Langkau ke kandungan utama

Aku Berbau Wangi...

Hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur...
Membuatkan perjalanan naik teksi dari LCCT ke Taman Melati melewati 2jam... Owh... Perjalanan yang sangat membosankan sehingga tak sedar berapa kali dah terlelap dan terjaga, tapi masih tak sampai sampai... Baru je sampai di rumah a.k.a hotel bagi aku kerana boleh dikira berapa hari je duduk di rumah...

Tak suka kalau masa naik belon, masa nak mendarat waktu hujan (~~owh... ayat apakah ini?)... Belon terasa tak jejak pun di tanah... Bergoyang goyang ditiup angin dan tempias hujan... Kalau hujan, biasanya pilot akan buat hardlanding... (betulkan aku kalau aku salah... aku hanyalah pilot cik siti norpersonariah) Terasa hentakan masa mendarat... Owh... Sakit badan aku...

~~~ Tajuk tidak sama dengan isi lagi!
Owh... Tidak...

Tadi masa naik belon, ada seorang "kucing manja" duduk sebelah...
Aku tak ngorat pun... Percaya la... Senyum manis yang comel pun tak diberikan... (owh... menghitung hari, kurang 28hari je lagi...dup dap dup dap berdebar...)

Masa di atas awan tu... "kucing manja" ni tidur je... Mungkin penat kot...
Yang tak bestnya (dalam hati kata best... hohoho) kepala "kucing manja" ni duk melentok ke kiri dan ke kanan... Mungkin asyik sangat bermimpi kot... Yang akhirnya melekap ke bahu aku... Ah! Sudah... Tak kan nak tolak pulak kepala "kucing manja" tu kan... Nak tak nak TERpaksa la aku pinjamkan bahu untuk "kucing manja" tu tidur... Dari berlepas sampai la mendarat, asyik melekap je... Owh... MUNGKIN AKU BERBAU WANGI hari ni kot... Hohoho... Rezeki... Terpaksa la ketuk lutut takut kaki bergetar...

NotaKarut: Sengal di perut, kekejangan di kaki, kesakitan di sendi... Owh... Apakah ini...

Ulasan

zati embong berkata…
Tk Sengal!!!!hahahaha
Umie Nadhirah berkata…
orang sebegini patut dihindari haha
Unknown berkata…
xthu nak kte apa deh bro..hehe
Cik TeN10 berkata…
hahaha.. sengal lah TK..
ILA HonEyBuNNy berkata…
hahahhaha ko neh..lau xmengatai xleh kan...

yang kucing tu pun..gatai sangat eh nak bermanja..konon la tido...ehhehe
Unknown berkata…
t.k mengatal... =P
Unknown berkata…
t.k mengatal... =P
ctk berkata…
ambOi..gatalnyer...
Daddylicious berkata…
macam percaya arr kan...haha
khaifaiz berkata…
oh tidak....
Ct Aja berkata…
ahahhahhaa, memang sengal...
ishiko berkata…
perghh.. kucin manja terlentok ats bahu..

*pengalaman naik bas.. malu doh.. dah la sama2 lentok, xseda diri tido -.-'
fiezah91 berkata…
aha, best ke kucing manja tumpang bahu tu?hahaha :P
Tanpa Nama berkata…
hamboi hamboi hamboi
Lea Isnawi berkata…
meleleh air liur tak kucing tu?
zella y berkata…
tk, kalau kucing xmanja sanggup x pinjamkan bahu?? kakakakak
Asrul "iLham" Sany berkata…
ek, 'kucing'???

cam tetau jew...

:D
cik pha berkata…
mungkin "kucing manja" itu selesema mungkin hari itu,dan tak dapat bezakan antara wangi dan...... HAHHAHA
bobiedanbad berkata…
"kucing" Parsi kah?
Prince Halilintar berkata…
hahaha..ade je ko ni kan..tapi bagus..cerita yg menarik
Wanie berkata…
hohoho..kang merajuk pulak buah hati tu..hehe

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...