Langkau ke kandungan utama

Apa Perasaan Kamu?

Hai...
Apa perasaan kamu hari ni?

Ada yang baru balik dari tengok bola... MU vs MC (aku pun sama...) Apa perasaan kamu? Owh... Kamu marah... Confirm kamu penyokong tegar MU... Untuk makluman semua MU jadi lauk kepada MC malam ni... Kena titik 6-1... Tak berkutik pun... (nasib baik aku ni lalang yang menyokong team yang menang jea...)

Ok... Apa perasaan kamu?

Kalau apa yang kamu buat tu tak mendapat sambutan?
Contohnya kamu penat penat memerah otak untuk mencari idea contohnya untuk menulis blog... Tapi kamu hampa... Walaupun kamu kamu dan kamu mempunyai seribu follower pun...
Yang memberi respon kepada tulisan kamu hanyalah dua tiga kerat sahaja?
Adakah kamu kecewa? Kalau kamu tak blogwalking seharian, adakah kamu akan kecewa kalau blog kamu tak dikunjungi?

Apa perasaan kamu?

Kalau kamu sangat memcemburui mereka yang selalu mendapat BE dan "cash out" banyak duit dari iklan iklan nuffnang... Walaupun kamu meng"update" setiap hari... Tapi dalam akaun kamu masih lagi meningkat dengan jayanya sebanyak 25sen dalam masa SEBULAN... hoho...

Apa perasaan kamu?

Dah... Jangan nak berkata kata manis... Aku tak suka... Memang biasanya kebenaran memang pahit... Jadi berterus terang adalah yang terbaik...

NotaKarut: Hati ku terusik lagi malam ini... Terima kasih... Kepada yang berkenaan...

Ulasan

ctk berkata…
aku terasa sangat kecewa bila earning ku x bergerak2...apakah yg perlu kulakukan, ku xdpt pahami isi hati abg nuff..hOhO
NasQ berkata…
@ctk sama la... hoho...
Cik tikah berkata…
dahsyat tuh. kalah teruk MU!
NasQ berkata…
@Cik tikah HOHO... tapi aku suka MU kalah... hoho gelak jahat...
penjajah minda berkata…
kau macam kutuk aku je.hahaha
Umie Nadhirah berkata…
aku kuciwa folower aku 1k tapi 1 je yg singgah.. kuciwa oh kuciwa..
Wanie berkata…
sedih macam nak nageh je bace entry ni..gagagaga

nuff memang susah nak naik klu iklan tu..padan la blogwalking pun jarang..:D
Unknown berkata…
jgn lh kuat sgt touching nye =P
~Sal Ismail~ berkata…
aku sedih..sgt sedih..
tp bukan pasal bola..bukan pasal blog x dikunjungi..bukan pasal BE..
oh..sedey!!~ sob3
dill berkata…
err. tak peduli sangat pasal earning. hihi.

sedih sebab...ade banyak sebab. huhu

dill.
norh berkata…
perasaanku; ingin layan kemalasan..
khaifaiz berkata…
kenapa ek dgn perasaan....
emarieys berkata…
perasaan dah urang dgn nuffanang..hehehe...dua tahun tak pernah cecah RM 5 pun.,..skrg tgh cuba yang lain..

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...