Langkau ke kandungan utama

Cerita Semalam... Cerita Makian...

Semalam punya cerita...

Kenapa semalam punya cerita hari ni baru mau cerita?
Eh... Dah semalam aku tak berapa nak ada mood nak menulis...

Best tak intro aku?
Rasa macam nak baling kek indulgen kek resepi rahsia tak?
Ke rasa macam harammmm!
Tapi... Ada aku kesah???

Petang semalam... 13 saat selepas detik 2.23pm... 

"kringggg... kringggg..."
Telefon berbunyi... Tak dan nak bunyi untuk kali kedua pun sebab aku dah sambar cepat...

"Hello... Can i speak En. Tukang karut?"... Ok... Ini aku tipu...

"Hello... Selamat petang... Ye... Saya..."

"En jurutera... Kami di sini penduduk &*%^$## Selangor sudah beberapa kali membuat aduan..."
"Dulu En. jurutera ada mari ini tempat..."
"Tapi apa tindakan En. Jurutera?"
"Kami di sini di ambang maut"

"Ye pu..." Tak sempat nak potong nak kena cantas...

"Apa you all buat? Makan gaji buta ka? I tiap tiap tahun i bayar income tax..."
"Gaji gomen pun sudah naik"
"Apa lagi you all mau ha?"
"Mau tunggu orang mati ka?"
"Apa action you"

"Ye pu..." Tak sempat nak potong nak kena cantas...

"I mau you all turun sini"
"Kasi tengok ini tempat..."
"Sudah manyak telok"

"Ye pu..." Tak sempat nak potong nak kena cantas...

"You datang sekarang!!!"

Aikk.... Main kasar...
Terus aku letak ganggang telephone dekat tepi radio...

Amboi... Sedapnya budi bahasa dia...
Kalau la aku dibenarkan bercakap kasar...
Dah lama aku bahasa kan dia!!!

Dan ini bukan kali pertama...
Dah 5,6,7 kali dah...
Lagi pun bukannya tak ada action... Lagipun semua ni di bawah BIDANG KUASA MPSJ...
Dah lantik perunding... Dah lantik kontraktor... Sabar je la...

Kamu... Kamu... Dan kamu...
Jika kamu membeli rumah di tepi cerun...
Takukah kamu... Kamu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hartanah kamu...

Bukannya kamu membeli 4,5 biji rumah dengan harga 300k kemudian menjualnya dengan harga 700k dan kemudian kamu mendapat untung seuntung untungnya dan kemudian bila sesuatu berlaku ke atas hartanah kamu, kamu mau JKR membayar kamu atau dalam kata lain membaiki kawasan perumahan kamu! Tidak adil kepada pembayar cukai lain jika kami membaiki kawasan persendirian!!! INi tidak adil tidak adil bagi ku... Eh... Terperasan macam Yuna lak...

Sekian... Pesanan khidmat nasihat teknikal...

NotaKarut: Bersiap nak ke KLIA...

Ulasan

lieynanilaz berkata…
ini baru betul2 marah...takutttt...haha.
emarieys berkata…
mesti cina yg marah tu kan..KLIA ke mana pula tu?
ciK LyndaWawa berkata…
bgs baling kek kat saya je...saya mo makan.hohoho..
Intan7 berkata…
erk.. teruk btul org tu.. intan pn nk mengamok kalo org men potong je ckp kte..
bobiedanbad berkata…
kesian kat awak....
Ceiler Mun berkata…
tak bagi peluang langsung kita nak bercakap tu. pehhh. marah betei puan tu. hahaha.


sabar kawan. :)
Chuu Muqhlis berkata…
hujah seorang jurutera :D
tak ley bla betul letak kt radio., msti panas je org tu en.. curah minyak petrol kt api wahaha
Cik TeN10 berkata…
style mcm ni ssh ni.. xsmpat nak explain..nak mencelah pn xleh dh.. berat nanang kte org ganu.. sabar je la
Unknown berkata…
sabar je lah
budakijaupendek berkata…
tulah kdg2 orang..
mulut sgt cantik bhasanya -.-
~Sal Ismail~ berkata…
bikin hangin saja org mcm tu..huhuh~
bunga_rose berkata…
kannnn tu la nasib sebagai penjawat awam.. sebbaik aku dah pencen daripada jawab panggilan2 belagak camtu
zati embong berkata…
hahahhaa yg xtahan,pndai plak dia cr bahagian cerun 2.haha.
ctk berkata…
kasi cili itu mulut

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...