Langkau ke kandungan utama

Kisah Gajah Dan Orang Buta

Di dalam kota dalam sebuah Negeri Atas Angin. Semua penduduknya celik mata kecuali 4 orang pemuda buta.

Seorang RajaKakiKapur dengan pengikutnya melewati dekat kota itu. Al-kisahnya, RajaKakiKapur membawa bala tentara dan seekor gajah perkasa, yang dipergunakannya untuk berperang dan menimbulkan ketaksuban rakyat jelata.

Penduduk penduduk kota itu ingin sekali melihat gajah tersebut, namum begitu RajaKakiKapur hanya memperkenankan 4 orang pemuda buta untuk melihat gajah tersebut. Arakian, mereka itupun berlari-lari bagaikan badut-badut tolol berusaha mendekati gajah tersebut. Kerana sama sekali tidak mengetahui bentuk dan wujud gajah, mereka pun meraba-raba sepuasnya, mencuba membayangkan gajah dengan menyentuh bahagian bahagian tubuhnya. Masing-masing berfikir telah mengetahui sesuatu, sebab telah menyentuh bahagian tubuh tertentu.

Ketika mereka kembali, berkerumunlah sekian rakyat jelata yang celik mata mengelilingi mereka. Rakyat jelata itu keliru mencari tahu tentang kebenaran dari rakan-rakannya sendiri yang sebenarnya telah tersesat.

Kerumunan orang itu bertanya tentang bentuk dan wujud gajah dan mendengarkan segala yang diberitahukan kepada mereka.

Bertanyalah mereka kepada pemuda buta pertama yang memegang telinga gajah. Ditanya mereka tentang bentuk gajah. Jawabnya, “Gajah itu lebar, kasar, besar, dan luas, seperti babut.”

Dan pemuda buta kedua yang meraba belalainya berkata, “Saya tahu keadaan sebenarnya. Gajah itu bagai paip lurus dan kosong, dahsyat dan suka menghancurkan.”

Akhirnya, pemuda buta terakhir yang menyentuh kakinya berkata, “Gajah itu perkasa kukuh, bagaikan tiang.”

NotaKarut: Jangan percaya kepada persepsi orang... Kerana persepsi orag ini ada macam macam mengikut kedangkalan ilmunya... Dah... Confirm coklat! Hoho... Eh... Aku nak kaitkan cerita Mat Sabu sebenarnya... Hoho... Adakah benar Hang Jebat itu penderhaka?

Ulasan

dill berkata…
haha! tak abes2 lagi bro?

dill.
~Sal Ismail~ berkata…
Idup coklat!

ya..lain org lain persepsinya..mana satu mau percaya..wallahu'alam~
zati embong berkata…
sikit pnya klasik bahasa,haha.kaler choc la.sbb kaler lantai.haha
budakijaupendek berkata…
haha.
bagus mesej yg nk disampaikan =D
Eyqa Zaque berkata…
pemuda ketiga takde. huhu
yup. dgr berita kena dari sumber yang betul. thanks
Unknown berkata…
dgr je lah presepsi org :D
Lea Isnawi berkata…
oren la abg TK

eheee
Bunga berkata…
semua tu betul..tapi susah bunga nak kaitkan citer dengan mat abu ni..ce citer..ce citer..hahaha..
khaifaiz berkata…
dgr je... percaya jangan...