Langkau ke kandungan utama

Mencari Pahala Di Hari Jumaat...


Yea... Hari ini hari Jumaat yea...

Baru balik dari solat Jumaat...
Ini bukan nak riak...
Dah benda wajib...

Pahala di hari Jumaat ni besar...
Ye la penghulu sekalian hari kan...

Aku redha... (walaupun dalam hati tadi menyumpah seranah berbakul
bakul sambil berdoa mengharapkan si pencuri helmet aku dilanggar dan digilis lori minyak dan paling tragik ada percikan api yang membakar lori minyak itu dan dia mati dalam keadaan terbakar!!!)
~~~~kalau cikgu bahasa melayu aku tengok ni, mesti dia nangis tersedu sedu... tengok la berapa banyak perkataan "dan" aku... Hoho...

Apa daaaaaa!!!
Orang berlumba lumba nak dapatkan pahala di Hari Jumaat...
Kau sibuk pulak nak songlap helmet orang!


Dah tu cam mana aku nak pergi mana mana ni? Kedai motor mana bukak... Kan hari ni cuti...

Aku memang ada kenangan buruk la dengan kehilangan di Hari Jumaat ni... Dulu.... Masa aku belajar dekat UiTM Shah Alam tahun 2005, pada hari Jumaat, seminggu sebelum hari raya... Masa tengah sembahayang Jumaat tu di Pusat Islam UiTM... Ada orang yang rajin buat kerja... RAJIN TAK BERTEMPAT.... RAJIN BERKERJA MENCURI MOTOR ORANG!!! GERAM AKU...


NotaKarut: Dah tu... Redha atau nak berdoa lagi??? Nak redha, tak akan berubah punya malaun tu! Dah memang kerjanya mencuri... Itu je yang dia tau buat... Ubatnya berdoa je la... Doa orang teraniaya mustajab kan? Tak gitu Ustaz Orlando Ahmad?

Agak agak kalau aku pakai helmet kat bawah ni, Tok Polis Traffik saman ke tak ek? Dah tu cam ne ni?


Ulasan

ORLANDO AHMAD berkata…
tempat gua ni pown 2x5
Sharifah Ma berkata…
Doakan si pencuri tu mendapat kesedaran/hidayah..mudah-mudahan lepas ni dia takkan mencuri lagi dan insaf atas perbuatannya.
Emylin_Izlin berkata…
den boleh nasihatkan : sabau aje la...dah benda nak jadi lagu ni..mcm mana kan...lain kali beli helmet bunga2 la...confirm tak der org amik...tak der selera u...hehehehe
dill berkata…
erk. ape la pencurik tu. saba banyak2 ye tk.

dill.
Unknown berkata…
sbr la TK...

pg td bru je tertengok kt blog sape ntah ade design helmet yg pelik2.

moga2 org tu tbuka ati nk htr blik helmet TK mgu depan
NasQ berkata…
@ORLANDO AHMAD apa nak buat kalau dapat tangkap orang macam ni? sunat sekali lagi?
NasQ berkata…
@Sharifah Ma bosan mendengar ayat macam tu... pencuri makin betambah jugak...
NasQ berkata…
@Nor_Emylin aku ingat nak pakai helmet tembikai jea...
NasQ berkata…
@dilldisebabkan dia aku terpaksa mengeluarkan duit 50 hinggit untuk beli helmet baru + 20 hinggit isi minyak kereta nak cari helmet baru... kalau dia beli baru kan senang... Tak perlu aku nak doakan dia apa2... dah la poket pun bocor je ni...

En. Tukang buat claim, cepatkan la masuk aku punya claim... Peraturan macam macam, semua nak kena ikut... lembabnya macam tu jugak!
NasQ berkata…
@Titisan Hujan xde nya dia nak pulang... aku berdoa dia jatuh bergesel langgar dengan kereta lepas tu ke gilis lori balak terutama bahagian helmet yang aku punya tu...
dill berkata…
@Tukang Karut: panjangnye jawapan utk saye. erm. semua ni ada hikmahnya. mungkin helmet tu bukan utk tk sbenarnya. Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

nanti saye buat satu crite utk tk ye. tunggu idea datang :)

dill.
budakijaupendek berkata…
kihkih!
aiyo...
takpe, tolak je motor smpai rumah.
NasQ berkata…
@dillhohoho... hati tengah panas pasal dah "kering" sebenarnya... kalau time ada duit ok je...
ieza ashaari berkata…
