Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Mencari Idea Entry...

Assalamualaikum...
Hoho... Hai... Kabare?

Memulo sekali, den nak koba kan kek sini... Apo apo yang tertulih kek blog ni ha adolah hasil yang suci tulus mulus keluar daripado hotak kepalo den ni ha... Kalau nak tau mengarut ko tak, itu la permikiran mengarut den... Terimo la seado eh... Yang den menyampah tu, ado pulak yang den nengok sesuko hati mengarut bondo yang samo! Maleh la den ceghito lobih... Pokok dek kau la... Den tak kesah pun... Nak amik semuo pun den tak heran pun...

Ok... Hoho... Balik kepada titik... Idea... Idea bagi blogger sesuatu yang sangat berharga ibarat emas... Kerana tanpa idea, tiadalah entry yang tertulis...

Ramai yang ada idea nak menulis... Berlambak lambak... Tapi berapa ramai yang mampu mengupasnya menjadi sesuatu bahan bacaan yang baik? Itu satu persoalan... Ada blogger otai yang boleh mengupas sesuatu perkara yang paling remeh untuk menjadi sesuatu entry yang menarik... Entry menternak lemak hari hari pun boleh menjadi modal yang boleh menarik minat pembaca... Yea... Pembaca ye... Bukan follower... Pasal bukan semua follower membaca apa yang kita tulis...

Idea... Bagaimana nak cari? Tak perlu cari la... Idea sebenarnya berlambak lambak di sekeliling kita... Sama ada kita sedar atau tak jea... Kadang kadang hal kentut pun boleh jadi entry... Lucah? Yea... Aku perharikan, ramai blogger yang suka membaca blog yang lucah... Bukan BLOGYANGMEMPUNYAIKELUCAHAN yang melampau... Yang ringan ringan jea... Hoho... Dah... Jangan menafikannya... Aku boleh petik blog tu kalau aku nak dan siapa pembacanya... Hoho...

Yang penting bukan idea sebenarnya... Tapi cara nak mengupas idea itu supaya menjadi bahan bacaan yang menarik tertarik dan dabommm!

Aku suka beberapa blogger yang boleh mengupas sesuatu idea (yang kadang kadang nampak remeh) menjadi menarik... Antaranya FidaGhazi, OrlandoAhmad, RepublikAku, KeretaMayat, KuraKuraComel (merindui coretannya!), Bell... Dan beberapa yang lain... Kalau aku sebut semua, mau esok pun tak habis lagi...

NotaKarut: Kesimpulannya... Aduyai... Aku dah lupa cara nak buat kesimpulan dalam karangan! Lama dah tinggalkan meja dan bangku sekolah... Ok... Kesimpulannya, kalau ada isi isi entry yang tak berapa disukai, korang boleh komen dan tegur aku...

Ulasan

norh berkata…
lupa macam mana nak komen..
kena ada baynyak metafora kalau nak kasi post tu best. huhu
Eda Latiff berkata…
please..please...no komen..haha

"lupa macam mana nak komen"..norh, copy paste ayat kamu..

yg penting apa yg ditulis adalah dari tulisan sendiri dan bukannya copy paste mcm ayt ai kt ats nih..hehe


P/s: bila agaknya boleh dpt kad kawen kamu ye..=)....eh, lari tajuk..ngeh3..
Lea Isnawi berkata…
betul2
kena pandai ulas sesuatu isu utk nampak menarik
dill berkata…
entri ni skema sket. hihi.

chill.

dill.
Unknown berkata…
yup idea mmg pntg..
huhuhuhu..


ak khbisan idea!! sob3..
xpela, jln2 kt blog org pn ok pe...
heheheheeh
budakijaupendek berkata…
yela lucah.
mcm entry kemaluan tu kan3 ???
hahaha
ieza ashaari berkata…
nak tegur !

apasal nama den xder ? entry den tak menarik ker? hahaha..

idea bersepah-sepah. tp, nak menterjemah ke bahasa paling mudah, sangat payah..
Unknown berkata…
xd idea lh nk komen :P
NoorNazuha berkata…
bgs entry ni..saya slalu gak kematian idea nak update blog..x nak la letak entry yg biasa2 sgt..tapi kalo nak tnggu yg lua biasa,smpai bila x terupdate blog..hehe
Noor Fatin berkata…
erkk. lupa dah apa nak komen. esok aku datang balik ye :P
Unknown berkata…
err..lupe mcm mne nak tulis :D
vampire's lovex berkata…
idea datang tanpa diundang.... hooooooo..

tp bila da ada idea,tangan plak malas nak taip..acane tuh ??
ILA HonEyBuNNy berkata…
ngeh3...TK..bab buat ulasan ila mmg lemah..

tapi bab ringkaskan ulasan reti la...sbb tu asyik tulis pndek2...haha

kadang2 xdak idea xtau nk tulis apa.uhuhu
~Sal Ismail~ berkata…
Da byk draft aku conteng kat buku tp x terupdate2 lagi..nak kene tunggu aura utk olah..~
chiLleD...!! berkata…
tk leh bg tips tak cra nk mengupas sesuatu jd menarik..xreti lah..huhu
betul betul betul...
tidak semua follower tu baca apa yang kita type dalam entry...

*sbb sy pun mcm tu juga...hihihi

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...