Langkau ke kandungan utama

Pulangkan...

Sesampai sahaja di tapak kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Gua Musang...

Sang jurutera tercegat memerhatikan keadaan sekeliling...
Mengamati mukabentuk bumi yang bercerun...

Menggunakan kepakarannya menganalisa tahap kecerunan bukit tersebut dengan mata kasar... 60 Degree congaknya... Curam pada hematnya untuk dibina jalan disebelahnya...

Lantas matanya melilau mencari arah larian air permukaan...
Membawanya ke satu arah aliran anak sungai...
Anak sungai yang airnya jernih sehingga menampakkan anak ikan berenang kegirangan...

Tertancap anak matanya ke arah seketul batu bulat... Membongkok dan mengambilnya...
Puas dibeleknya...

"Aneh batu ni... Bulatnya seperti ada mesin pemotong yang begitu halus membentuknya..." Berdetik hatinya...

Disimpannya di dalam poket seluarnya sehingga menampakkan bonjolan di seluarnya...

Usai kerjanya, sang jurutera pun "check in" di Fully Inn Gua Musang...

Oleh kerana terasa badannya berlengas, sang jururtera pun  masuk bersiram...
Selepas itu sang jurutera melaksanakan kewajipan kepada yang Maha Esa...

Oleh kerana kepenatan...
Sang jurutera pun tertidur takala senja menjelang...

"Pulangkan!"

"Pulangkan!"

"Pulangkan mainan anak ku!"

"Manusia! Kau menceroboh hak ku! Pulangkan!"

Tersentak sang jurutera terjaga dari tidur dengan dahi yang berpeluh peluh...

"Pulangkan??"

Berdiri bulu tengkuknya memandang batu bulat bercahaya di sebelah lampu tidurnya...

Ulasan

zati embong berkata…
betul2 ke tk?huuu seram!
Unknown berkata…
pergilah htr balik TK.jgn diambil hak ank org tu
NasQ berkata…
@Titisan Hujan nak hantar? Pos boleh tak?
dill berkata…
em..jenuh gak nak ke simpang pulai tu

dill.
anak ayah berkata…
habislah tK.....
pulangkanlah~~~~~~~~~~~~
heh.
Noor Fatin berkata…
aiyoookk.. pulangkan cepatt
Noor Fatin berkata…
aiyoookk.. pulangkan cepatt
Rain berkata…
pulangkan batu ahmad albob yang punyaaaaaaaaaaaaa!
ctk berkata…
oh, cian ank dia...xder bende nk en...uhuhuhu