Langkau ke kandungan utama

Mabuk...

Menonton bola di warung adalah perkara yang sangat mengujakan bagi lelaki...
Walaupun di rumah, tv sebesar almari ditayangkan berserta pakej Astro yang lengkap semuanya... Di warung atau mamak tetap menjadi pujaan hati sang lelaki kaki bola...

Dahsyatnya intro... Hohoho... Tukang karut dah kembali mengarut! Hoho... Mendapat teguran beberapa entry sebelum ini sangat serius seperti menerima tamparan terhebat tahap dewa diwi pertiwi tahap lima petala langit...

Menonton Arsenal vs Swansea... Haha... Macam budak tadika berkaki pendek yang main! Gol pun kelakar gila... Hahaha... Loser!

Seronok...

Teruja...

Diiringi hujan lebat di Kuala Lumpur...
Terkena tempias rintik rintik hujan di badan...
Sejuk!

Gelas teh tarik bertambah...
Sedap di kala kesejukkan... Menghangatkan badan...

Sampai tak sedar 4 gelas teh tarik selamat ditelan dalam masa sejam...
Erkkkk... Mabuk teh sudah...

NotaKarut: Satu malam lagi bakal susah nak tidur dek mabuk teh! Aduyai... Siapa nak teman aku malam ni?

Ulasan

feyza berkata…
oihh hari nihh aku tak tido
budakijaupendek berkata…
kihkih!
livfool kalah.
sy sgt suke!!
~Sal Ismail~ berkata…
aku pun mcm susah nak lelap je neh~lagi2la esok ari ahad..~
dill berkata…
minum banyak teh kang, berangin sokmo.

dill.
Bunga berkata…
suh adik ipar la temankan..haaa
norh berkata…
bangun..bangun..bangun..dah meninggi hari dah ni wei..
syiela berkata…
yang ngko mnum byk2 sgt bt pe.. kan dah ssh...
Ct Aja berkata…
Lain kali minum air milo...kikikii, sedapnye tido smlm sejuk ujan........kikiki
Unknown berkata…
alergik pd teh lol
Lea Isnawi berkata…
tido je sorg2

:P

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...