Langkau ke kandungan utama

Bebas 901...

Kamu...
Iye kamu yang sedang membaca...

Kamu ada kereta?
Ada? Ada yang mengunci merantai kereta dan mengurung kamu di rumah kah?

Kamu tiada kereta...
Betul... Ada pengangkutan awam tak? LRT... Komuter bagai!
Ada yang melarang kamu menaikinyakah?

Kamu... Aku percaya kamu punya blog... Punya facebook... Punya ntah apa apa lagi...
Apa yang kamu tulis?
Terkongkongkah penulisan kamu? Jujur padaku...

Kamu punya gaji? Atau kamu memperoleh pinjaman pelajaran...
Kamu pasti punya akaun bank...
Akaun bank kamu disekatkah?

Duit kamu... Ye duit yang ada di dalam dompet kamu...
Sehelai... Dua helai... Banyak helai... Siapa yang peduli berapa kamu ada...
Kamu kaya? Kamu miskin? Ada siapa peduli?
Ada yang melarang kamu menggunakannyakah?
Ada kedai tidak menerima duit kamukah?
Ada bank menendang duit kamukah?

Kamu... Aku pasti kamu punya kaki...
Jika tidak ada kaki kamu mungkin ada kerusi roda...
Lihat pada kaki kamu... Dibelenggukah?

Kamu... Kamu lihat sekeliling kamu...
Apa yang kamu nampak?

Ada kamu nampak segerombolan askar memegang M16?
Ada kamu nampak sekatan di setiap jalan keluar?
Ada kamu perasan beras boleh dibeli dengan mudah semudah mudahnya?
Apa la sangat beras! Pizza pun dihantar ke rumah!

Kamu? Aku pasti kamu belajar...
Jika tidak kamu pasti tidak pandai membaca ini...
Tersekatkah kamu untuk belajar?
Kamu belajar tak pandai? Siapa suruh kamu bodoh... Masa sekolah kamu lari masuk hutan!

Apa jawapan kamu untuk semua persoalan di atas?

TIDAK jawapan kamu?

Dah tu!
Apa bebas yang kamu mahu?

Disebabkan bebas kamu, kami rasa seperti kami pulak yang tidak bebas!

NotaKarut: Bebas? Bebas yang macam mana? Kamu tidak bebas kah? Owh... Mungkin kerana kamu dibelenggu dengan satu pemikiran yang jumud! hahahaha...

~~Entry serius....

Ulasan

Chuu Muqhlis berkata…
9.10.2012. kbai XD
Yumida berkata…
mari kita berkebun..lagi bez!
Cik tikah berkata…
nak bebas udara. haha
Daddylicious berkata…
biarkan dia tidak bebas senang hidup kita...
penjajah minda berkata…
one word.bodoh!
Noor Fatin berkata…
negara dah aman, makmur, nak jugak huru hara. adoi~ esok2 dah jadi huru hara, habis semua merasa sbbkan salah sorg dua je~ hurmm..
Touya berkata…
Macam pagi tadi Pak Cik tu kata dekat aku . Orang zaman sekarang tidak reti bersyukur . Terutamanya generasi muda yang suka buat huru hara . Dibandingkan dahulu ubat guna pucuk pisang jer , kena lari dari penjajah lagi .
dill berkata…
aku ngantuk la tk

dill.
~Sal Ismail~ berkata…
otak aku tga tepu la tk~
~Sal Ismail~ berkata…
*yeay! da dpt komen..smlm tu nape ntah~ (--")
lieynanilaz berkata…
nak bebas dari orang2 yg bikin kekecohan...
anak ayah berkata…
aq rindukan kebebasan!
blog-tips-kurus berkata…
901 yang bakal menyusahkan orang Segambut!!
Ct Aja berkata…
tu dia entry panjang dari TK......hiihh


ok2 seyes.... rasanya idup ni akan sntiasa terikat dgn masalah... cuba bayangkan kalau jln kita jalan lurus aje takde terikat dgn pape halangan, xbestkan...hihihihi
Rain berkata…
serius beb!

mungkin kepingin jawatan
zati embong berkata…
harap2 xde tmbul rusuhan ke apa nnt.esok jat balik kg!bye2!
Muttallif berkata…
dah nama Amfibia..mana2 leh hidup, dah tu yag bodoh2 ikut tu, bengap je...sewel semata2
Rtp Farra Arisha berkata…
the freedom of ours is only in ourselves. carilah dan berkomunikasilah dengan ia...
Aretikz berkata…
Hmm.. Wait n see.. ahakz..
budakijaupendek berkata…
undi tukang karut!
haha!
Juliet_iRa~" berkata…
mesti sbb perhimpunan anwar tu kan..huuu..

serius xfhm nape diorang tu berfikiran camtu..malaysia ni dah ckup aman kan..
~Sal Ismail~ berkata…
sudah tiba harinya..jeng2~
emarieys berkata…
dunia bebas..di akhirat belum tahu..

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...