Langkau ke kandungan utama

Hijab Ghaib...

Menjelang lewat petang, kami-kami yang begitu komited dengan kerja masih berada di pejabat. Kerja yang perlu diselesaikan siap pabila jam di dinding menunjukkan jam 9.15 malam, kami engineer-engineer mengundurkan diri yang sudah lesu kepenatan. Meninggalkan draughtman seorang diri tekun menghabiskan sisa baki kerja remeh temeh.

Jat keseorangan ralit mengadap komputer. Tiba tiba, terasa seperti ada angin bertiup lembut ditengkuknya. Terpacak berdiri bulu roma tengkuknya. Diperhatikannya sekeliling. Roma di tangan pula mereding berdiri. Sunyi sepi. Diperhatikan kerusi di sebelah berpusing seolah-olah di duduki oleh seseorang.

Jat kaku dan terdiam sunyi sepi. Yang terdengar hanya bunyi henyakan kerusi seperti ada bebanan di atasnya yang menemani suasana sunyi pejabat. Kakinya terasa berat untuk melangkah seperti ada yang memegang dan memakunya ke lantai. Dicubanya menggerakkan tangan, terasa sangat berat. Kaku. Hanya anak mata sahaja yang mampu digerakkannya. Ekor matanya melirik ke arah kerusi yang dari tadi tak berhenti berpusing.

Mukanya terasa seperti mayat, pucat beku tiada darah. Mulutnya mula terkumat kamit gagap membaca Ayat Kursi. Perlahan kakinya mula terasa ringan dari belenggu kaku. Tergesa gesa Jat bangun, berlalu turun tanpa menoleh ke arah kerusi yang masih berpusing pusing sambil telinganya menangkap seperti ada orang berbisik dan terus melepak di bawah.

Dikeluarkan sebatang rokok dan dinyalakanya. Dihembus ke udara membentuk kepul kepulan asap memenuhi ruang kaki lima pejabat. Kocek seluar bahagian depan diseluk dan dibawa keluar handphone. Lincah jari jemari menari menaip

"Aku dah tak tahan dah. Asyik kena kacau je. Ini ntah berapa kali ntah aku dikacaunya. Tolong aku." SMS ditulis dan dihantar ke seseorang. Seorang rakan yang pada hematnya dan pengetahuannya berupaya berhubung dengan alam ghaib.

"Ermm... Kau ni Jat. Tak boleh tengok aku senang la! Tunggu sat, kejab lagi aku datang selesaikan masalah kau ni." SMS dibaca dan Jat menguntum senyuman. Hatinya berdetik, akan ku ajar kau wahai mahluk yang durjana.

Setengah jam berlalu, Jat masih setia menunggu di kaki lima pejabatnya. Dia lebih rela berdiri terpacak macam tunggul kayu dari duduk di pejabat ditemani sesuatu yang dia sendiri tidak tahu asal usulnya serta bentunya.

Dari jauh, silauan lampu dari kereta persona mula menghampiri. Diamati dan dia cukup kenal kereta itu. Seseorang yang ditunggunya tiba jua akhirnya. Sisa rokok di jarinya yang masih setengah dibuangnya dan diinjak injak hingga terpadam baranya.

"Nas... Lama tak jumpa kau bro... Amacam? Ada baik ka?"

"Dah... Kau jangan nak berbasa basi dengan aku. Asal susah je mulalah cari aku. Aku nak cepat ni. Dekat mana menatang tu tinggal? Tunjuk dekat aku."

"Dekat atas bro. Kau nak aku teman ke?"

"Kau yang temankan aku atau aku yang kena temankan kau ni? Ada telur tak nak naik atas ni?

"Bro, jangan la macam ni, telur gua ada, tapi tak sebesar bro punya."

"Dah! Jom naik! Kalau dah dasar penakut tu mengaku je la. Duduk diam diam je nanti, kalau ada apa apa yang kau dengar, dengar je, jangan ambil pusing sangat. Jangan cuba cuba nak menyampuk. Ingat pesan aku tu. Aku tak jamin kau selamat kalau kau ganggu aku masa aku bercakap dengan menatang tu." Tegas bunyi amaran si Nas kepada Jat sambil Jat mengangguk tanda faham.

Jat hanya mengekori Nas naik ke pejabat. Mendahuluinya tidak mungkin.

Nas perhatikan sekeliling ruang pejabat. Tiada apa apa tanda kehadiran sesuatu yang dikesannya.

