Langkau ke kandungan utama

Bukan Salahku Jadi begini...

Assalamualaikum...
Hai... Salam sejahtera dan salam petang Jumaat semua...Petang petang jumaat ni confirm tak berapa nak ada mood nak buat kerja kan?Elehhh... Jangan nak berlagak baik sangat la...Ngaku je la... habis cerita... Hoho...

Tadi kan... Masa sebelum solat Jumaat kan...
Aku kan lepak la kat tiang bawah masjid la kan...
Lepak selepas TERmakan nasi ayam kukus 2 bungkus...
Orang kata apa... Tunggu biar nasi enap dulu di dasar perut... Hoho...
Dasar perut stokin yang besar...

Masa tengah lepak tu...
Tetiba pulak datang seorang kawan ni... Datang salam aku...
Lepas tu tanya aku aku dah kahwin ke belum...
Dah ada berapa orang anak...
Kerja kat mana sekarang...
Best ke kerja sekarang ni...
Bila nak kahwin...
Macam macam la yang ditanyanya sampai aku pun dah naik rimas dan lemas...
Macam kawan lama yang dah lama terpisah...

Sampai la dia kehabisan modal nak tanya aku...
Lepas tu aku tanya satu soalan je...

"Kau ni siapa ek? Aku dah lupa la..."

Hoho... Terus blah mamat tu... Menonong je mamat tu jalan tak toleh berlakang dah...
Salah ke aku tanya soalan tu????

NotaKarut: Hoho... Aku memang cam ni... Orang senang ingat aku... Aku je yang tak berapa nak ingat orang... Agak agak dia kecik hati tak ek? Ah!!! Lantak la... Bukan aku ingat siapa pun dia tu... Hohoho...

Ulasan

bobiedanbad berkata…
hahaha sentap mamat tu
nohfee berkata…
hahah 1 perkataan yang buat dia terus bla.
budakijaupendek berkata…
kalau saya pun terkedu.
haha
zella y berkata…
hehehhehe...
kan dah sentap2
ksian mamat tu..kekekekkeke
abghani berkata…
tk patutlah lu tanya mcm tu..cian mamat tu
mikeyvio berkata…
u r femes mybe. :)
suha berkata…
zalim!(^_^)
.drakula. berkata…
padan muka dia lain kali tanya dahulu siapa nama...keh3
-- berkata…
ntah2..bakal abang ipar!
Rina Rahamat berkata…
hahaha..kejam giler ko!
Lorna berkata…
sabau jerlaaa...
layan dengor je yek...wakaka...
Chuu Muqhlis berkata…
dia sentap lah tu jah HAHAHA
naga berkata…
Kalo kite jadi mamat tu kite akan tanya balik...bukan kau ke yang ada utang ngan aku? kih..kih..kih
Unknown berkata…
cian kt mamt tuh hak3..
M a W a D D a H berkata…
ayat dah lupa tu xtahan...
ILA HonEyBuNNy berkata…
hahhaha...

suka juga xingat nama org..napa tah..kesian kan dekat org lain..ehheh
cik pha berkata…
relexx kau tak bersalah hahaha
Unknown berkata…
eii...TK ni,cian mamat tu

kalo TH pn konpem blah cmtu gk
malu~~
Noor Fatin berkata…
saya penah gak kecik ati dgn kawan. dia lgsg xkenal sy, org lain dia kenal plak. sjak aritu sy xpergi rumah dia lagi ;D
Unknown berkata…
ahahahha..... rse nye dy pon slh org 2.... :P
Tanpa Nama berkata…
hahahaha,kesian orang tu,hehe
Mr iz berkata…
haiyoo....alamaksemen... he he he he ... kalau aku terus masuk masjid sembahyang sunat kot... he he he... uppss no komen...he he he
Cik TeN10 berkata…
sentappp wehhhh.. haha pedas gila ayat..
cik ungu berkata…
sumpah kau kejam..
dill berkata…
sentap mak~

dill.
Niena Muhammad berkata…
haha agak zalim di situ
khaifaiz berkata…
mesti otak dia krem
Prince Halilintar berkata…
aku pon kdg2 terlupa kat seseorg..kdg2 muka ingat nama plak lupe..ehhe
Intan7 berkata…
sentap mmg sentap.. pasnie konpem xtnye lg..huhu
ctk berkata…
cian dia..mesti sentap abis-abisan tuh...
Lea Isnawi berkata…
hahahaha...kesian brader tuh

sentap weh
Ze_Mhis berkata…
kah kah kah!!! lebih kurang aku je pelupa kau ni. orang ingat aku, aku yang lupa sapa diorang. hahaaha
biela bell berkata…
hahahha..abis la...lain kali kan..jgn soh dia tya soklan dulu..muahaha..lawk2..sentap der..
zati embong berkata…
ape r tk ni,sian dia tau.niat dia baik 2.hempuk kang!
Juraidah Hashim berkata…
haa...memang ko suke lupe name org...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...