Langkau ke kandungan utama

"Pagi Sakit"...

Sejak semalam...

Naik belon...
Turun belon...
Naik belon turun belon...

Rasa tekak ni mual... Jangan nak kata aku tak biasa naik belon! Dah beratus kali aku naik belon dah! Bukan takat langgar awan... drop secara tetiba pun pernah...

Pagi ni bangun... Terasa seperti mahu mengeluarkan isi perut...
Owh... Adakah ini yang dinamakan pagi yang sakit a.k.a. : "morning sickness"???

Agak agak boleh berjangkit ke ek dari puan suri?
Ada tak doktor di alam maya yang sudi memberi keterangan terhadap hamba yang jahil lagi hina ini?

NotaKarut: Terasa nak... Nak... Uwekkkkkk!!! Bau ketiak siapa la ni... 

Ulasan

dill berkata…
sian ko. rehat2 le weh

dill.
bunga_rose berkata…
Hahhah.. mesti ko ingat pempuan je kena morning sickness kan.. Lelaki pun laa...

HB aku penah stop tepi jalan, muntah2 dulu baru teruskan perjalanan balik... Tu pun dia mintak kongsi alahan sbb kesian tengok aku alahan teruk awal preggy

Tapi yg bestnye, bila HB pun kena alahan, sang isteri kurang skit alahannye, sebab berkongsi..

Tahniah, sebab merasainya.. bukan senang tau nk dapat kihkih...
Unknown berkata…
ohhh tu namenye Couvade syndrome, a.k.a sympathetic pregnancy.. congratz.. u r now a pregnant father

p/s: couvade syndrome dad slaluny ade slight weight gain ^^
Unknown berkata…
syg btol TK kat cik suri ye.. pregnancy pon nk kongsi ^^

:D
Unknown berkata…
ahahahhahaah.... mst cik suri sihat je kt uma 2 =)
lieynanilaz berkata…
ko uwek uwek tu sebab lain kot...mabuk belon kot..haha.
Cik TeN10 berkata…
ehh tp kan ada ja kes wife pregnant si husband yg alami morning sickness.. agaknya TK pn mcm tu kot.. =p
zati embong berkata…
jat rasa sbb terlebih makan kot.haha..ala tk,ameklah sakit wife 2.sian dia tau
Cik tikah berkata…
wah, nak jadi ayah dh ke? tahniah tk! hehe
cinta siswi berkata…
hahaha.. morning sickness leteeewww...
Tanpa Nama berkata…
Tahniah kerana dapat merasa morning sickness. Setiap kali saya mengandung (3 kali), hubby akan merasa keperitan morning sickness. Ini belum lagi bila nak bersalin, dia juga akan turut merasa sakit spt saya nak bersalin.

Ini akan membuatkan TK lebih sayang kpd si suri....

Jgn sia-siakan si Suri sudahlah....
emarieys berkata…
wah, baguslah camtu...isteri sihat suami yang mabuk-mabuk..
No name berkata…
Mat pet punya keja lar nie.. hahaha kene pakai peti besi lain kali nk simpan kasut nie..
Noor Fatin berkata…
berjangkit la tu :P :P
blog-tips-kurus berkata…
bidan celop cakap, nak dapat anak laki la tu. kalau tak laki, kompem gegel. yg penting sihat sempurna, kan...? :-)
Juliet_iRa~" berkata…
heee..terkenan dr suri la tu..

:p
ctk berkata…
terkena tempias kak suri...tahan je la...hehehehe

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...