"Betul ke benda tu ada kat sini? Senyap sunyi je ni."

"Ada bro. Tadi ada di kerusi tu" Sambil muncungnya mengarah menunjukkan kerusi yang tadinya berpusing pusing sendiri.

Perlahan nas duduk bersila mengadap betul betul ke arah Kiblat. Mendepani kerusi yang dikatakan Jat tadi. Jat hanya membontoti dan sedikit menyorok di belakang badan nas.

Sunyi....

Senyap seribu bahasa.

Nas menutup matanya. Tenang ditarik nafas dalam dalam. Mukanya terbit ketenangan. Dimulakan dengan Kalimah Bismillah, dia mula membaca ayat Kursi diturut tiga Qul.

Ya Ghuyuubi Ya Khobir Ya Bathin... Laungnya kuat membuatkan Jat tersentak.

Dibuka matanya, terlihat adanya cahaya terang yang menyerupai awan yang bergulung gulung seperti kabus tebal, kemudian bentuknya berubah menjadi setitik cahaya yang sangat terang sekali dan semakin lama sinar tersebut semakin membesar seperti sebuah sinar matahari yang dilihat dari kejauhan.

Nas merasakan adanya getaran aneh berhawa dingin yang menjalar keseluruh tubuhnya, terutama pada bahagian tengkuk leher. Roma di tengkuknya mereding tegak berdiri. Sayup sayup mendengar suara suara aneh yang tidak begitu jelas, Serta merta hidungnya menangkap adanya bau busuk bangkai yang menyengat.

"Dia mai dah! Kau dia diam ha!" Nas memberi amaran kepada Jat yang dari tadi menggigil membatu dibelakang badannya.

"Siapa kau?"

Sunyi.... Tiada jawapan...
Hanya kerusi di depannya yang berpusing pusing perlahan.

"Aku tak akan ulang lagi. Sebelum aku seksa kau, baik kau jawab soalan aku. Siapa kau?"

"Aku adalah aku!" Keras suara itu menyahut.

"Siapa kau hey makhluk pengacau manusia?"

"Aku adalah aku!! Kau adalah kau!" Keras dibalasnya.

"Untuk apa dikacau anak cucu adam yang penakut ini!"

"Ini rumah ku!" Bertambah garau suara itu.

"Ini bukan rumahmu wahai mahluk ghaib! Siapa kau?"

"Aku adalah aku! Jangan kau tanya siapa aku!" Bergema ruang pejabat itu dengan suara yang semakin garau itu.

"Mana asal usul mu wahai makhluk ghaib!"

"Asalku dari api!" Bentaknya keras memekakkan telinga.

"Hey mahluk! Untuk apa kau di sini?"

"Ini rumah ku!!!" Teriak makhluk itu keras!

"Ini bukan rumah mu! Ini tempat anak cucu adam mencari rezeki!"

"Siang tempat mu! Malam milikku!" Keras dijawabnya.

"Ini bukan tempatmu! Tempat mu Di Jalis dan Ghour!!!"

"Celaka kamu wahai manusia! Tempat ku dah kau ceroboh!"

"Tapi ini bukan rumahmu!"

"Ini rumah ku! Dah berkurun aku d sini. Manusia ini yang membina batuan di sini mengganggu rumah ku"

"Itu dulu rumahmu! Kini ianya milik anak cucu adam!"

"Ini rumahku!" Berdesing keras bunyinya.

"Ini tempat anak cucu Adam!"

"Ini rumahku! Keluargaku di sini!"

"Jangan berdegil! Ini tempat anak cucu Adam!"

Sunyi sepi tiada jawapan.
Yang kedengaran hanyalah bunyi henyakkan beban di atas kerusi berpusing pusing perlahan.

"Kalau kau berdegil mahu terus di sini, akan aku halau kau cara keras! Keluarga mu akan aku seksa satu persatu!"

Sepi tiada jawapan dibalas.

"Kau berdegil ya wahai makhluk ghaib!"

"Ini dunia mu! Kamu la khalifah bumi ini! Aku akur dengan mu. Tapi aku mahu ke mana?"

"Kau akan ku hantar di hutan hujung kampung sana"

"Di mana? Semuanya manusia telah duduki!"

"Ada. Jauh! Di hutan belantara yang belum diteroka manusia..."

"Sediakan kenderaan bagi keluarga ku!"

