Langkau ke kandungan utama

Bila Tukang Karut Mula Bosan... Tukang Karut Mula Berpantun....

Hai...

Aku paling tak suka bila aku ada masa lapang...
Contohnya sekarang ni la...
Duduk sengsorang dalam bilik hotel di Kota Bahru...
Banyak masa lapang yang terbuang...
Tapi tak tau apa nak buat petang petang ni...
Duduk mengadap laptop tapi tak terkeluar pulak idea mengarut...

Hik hik hik...
Ini pun dah kira satu entry kan?
Aci tak?

Ah!!! Fikiran dah mula melayang ntah ke mana...

Jom berpantun la...

Sayang sayang si bunga cengkih
Dibawa lari orang terpandang kaku
Dari jauh nampak menyengih
Tegurlah kalau kenal akan daku...

Dikejar ayah takut kena ligan
Sayang anak ditangan tangankan
Jangan malu janganlah segan
Aku bukan seperti yang digambarkan...

Riuh rendah ibu mengomel
Ikan terhidang dicuit budak
Aku tau aku ni comel
Jangan berani berkata tidak...

NotaKarut: Siapa yang berpantun dengan aku, aku akan review blog dia dengan percuma mengikut cara aku... Ini tawaran terhebat sepanjang zaman ni...

Ulasan

Cik tikah berkata…
wah, ada bakat jadi tukang pantun ni. hehe
si robot comel berkata…
aku setakat pantun dua kerat boleh lah.
NasQ berkata…
@Cik tikah bakat terendam ni... lama dah terendam... sampai naik kecut dah...
NasQ berkata…
@si robot comel sekerat pun boleh diterima laaaaaa....
bobiedanbad berkata…
dari jauh nampak comel
bila dekat lagilah comel
kalau TK kata TK comel
saya 28209300208320883 kali lebih comel

hehehehe just joking Mr.TK
mOon EyEzS berkata…
jangan kata 4 kerat ...sekerat pantOn pOn hamba susah nak luahkan ...kihkihkihkih
dill berkata…
oh. guwa tak reti berpantun

dill.
Chuu Muqhlis berkata…
aku tau aku ni comel,
jgn berani berkata tidak,
bile TK dah mule mengomel,
sesape pn bole tersedak.
Mek Onie berkata…
pecah kaca,
pecah gelas,
sudah baca,
harap balas




pantun tu tetiba lari skrip,haha
Tanpa Nama berkata…
pengacara abpbh asyik membebel,
artis menyeksi sakit mato den,
jika ekau yang paling comel,
jemputlah singgah kat blog eden.

wee :D
Unknown berkata…
pen merah
pen biru
you marah
i lap you

ahahhahahaha mampos aku lau cik suro bace...

*berpantun smate2 nk kne review xd mksd lain :P
Tanpa Nama berkata…
bila dia merepek,
aku makan kerepek,
bila dia mengarut,
aku terjah blog tukang karut =p

pantun pape entah .. hahaha =p
singgah jap b4 tidoq ~ zzz
Yutaka Mushimura berkata…
Tuan berbudi hamba mengambil,
Ambil sebiji buah mengkudu,
Kalaulah blogger sedang dikail,
Bukaklah tenet reviewlah daku.

sekian, terima kasih.

Khas dari Osaka, Japan.
No name berkata…
Aku tak pandai pantun, dulu zaman sekolah pun aku bersajak jer.. itupun tukang baca jer.. hahaha
syiela berkata…
Tk si Tukang karut
Memang Suka mengarut
aku juga ikut mengarut
apa aku mengarut ni...

hehhehehe.. saja buat nyemak je aku mna tau nak pantun bagai :)
anak ayah berkata…
mantaplah tk!

nie dah jadi entri mencari bakat2 terendam utk berpantun~~~geli hati baca komen entry nie.. heh xp

kucing siam berbulu tebal,
lenggok berjalan kalah superstar;
eksyen si tK macam dikenal,
tapi siryesly, dia memang kelakar!

bila ada masa terluang,
direnung semua kenangan lalu;
andai ada umur yang panjang,
sudikah tK berjumpa aku?

kahkahkah xp

mengomel si ibu ada sebabnya,
bukan kerana membuang masa;
kalau dah tk begitu berkata,
apakan daya setujukan sahaja.
Noor Fatin berkata…
aduh xpandai berpantun. keh3

mmg comel :P
~Sal Ismail~ berkata…
guwa pun x reti berpantun~ (--")
emarieys berkata…
tak reti lah nak pantun.. gilah ronda-ronda bandar KB tu
lieynanilaz berkata…
mencari rezeki hingga ke kedah
ku gagahkan jua demi keluarga
tiada rezeki bertemu di Sabah
andai ada peluang bertemu jua
Muttallif berkata…
Pergi India Street Cari Herba,
Patik Jawab Cabaran Tuan Hamba!


Singgah sebentar di hotel Pan-View,
Melepas sekejap sambil minum herba,
Terbaca entri tentang blog review,
Kalau kelapangan, singgahlah ke teratak hamba.

Ke hilir sungai, ikan dituba,
Rupa-rupa terkenang sang buaya,
Tidak Salah hamba mencuba,
Asalkan pancingnya sudah mengena.

Tiada sembunyian, tiada mengadu domba,
Sudah terjawabkah cabaran Tuan Hamba?

\(^^)/

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...