Langkau ke kandungan utama

Penumpang Hantu

Hari petang Khamis lepas Sang Jurutera terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana ada urusan kerja yang mendesak. Selesai menyempurnakan kerjanya kira kira jam 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Kuala Lumpur sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia terpaksa bekerja.

Sampai di Bukit Putus, dia memilih untuk melalui jalan lama yang bengkang-bengkok tu, takut mengantuk katanya kalau ikut jalan baru yang lurus bendul tu...

Sunyi sepi! Hanya berselang 5minit baru dia berselisih dengan satu lori...

Tiba tiba si jurutera pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya.

Cantiknya!Bisik hatinya... Hantu kot...
Tapi akalnya dan nafsunya menyuruh menolong gadis cantik itu. Lantas dia pun berhentikan personanya dan bertanya

“Apo halnyo cik adik malam-malam buto kek sini?”

”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”.

Entah macam mana si jurutera pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

”Ngam la tu... Ese pun nak ke Soghamban gak ni”…
"Buleh la buek toman burak... Boring lak drive sengsorang ni ha..."

Tapi hatinya masih lagi was-was… Si jurutera pun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk.

Si cantik manis tersebut terus aje duduk di depan sebelahnya. Si jurutera cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu…

Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika…

Tiba-tiba… dia mula merasa seram dan meremang bulu roma bila hidungnya menacap bauan wangi. Wangi seperti bunga... Bunga yang kembang di waktu malam...

Terkumat kamit mulut si jurutera membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .

Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh ke arah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”Apo pasal cik adik ni pakai baju putih malam-malam buto ni ek???

”Ini memang pakaian rasmi saya setiap malam Jumaat bang… ”

” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu...

”Tapi.. putihnya lain macam jo… tak ponah pulak ese nengok eh ” tanya si jurutera tu lagi.

”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”

” Eyea… lain macam bonar la. soram sojuk pulak dibuat eh… ”

” Ehh... Abang ni... Takkan sampai seram kot… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

NotaKarut: Eleh... Takut la tuh!

Ulasan

zati embong berkata…
xpe,malam ni bukan malam jumaat.haha
NasQ berkata…
@zati embong eleh... padahal dah bukak semua lampu dah tuh! Dah la tidur sengsorang kan jat kan...
Mek Onie berkata…
takut-takut si laki tu pon dan lagi bertanyo kek gitu kan,haha
Unknown berkata…
ahahhahaha...ciot btl..... nasib tdo bilik 4 org..... nite.. nk tdo dh lah... =)
Lea Isnawi berkata…
iklan sabun breeze rupanya

hahaha
blog-tips-kurus berkata…
saya pakai TOP! lagi wangiiii.. (>.<)
Cik TeN10 berkata…
hahah kalau buat iklan sabun mcm ni kompom orang xbeli !! satg takut bersinar pelik pulak.. kan keta betul2 rosak org xmau tumpangkan lagi haru.. keh3 =p
Asrul "iLham" Sany berkata…
kah3... lawak dowh :D
emarieys berkata…
ingatkan pakai clorox
si robot comel berkata…
Cis,hampir terdaya dgn cerita ni,aaahh gunalah breeze :D
ctk berkata…
fine, takot la jugak...hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...