"Hey makhluk ghaib! Keturunan mu la yang membawa singgahsana Ratu Balqis atas arahan Nabi Sulaiman. Kekuasaan milikmu. Bukan bidang kekuasaan ku untuk menyediakan kenderaan untuk mu!"

"Hey manusia. Ini tempat mu. Aku akur arahan mu wahai khalifah di bumi."

Sunyi...

Sepi...

Nas mengesat peluhnya. Di perhatikannya si Jat yang dari tadi hanya menunduk kepala menutup telinga.

"Hoi! Dah habis la!"




.................................................................................................................


NotaKarut: Cerita rekaan, tiada mengenai yang masih hidup ataupun masih mati... Beberapa amalan telah di sembunyikan untuk keselamatan semua...

Ulasan

cik pha berkata…
aku ingat kisah real.mula aku baca.aku pk 2x nk baca ke tak.sebb taim ni malam.berderau jugak darah aku hahhaha
khaifaiz berkata…
"Hoi! Dah habis la!"... Nas cakap kat jat ke tukang karut cakap kat kami2 ni ha... Kompius....

Bravo TK
dill berkata…
ok. sile sambung lagi. lalala~

dill.
Daddylicious berkata…
amboi bukan main panjang lagi....boleh tahan gak ....
Unknown berkata…
pergh seram ciot :)
rozeeta rashid berkata…
tiba2 rasa takut pulak baca time2 nih. haha. nak gi tido lah!
ciK LyndaWawa berkata…
hai engineer.....salam singgah...=]
emarieys berkata…
pergh,..buat novel lah
ORLANDO AHMAD berkata…
kalo dari api, siram la ngan air
Eda Latiff berkata…
erkk...panjang sangat nak baca.....huhu
zella y berkata…
ni yg wat takut nak stay back kat opis ni...heehehhe
abghani berkata…
hal ghaib...???
Lea Isnawi berkata…
jat tu lelaki ker?
igtkan kak jat, zati embong tu

hihihi
ILA HonEyBuNNy berkata…
wahhahahah..

takoot baca "ini rumah aku" ish..seram ja...selamat baca siang2...hehe.

jat mana neh...xbca lagi ka...hehe
chiLleD...!! berkata…
panjangnyer...
Azie Azman berkata…
haha..ala..asal habis pulak..
baru nk layan..
Noor Fatin berkata…
seb bek aku baca tengahari.. tu pn rasa seram gak ar. hahaha
tengah sedap baca..dah abis lah pulak...ada yg nak kena cekik nih...!!!
Lissa berkata…
panjangnya..sempat baca sekerat je, hahah.. seram.. :D
Niena Muhammad berkata…
dh leh daftar kt alaf 21 nie
anis berkata…
owh igtkan pempuan yg mulanya pkai tdung then freehair.. =P
zati embong berkata…
Amboi,apesal jat jd laki ni?haha.baiklah x majuk da.hahaha.

Sanggup ni curi tab opismate semata2 nk bc entri ni tau.haha.
Prince Halilintar berkata…
lar..camtu je ke habisnya...?
Ct Aja berkata…
hahahhaa, Jat versi laki...hahhahaaa... habes 2 kenderaan ape yg disediakan buat hantu 2... mini cooper ke?? kiki
Umie Nadhirah berkata…
keselamatan semua? bunyi cam .. err.. brr..
Rina Rahamat berkata…
hantu tu dgr cakap nas ek..x degil dia..
budakijaupendek berkata…
aik ?
habis tanpa peperangan ?
banyakkan lagi aksi lasak.
sy suke. hehek!
ctk berkata…
sume bulu da meremang...tut2 da abis..khusyuk bebenor ct bace..kuciwa..hahahah
~Sal Ismail~ berkata…
akan kunantikan kisah sambungannya~ ;)
dhiera zainudin berkata…
ingat kan cerita betul~ ciss
iem berkata…
panjang bebeno.......

pelik la..
nape ad komen nak kena ad sambungan cite ni..
bukan dah berdamai ke...
ke aku yang blurr.
iem berkata…
panjang bebeno.......

pelik la..
nape ad komen nak kena ad sambungan cite ni..
bukan dah berdamai ke...
ke aku yang blurr.
iem berkata…
panjang bebeno.......

pelik la..
nape ad komen nak kena ad sambungan cite ni..
bukan dah berdamai ke...
ke aku yang blurr.

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...