Langkau ke kandungan utama

Orang Minyak...

Dia duduk bersila kemas mengadap bekas tembikar membakar kemayan... Dipetiknya pemetik api dan dihalakannya ke kertas... Api yang marak membakar kertas dan kemenyan yang ada... Dibiar beberapa ketika hingga diyakini kemenyan telah menjadi bara... Dihembusnya mematikan sisa sisa api yang masih hidup bernyawa...

Bau asap kemenyan menerawang memenuhi ruang bilik sempit yang menjadi tempat pemujaannya itu... Dengan kemas dia memulakan bicara kata memuja memanggil orang suruhannya...

Hai jebuk arum araning menyan
krenges araning menyan
mego mendung kukusing menyan
umbulno langit sepitu
amblesno bumi sepitu
tampakno niatku ngaweruhi

Usai pemujaan, tangannya tangkas memecat baju di badan... Dilucutkannya seluar yang masih melekat di pinggang... Diperhatikannya satu satunya kain yang masih melekap utuh di tubuhnya... Perlahan dia menanggalkannya meninggalkan senjatanya yang terbuai buai bergoyang...

Diambilnya minyak kelapa kehitaman yang dimasaknya sendiri, dilumur bermula dari hujung ibu jari kaki hingga ke pangkal peha disertakan dengan jampi serapah

aku berdiri ditengah bumi
sifat bumi seluruh alam kehidupan
ilmuku simenyan putih
aromamu sudah ku tujukan

Perlahan lahan minyak dilumur ke senjatanya aslinya... Disuapnya dari pangkal hingga ke hujung kepala hingga menjadi gagah berdiri

kalau tidur maka bangunkan
kalau bangun maka tegakkan
kalau tegak maka jalankan

Diusap usap pusatnya dan diusapnya ke atas hingga ke pangkal leher sambil mulutnya terkumat kamit membaca mentera

angkatkan kehadapanku
kumpulkan dengan rasaku
rasanya rasaku
nyawanya nyawaku
datang sujud ke hidupku

Akhirnya, dengan cermat dia melumurkan sisa minyak ke kepalanya dan melafaskan jampi terakhirnya

hai si menyan putih
sampaikan salamku
seberat bumi dan langit
mustajab diaku
berkat diguru

Diyakininya keseluruhan badannya dilumur minyak... Teringat dia akan pesanan gurunya... Kalau dia tidak dapat merosak perawan seramai 44 orang dalam tempoh setahun, ilmu yang dipelajarinya akan sikit demi sedikit akan memakan dirinya bermula dengan keluarga terdekatnya... Hatinya sedih bila mengenangkan berpisahnya dia dengan isteri tercintanya seminggu yang lalu... Esok... Genaplah setahun perjanjian ghaib yang dia pernah lafazkan dahulu... Malam ini, dia terpaksa mengorbankan perawan terakhirnya sebelum dia benar benar kebal dan menguasai ilmu yang diwarisi dari tok gurunya...


............................................................................

bersambung...

NotaKarut: Sat... Otak aku jem lagi la... Aduyai... Ada sesiapa yang nak sambung tak? Memang... Memang aku sengaja nak buat antiklimaks atau potong stim... Hoho... Akan ku sambung cerita ini klau ada permintaan...

Ulasan

dill berkataā€¦
pergh....

|toleh kiri kanan|

dill.
budakijaupendek berkataā€¦
ayat sendiri atau copy ?
kalau ori, anda kreatif. hihi
zati embong berkataā€¦
ayo tk!tgh nk klimaks time 2 nk smbg kan.ala,abeskanlah!
NasQ berkataā€¦
@dillhoho... dill tidur sorang kan malam ni? jaga2 la yea... mana tau kot2 ada ilham malam ni nak sambung pulak... huhu...
NasQ berkataā€¦
@budakijaupendek kebanyakan ayat sendiri dan ada yang diresearch...
NasQ berkataā€¦
@zati embong tak ada mood la jat... Nutrisi tak mencukupi... Hoho... Nak kena refill dulu ni...
Unknown berkataā€¦
adehh..tang tu jgk la bersambungg
hanginhangin sama TK nie
NasQ berkataā€¦
@Titisan Hujan ala... mood tak sampai lagi...
ILA HonEyBuNNy berkataā€¦
huwawwawa...tlg sambungkan...

nak tahu jugak neh...heehhe
abghani berkataā€¦
dashat tu
.drakula. berkataā€¦
kenapakah tersekat ni kasi habislah .....keh3
chiLleD...!! berkataā€¦
gaya cerit cam de penglaman jek..takut gue..huhu..xbca tang jampi tuh..tkut jdi betol..haha

sambung lah..permintaan ni
Noor Fatin berkataā€¦
dah la baca waktu malam. tak patut tak patut
Unknown berkataā€¦
cpt smbung episod 2 hehehe
khaifaiz berkataā€¦
seram siot cerita ni... kelangkang, sulit-sulit semua ada... Aku tunggu episod 2.. Jgn tak sambung ok
ORLANDO AHMAD berkataā€¦
gua sambung:

tiba tiba beliau merasa sesak nafas dan terjatuh di atas tangga berhadapan dengan jamban, lalu beliau pon menghembuskan nafas terakhir...
NasQ berkataā€¦
@ILA HonEyBuNNy draf dalam kepala dah ada.... cuma nak menaip menjadi ayat tu yang tengah tak ada mood lagi...
NasQ berkataā€¦
@abghani itu jampi betul ye... sila ambil maklum...
NasQ berkataā€¦
@RepublicAku macam biasa la... alasan kekurangan nutrisi la apa lagi... huhu...
NasQ berkataā€¦
@chiLleD...!! hoho... dulu parttimen menjadi orang minyak...
NasQ berkataā€¦
@NOOR FATIN sape suruh baca malam malam.. huhu...
NasQ berkataā€¦
@sleeping_maniac90 sabo la... nutrisi masih belum mencukupi ni...
NasQ berkataā€¦
@khaifaiz ada sambungan... tapi macam novel la pulak... huhu...
NasQ berkataā€¦
@ORLANDO AHMAD cait!!!! Itu je?
Bunga berkataā€¦
haha..adik iapr ni cam2 tau..hakhaka
Ct Aja berkataā€¦
hhahaha, ade yang mengamalkannnye nanti ni...huhuhuhuuuuu...
Prince Halilintar berkataā€¦
uish.. time aku bace ni kene tgk org kat opis aku ni lalu lalang kat tmpt aku..risau dibuatnya..
emarieys berkataā€¦
bagaimanakah sambungannya itu...
blog-tips-kurus berkataā€¦
gilo mantera itu.. ooo.. kau berkecimpung dalam industri org minyak yo??
Nonie berkataā€¦
akn terus tnggu smbungan ni...hehehe.
Daddylicious berkataā€¦
jampi serapah tu kalau diamalkan setiap malam jumaat menjadi tu....hehe
-- berkataā€¦
KO KAN ORANG MINYAK TU KAN CABI KAN?
Asrul "iLham" Sany berkataā€¦
"Aku paling benci pakai minyak rambut," kata Amer.

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ā€œBiar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukurā€.ā€Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di harirayaā€. ā€œBiar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisihā€. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. MƤ$Ƥk Ā£ĆØmƤƱg $Ć mƟil bdiri, HĆØ...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...