manusia kadang sangat bodoh ! bukan hak mereka tapi nak juga ambil !

btw, maybe izfa sangat sedih dan bengang. sbb tue entry sumpah seranah. dok menahan sabar saja. bila dah balik rumah nie, rasa free skit kpla. pe2 pun, tq sbb sudi dtg blog. masih tak ada mood sgt nk komen2 n bw.. :)
NasQ berkata…
@budakijaupendek tak kuasa nak tolak... huhu... masa solat jumaat tak pe tak pakai helmet pun... polis tak marah dan nak saman... huhu...
NasQ berkata…
@izfanora macam mana nak ajar orang yang bodoh?
Muttallif berkata…
kalau dapat belasah je orang yang rajin sesangat nih
nohfee berkata…
kalau dah orang tu kuat mencuri, hari apa pon die tak kira dah...
oh, helmet tu? cool gla.. kalau lapar mase tgh bwk motor tu, boleh ngap je. haha
Cik TeN10 berkata…
ishk3.. xde rezeki tu nk buat mcm mna kan.. dr dulu smpai skrg tak abes2 kes curik helmet.. curik motor.. bila la agknya pencuri2 sekalian tu nk sedar diri ye.. sabar je lah.. dia selamat di dunia tp tak di akhirat..
dill berkata…
@Tukang Karut: 22hb ni gaji. cube bertahan sampai hari tu ye. Allah ma'ak.

dill.
NasQ berkata…
@taliff isk... tak elok la belasah... nanti dia cacat lak... kita sunatkan ajar... biar dia tak ada keturunan yang mencuri je lagi...
NasQ berkata…
@nohfee lepas tu kepala pun bersemut kan... huhu...
NasQ berkata…
@Cik TeN10 sabar la ni... kalau tak sabar pun, bukan boleh buat apa pun...
NasQ berkata…
@dillkalau dapat claim sebelum tu ok gak... ada la dlam 1700... hoho... ni tak... nampak habuk je dalam poket...
norh berkata…
Allah sayang kamu.. :)
Daddylicious berkata…
dugaan....hehe
~Sal Ismail~ berkata…
menduga tahap kesabaran betul tu~ kuatkan semangat ye tk~
Ct Aja berkata…
Lorrr memang sakit hati cenggitu, org dok tunai kewajipan kita amek kesempatan..emmm sabo jola,Allah bagi dugaan kat TK di hari jumaat...sbr ye..
Unknown berkata…
amboiiihh..kemain lg marah nie

TH paham perasaan TK
ctk berkata…
pkai jer lah tOpi tembikai tuh...machO ket...hehe
NasQ berkata…
@norhhohohoho... yea la...
NasQ berkata…
@Bigdaddyz dugaan poket...
NasQ berkata…
@~SaL IjOu~ semangat kuat lagi... poket yang dah lemah ni...
NasQ berkata…
@Ct Aja ini namanya orang yang rajin mencari rezeki... hoho...
NasQ berkata…
@Titisan Hujan marah ni... kalau aku jumpa, aku buat sup ekor!
NasQ berkata…
@ctk macho ke? hohoho.. eosk aku beli selori tembikai! nak buat helmet puya pasal... stok setahun!
Unknown berkata…
dasat. ada jgk org amik kesempatan eh.
chiLleD...!! berkata…
sabar yer TK.Allah nak bg pahala lebih kt TK ler tu.
suha berkata…
salah satu cara untuk menegur manusia ialah berdoa..jd berdoa la seikhlas hati,moga dia berubah..insyAllah akan ade bahagian tok awk (^_^)
Unknown berkata…
sbr la dowh..
nk cri rzki lebey la tuh ngn curi helmet ko hak3..
Nonie berkata…
kesiannya..blh plak kena curi helmet.ish..ishk....
iem berkata…
haha padan muka --> jahat kan aku...
Unknown berkata…
huhu..sabaq2....
ORLANDO AHMAD berkata…
hempuk ngan helmet beramai2
Chuu Muqhlis berkata…
org curik helmet ni mmg mnykitkan hati, myusahkan org pulak tu, dn paling penting buat tmbah dosa org sbb nk maki beliau XD
Noor Fatin berkata…
aduh sapa la yang suka mencuri tu, semoga dia dapat balasan dari Allah.. :)

raya tak jadi tu best je bagi saya. hehehe happy je tgkk
Izzaty Ishak berkata…
Helmet tembikai pon style apa. Takut jugak kalau orang nak curi nanti :O
zati embong berkata…
alolo,pasni pakai serban jela tk.amcam?

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...