Langkau ke kandungan utama

Sajak Bertajuk Bila...

Bila aku penat, aku mula mengarut...
Bila aku mengarut, aku mula lupa diri...
Bila aku lupa diri, aku mula tak ingat dunia...

Bila aku mula tak ingat dunia, aku mula ingat akhirat...
Bila aku ingat akhirat, aku mula menghitung pahala...
Bila aku menhitung pahala, aku mula teringat dosa dosa yang bertimbun...

Bila aku teringat dosa dosa yang bertimbun, aku mula tertekan...
Bila aku tertekan, aku mula rasa lapar...
Bila aku rasa lapar, aku mula mencari makanan...

Bila aku mencari makanan, aku mula mengira jumlah lemak yang bakal bergayutan...
Bila aku mengira jumlah lemak yang bakal bergayutan, aku mula naik risau...
Bila aku mula naik risau, aku mula akan mengarut balik....

Bila aku mengarut, aku akan mula berfikir...
Bila aku mula berfikir, otak aku akan cepat jem...
Bila otak aku jem, aku mula cari nutrisi makanan tambahan dan sila ulang baca semula rangkap di atas...

NotaKarut: Sajak yang terhasil tatkala badan kepenatan... Hohoho...

Ulasan

budakijaupendek berkata…
tension berhubung dgn makanan.
lg tension, lg banyak makanan yg diperlukan.
ehek!
dill berkata…
pegi tdo la wei

dill.
NasQ berkata…
@budakijaupendek wuaa... bagus budak ni... pandai dan genius... memahami sajak walaupun ayat aku berbelit belit dan tinggi bahasanya... hoho...
NasQ berkata…
@dill nak tidur la ni... ada orang tu sombong dengan kita... nak merajuk la cam ni...
dill berkata…
@Tukang Karut: haha! sabo la wei. usah majuk. guwa tak reti pujuk

dill.
Daddylicious berkata…
tulisan ada bermacam tapi makanan juga yang jadi taruhannya...mmg hantu makan ...haha
Unknown berkata…
bila


bila



bila



bila



bila xtaw nk taip komen pe.... :P
biela bell berkata…
perghh!! ada bakat seyh..utk masuk pertandingan sajak peringkat kampung.hahahaha ;p
Umie Nadhirah berkata…
badan kepenatan sebab? tak cukup lemak?..
bunyi sajak macam tension nak cari entry je heheh
Niena Muhammad berkata…
tukang karut mengarut hehehee
Rina Rahamat berkata…
apa kata pasni bila ko tensen sbb dosa bertimbun ko buat benda lain mcm solat sunat ke, puasa sunat, tak pon potong rumput ke..jd takdalah lemak ko betambah..jaga kesihatan dik..ko muda lagi..kang takut kena penyakit darah tinggi, jantung ke..


(nasihat ni akak tuju kat diri akak juga hehe)
syiela berkata…
Bila.. bila.. bila..

bila makan kenyang mata pun kuyu... bila tido bertambah lemak :)
Aisyah Ahmad berkata…
Wah..berbila bila pulak TK kite ni yek..

Esok nak Kenapa pulak boleh?
zella y berkata…
penat2 pon ade idea tu...hebat! ;)
Yutaka Mushimura berkata…
kesimpulannyer....ko buat entry tatkala berasa penat...woohaaa..tak menahan....:)
Unknown berkata…
best la sajak ni TK ! haha
zati embong berkata…
ala tk,cakaplah sajak bila lapar kan?
Prince Halilintar berkata…
tengah boring sgt la tu...haha
Lea Isnawi berkata…
cer buat sajak kenapa pulak
Asrul "iLham" Sany berkata…
gi suping... spa ke...
sodap...

kata adik aku ketika aku ngah tensen hahaha
Ct Aja berkata…
hahahaahah, tajuk sajak ni "bila dan bila berulang"...pi kuar tengok wayang..

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...