut: Secara rutinnya, aku biasa ke pasar malam berjalan kaki sahaja... Dah terbiasa... Itu yang TERTINGGAL kuda di pasar malam tu... Hoho... Logik tak alasan aku... Apa? Tak logik? Ermmmm... Yang sebenarnya, ada terlalu banyak benda yang aku tengah fikirkan sekarang ni... Hohoho...

Ulasan

dill berkata…
tu sbb rase pelik. apsal mamat ni menapak balik umah. sian sama kuda.

dill.
budakijaupendek berkata…
hahaha
meh sini nak tepuk dahi kuat-kuat.
ape daaa...nyanyuk.
norh berkata…
ish ish.. kritikal ni.. jangan la terpaksa jadi salah sorang customer company I.. :P
scya lollita berkata…
hahahahah . sengal lah kau ni
Ceiler Mun berkata…
ko macam abah aku la.. dia biasa pergi main kat padang tak naik moto.. itu hari dia naik moto then tertinggal moto kat padang tu.. hahaha..


err.. umur abah aku 56 tahun.. harap ko paham.. hhehehe~~


okbai! ^^
Lea Isnawi berkata…
hahahahaa.

adehh cmne la buleh terlupa ye

tulah asyik teringat kat cik tunang je
terus lupa kuda putih
zati embong berkata…
hahaha.biarlah jat nk gelak!hahahaha

tk ni gila lah!
Daddylicious berkata…
ni nak kena mandi air tangga rumah 7 biji ni baru ok semula...haha
biela bell berkata…
boleh pulak lupa..hahhahaha..xpe2..bagos gak jalan kaki nie..sihat badan! ;)
Unknown berkata…
haha..aku pernah jadi macam tu ..parking kat tempat lain..nasib tak buat report polis...haha
Izzlorna berkata…
muahahaha.....sure panik giler kan kuda putih 'konon' yer dah ilang...
tk2...jgn runsing2 wahai drh manis ;p
NasQ berkata…
@dill hoho... nasib baik kuda... kalau tunang kena tinggal cam ne? mau perang seminggu kot... hoho...
NasQ berkata…
@budakijaupendek hoho... otak terlampau banyak sangat berfikir la...
NasQ berkata…
@norh huh! aku mai penang tak mau belanja pun...
NasQ berkata…
@Scya Lollita "sengal" tu sejenis kek dari resepi rahsia ke?
NasQ berkata…
@Bella Bell nak ngata abah kau nyanyuk la tu...

HOho... Babai gak!
NasQ berkata…
@Lea Isnawi hoho... tak pun.... duk pikir bila la harga emas nak turun ni... hoho...
NasQ berkata…
@zati embong sampai hati jat kata aku gila...
NasQ berkata…
@Bigdaddyz isk... aku up lagi, 7 bijik rumah anak dara... hoho...
NasQ berkata…
@Bell hoho... itu juga alasan...
NasQ berkata…
@Khairil hoho... ada jugak yang pernah kena ke? hoho... kita sekapal...
NasQ berkata…
@Izzlorna hoho... runsing bajet tak cukup je ni... huhu...
ILA HonEyBuNNy berkata…
kekkekeke....apa la yang duk pk sgt neh TK...

asyik memikir ja neh...ehhehe
NasQ berkata…
@ILA HonEyBuNNy aduyai... walaupun aku ni pemalas... aku ni genius tau... genius kena la selalu berfikir...
Unknown berkata…
pe lh yg di pk kn smpi lupa begitu skali????
Umie Nadhirah berkata…
ohsem ade kuda!!
aku keldai pun takdak haha..
fatin berkata…
itulah bila kebiasaan menjadi rutin...

rutin tu dah ada lam sub-conscious mind..tu yg jadi gitu tuh..

nway.. lawaks..hahaha!
~Sal Ismail~ berkata…
meh aku nak tolong tepuk dahi tk!~ =p
Tanpa Nama berkata…
apakah ? haha
M a W a D D a H berkata…
haha..sib baik xbuat report polis lg...:p
lieynanilaz berkata…
sian kat kuda putih...

kepala mesti dok pk persiapan nak kawin..hoho.
zella y berkata…
la....boleh plak terlupa erk??? kekekekke.....

byk btul yg difikirkan tu.... kekekkekeke
Rara. berkata…
haha! lawak betoi laa, bole buat plak tetinggal moto. adesh~
Chuu Muqhlis berkata…
wakakka! ni kes tgk pompuan pakai single seluar pendek bagai sampai terlupa kuda putih . adoi mcm x pecaya je XD
Cik TeN10 berkata…
ishkk3.. smpai mcm tu skai.. bleh pulak menggelabah.. pdhal tggal kt pasar mlm. hahaha
Intan7 berkata…
hehe.. sampai camtu skali?? nnti hari nikah nanti jgn lupa pulak.. kcian kt pngantin pmpuan..tggu pngantin laki x smpai2..:D
Ct Aja berkata…
hahahhhaa, da kritikal dah penyakit TK ni..

P/s: taknak la balik dgn TK nti menapak jgk...kikikiki
Unknown berkata…
bwahaha..kecik ati kuda..

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...