Langkau ke kandungan utama

Cerpen bubur kacang hijau + durian...

Arakian selepas mencatit barang apa yang perlu untuk memasak bubur kacang hijau + durian dalam nurkilan sebelum ini di sini... Menyonsong la si laki bini ke kedai buncit yang berdekatan menaiki kancil turbo...

Si suami seperti biasa mempunyai kuasa penuh veto hanya mengarah si bini mengambil itu dan ini...
Barang tu barang ini dengan hanya menunjuk menggunakan muncung bibir... Hoho... Ketua la katakan! Namanya pun dah kerja sebagai penolong pengarah...

Berpulang la semula ke rumah si laki bini selepas mendapat apa yang dihajati untuk memasak bubur kacang hijau + durian yang sangat diminati si laki... 

Maka bertungkus lumus la si bini menyediakan persediaan untuk memasak... Si laki, macam biasa la... Mengangkang depan tv la... Hohohoho... Haippp!!! Jangan nak buat muka mencebik... Ini cerita aku... Ikut suka aku la...

Tiba tiba terdengar suara si bini menjerit dari dapur...

"Abang... panggilan yang lembut dan mesra lagi manja, tapi tak reti nak tulis cam mana, lagi pun takut takut korang muntah hijau kang!
"Abangggg... Daun pandang lupa nak beli..."

Si laki pun menjawab dengan muka selamber badak... badak pun tak selamber seperti beliau...

"Tak pe sayang... Daun kari kan ada dalam peti sejuk tu!"

NotaKarut: Erkkkk... Sendawa buaya darat yang kekenyangan bubur kacang durian di cecah sama itu roti benggali... Yummmyyy...

Ulasan

Chuu Muqhlis berkata…
sedap tak TK? bubur kacang hjau+durian berperisa kari hahaha
syiela berkata…
sekarang ko ngangkang dulu depan tv.. pasni ada anak bini ko pulak ngangkang depan tv ngan anak ko didang ke dapur pulak.... hehehehhe (itupun kalo anak jenis merengek la.. kalo tidak ko boleh teruskan je kerja tu )
Ym.Bundle berkata…
hahaha..bleh cuba gak tu bubur kacang daun kari..
lieynanilaz berkata…
bau ada sikit kick kalau letak daun kari....hahaa
zati embong berkata…
sila2 la tanam pokon pandan belakang rumah 2.senang, amek pisau g potong je.haha

eh2, tk, ada laman x belakang? haha
~Sal Ismail~ berkata…
kedai buncit? buncit mcm tk kah~ keh2
khaifaiz berkata…
owhhhh... aku menjadi teringin
scya lollita berkata…
erk ! ape rasenye -__-''
Noor Fatin berkata…
daun kari??? fuyoo! hahaha
emarieys berkata…
best ke bubuh daun kari tu...
dill berkata…
kejadahnye daun kari cabi oi

dill.