Langkau ke kandungan utama

Tahap Pemikiran...

Owh... Tajuk yang serius lagi...
Cukup la aku menulis entry sebulum ini menggunakan bahasa orang yang genius seperti aku... Hoho... Kerana aku tau kebanyakkan orang mempunyai tahap pemikiran yang berbeza beza.... Hohoho... (Aku tengah perasan genius ni... Sila ketuk kepala aku lapan belas kali untuk sedarkan diri aku ni hanyalah sebutir beras yang melukut di tepi gantang...)

Dah la... Tajuk itu tak memberi apa apa makna pun...Kerana aku menulis mengikut taraf pemikiran pembaca yakni orang kebanyakkan... Aku sendiri pun orang kebanyakkan...

8.30pm tadi baru je sampai di KL... Penat??? Tak kot... Alah bisa tegar biasa... Dah biasa sangat outstation... Badan pun dah boleh menyerap segala kepenatan... Hoho...

Tadi... Masa mencari makan malam, aku mengalami sindrom Kecelaruan otak kiri dan otak kanan... Eh... Yang sebenarnya bukan aku... Tapi pemandu kereta di depan aku...

Dari jauh lagi dia bagi signal kanan... Ok bagus... Pemandu berhemah... Aku nampak... Jadi aku pun bersiap sedia la nak potong kiri bagi laluan dia untuk ke kanan...Bila dah hampir separuh badan kereta dipotong... Tetiba pulak, dia boleh ubah haluan masuk kiri jugak! Nasib baik aku penunggang kuda sejati... Sempat la nak membrek...

Nasib baik hari ni mood aku baik... Kalau tak, pecah dah cermin kereta tu ku kerja kan...

Kalau anda sebagai pemandu mengalami sindrom kecelaruan otak kiri dan kanan, yang tak kenal mana kiri yang mana kanan... Tolong la jangan memandu di atas jalan raya... Pi la mana mana jalan tanah merah... Ha... Ikut suka hati perut la nak bawak macam mana pun...

Sekian...

NotaKarut: Sepanjang 4 tahun bekerja ni, aku belum pernah lagi MC la... Alhamdulillah... Tpi, rasa macam nak MC je esok... Sini ada Doktor tak yang nak bagi MC tak? Tapi... Orang kata, orang yang selalu ambil MC ni dia kan MatiCepat... Hoho... Tetttt!!!!!!

Ulasan

Ceiler Mun berkata…
hahaha.. mungkin dia was was dengan tindakan dia..
khaifaiz berkata…
itu bukan kecelaruan jer... tu boleh dipanggil pemandu tak pakai otak
Unknown berkata…
manusia
bisa melakukan kesilapan
mungkin!



eheheh...pe sal tetibe nk ambik MC?
budakijaupendek berkata…
kalau kes yg bg signal tak padam pun signal even dh masuk simpang ?
yg tu buat saya hot gak. haha!
Lorna berkata…
ehehe...sibaik tak eksiden yek ;p
byk mc mati cepat?? tp adda jer yg tak skt ambik mc juga...haha...
cik pha berkata…
MC=mati cepat kretif weehhh sape y cakap..?
ishiko berkata…
pacik... ce buh gambar sekeping dua.. =P
Zaza berkata…
outstation tu mengstresskan x?
ORLANDO AHMAD berkata…
kat tempat gua ade doktor siap offer nak brape hari cuti, selalunyer gua mintak nasik tambah...
norh berkata…
oit, nak lawan tak siapa pegang rekod tak ambik MC? jom
blog-tips-kurus berkata…
syukurlah.. berpantang maut sebelum ajal..
Cik TeN10 berkata…
perghh !! ni pekerja contoh ni.. dah la genius kan.. untung la bos dia.. :p
zella y berkata…
sy pon xpernah amik m.c...
wlupn bkn pekerje cemerlang pon...heheheheh
Ct Aja berkata…
wakakkakaa, nsb baek lum prnah amek MC gak...tapi baru setahun kerja...kikikiki
zati embong berkata…
hahaha.sian driver 2.mesti dia xtahu jalan.

oh kalau jat msuk KL,jat akan make sure x terserempak dgn TK,takut!
Noor Fatin berkata…
fuyoo, nak pecahkan cermin tingkap orangg :P
emarieys berkata…
MC sebab bersalin jer...
Chuu Muqhlis berkata…
p bg org tu pasang lampu kiri kanan atas pale., buat signal XD
abghani berkata…
pemandu bengong
Daddylicious berkata…
elok di cangkul kepalanya...hehe
Lea Isnawi berkata…
nasib baek sempat brekk

meh cini nak bg MC
Izzaty Ishak berkata…
Tu nama dia pemandu buta arah. Kah kah kah! :D
rozeeta rashid berkata…
kalau yang tak reti bagi signal tu kira kecelaruan apa pulak?? haha
~Sal Ismail~ berkata…
aku mc sbb curi2 g interview~ =p
ieza ashaari berkata…
iklan nuff tue mengganggu tulisan lah.. hihi.. <-- bgtau ni sbb betul2 kejadian..

kdg org tue saja nak test drive.. hahaha..
fatin berkata…
baguslah x pernah mc.. keep it up!
dimata bos.. pekerja yg selalu mc ni pekerja bermasalah..kalo ada plan nak buang, pekerja mcm ni lah yg nama nya plg atas.. hehee~
ctk berkata…
xske gk ngan org pemikiran xtentu neh...buat org terkejut je..hoho

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...