Langkau ke kandungan utama

Ali Punya Tongkat...

6.30pm --> Memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Jelai, Gemas, Negeri Sembilan...

6.45pm --> Mata terasa sangat berat... Seperti ada yang bergayutan...

7.00pm --> Membuat keputusan untuk berhenti mengisi minyak di Shell Gemencheh A.K.A Moncheh... Membeli setin LongJack Tongkat Ali Orang Kampung untuk memberi tenaga dan menghilangkan mengantuk...

7.15pm --> Longjack Tongkat Ali yang diharapkan tidak memberi kesan! Mata terasa sangat berat... Mungkin kerana kepenatan memandu... Radio dibuka sekuat mungkin sambil menyanyi kuat dan SUMBANG! Tapi siapa peduli... Bukan orang lain dengar pun kalau sumbang mambang ke laut dan tak ada orang nak komen...

7.30pm --> Tak boleh tahan... Berhenti di Petronas Tampin... Mengerjakan yang wajib... Mengharapkan air boleh menghilangkan rasa mengantuk yang amat sangat... Setin lagi Tongkat Ali PowerRoot pulak dibeli dan habis dengan sekali teguk...

7.45pm --> Siut betul... Mata terasa seperti digam! Tak jalan jugak PowerRoot Tongkat Ali ni...

7.50pm --> Memang dah tak boleh tahan... Berhenti di Petronas Hentian Sebelah Simpang Ampat... Yang dicari, Livita Tongkat Ali Plus! Sambil berdoa tidak akan mengantuk lagi sepanjang perjalanan di lebuhraya... Cik Nur Personariah ditekan kuat kuat sehingga 150-160km/j... Memang tak mengantuk la... Hoho... Mungkin kerana kelajuan dan adrenalina yang memuncak menghilangkan rasa mengantuk...

8.20pm --> Sampai di Seremban... Kereta mula perlahan! Dammmm! Ada accident cium bontot ke bontot a.k.a sanwich accident... Mula rasa mengantuk lagi...

8.45pm --> Berhenti di Shell Hentian Seremban... Tongkat Ali dah tak jalan!!! Nescafe pulak yang dicari... Hoho... Terasa kesegarannya hingga ke tulang rusuk...

9.00pm --> Owh... banyak betul accident cium bontot ke bontot malam ni... Kali ni di MRR2... Ah... Bosan... mengantuk!!!

9.00pm --> Sampai di Taman Melati...

9.15pm--> Mula terasa panas! Ada benda dah mula mengembang...

9.30pm--> Badan mula berpeluh peluh... Gelisah... Panas... Budak besar dah bangun... Gelisah...

9.45pm--> Mula mengetuk lutut! Oh... Apakah kesan Tongkat Ali baru memberi kesan... Otak menghitung... 3tin semuanya dah pun diminum dalam masa 2 jam... Patut pun panas semacam je... Penat mengetuk lutut!

10.00pm --> Cubaan untuk menidurkan diri gagal! Mungkin nescafe baru memberi kesan! Owh... Panas... Gelisah... Berdebar debar... Owh... Apakah ini?

Sekarang --> Tak mau fikir apa apa kerana daya imaginasi lelaki dan engineer ini sangat tinggi... Hoho.... Cubaan mengosongkan fikiran...

NotaKarut: Penat mengetuk lutut! Tak ada kesan... Nasib baik tak berbini lagi... Kalu tak, mau 4,5 round gak ni...

*** Budak budak kecik dilarang membaca entry ni.... Kalau dah terbaca nak buat cam ne... Hoho..

Ulasan

Mr iz berkata…
ho ho ho... maknanye sihat tu...ke kes tak sabar gitu...bawa bertenang... lakukan ketukan seterunya...he he he he
dill berkata…
bihun tomyam~

dill.
Daddylicious berkata…
sudah gaharu cendana pula...hahaha
ILA HonEyBuNNy berkata…
hahhahahah..TK sudah mula nak mengarut....kekekke..

nampak neh budak kecik datang baca...hehe
Noor Fatin berkata…
hahaha saya pura2 xpaham okeh
budakijaupendek berkata…
tak mengerti la.....!
hahahha
NasQ berkata…
@Mr iz hoho... 50hari je lagi...
NasQ berkata…
@Bigdaddyz kayu gaharu dibuat minyak,
aku dah naik minyak! oooh apakah...
NasQ berkata…
@ILA HonEyBuNNy itu baru bunga tu... belum tunjuk buah lagi tu... huhu...
NasQ berkata…
@NOOR FATIN ye ke tak faham ni?
NasQ berkata…
@budakijaupendek eleh... padahal...
EyA edamanhatiku berkata…
hahak cian..tongkat ali da tunjuk power dia..pengajaran tu, yg blum kawin jgn minum byk2
NasQ berkata…
@EyA edamanhatiku adei... kena dah sedas!
Unknown berkata…
tak suka feeling bila minum nescafe lepas tu jd berdebar2..dat y tak suka minum nescafe..tmbh2 yang 3in1 tu...

semoga cepat lena ya TK..hehee
Ct Aja berkata…
uitttttt 18sx, kuat jugak ksan dia ye... masa spm dlu selalu curi2 minum kopi tongkat ali abah xnak bg ngantuk, tapi xde plak rase cenggitu...kikikikiiki, pi kuar jogging!!!!!!
~Sal Ismail~ berkata…
treng teng teng~
blog-tips-kurus berkata…
'Hikayat Tongkat Ali' rupanya... ;)
khaifaiz berkata…
hahaha.... ketawa besar baca entri ko ni... terbaiklah
Prince Halilintar berkata…
hebat betul kesan air berkafien ni ek..
zella y berkata…
xfaham la t.k....
hehehehhehehe
Yutaka Mushimura berkata…
ape maksud mengetuk lutut???adekah kamo sedang mengetuk lutut menggunakan tukul atau botol???

woohaa..ayat skema stail komik mangga.
emarieys berkata…
tunggu surat saman sampai kat pintu rumah
suha berkata…
baca smbil pejam mata (^_^)
Lorna berkata…
haha...
sbr jelaa entry nih...
takper tak lama jer lagi nih ;p

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...