Langkau ke kandungan utama

Jawab Pantun Dapat Review Part1...

Hai... Salam malam Jumaat...

Malam Jumaat???
Opppsss... Ok... Aku nak tulis entry ni laju laju...
Ada hal penting nak buat malam ni...

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini di sini...
Hari ini pengomen pertama yang akan di review mengikut cara dan suka hati perut limpa aku je...

Masam masam si buah strawbery
Menjadi makanan burung sekawan
BobieDanBad pemilik blog BobieStory
Isinya ringkas gambarnya menawan

Kopi susu teh tarik
Menjadi minuman untuk tetamu
Gambar dipotret cantik menarik
Tidak mahukah kamu berkongsi ilmu?

Sikit merasa banyak pun merasa
Jangan sampai busuk meruap
Lewat ini diam berbahasa
Adakah kerana jari terkena kurap?

Kancil berlari dari diburu
Mengelak diri dari pemangsa
Dengar khabarnya menjadi guru
Satu pengorbanan mendidik anak bangsa

ok... Otak dah tepu... Air dah masuk kepala dah...
Tatata....

NotaKarut: Tunggu... Ada lagi... Tapi... Aku sedikit blur la cam mana nak buat... Bukan pernah buat review pung... Ada cadangan?

Ulasan

Mek Onie berkata…
kau temberang la apapon,haha
Noor Fatin berkata…
aku! aku! review la blog aku jugak. kui3 :P
Unknown berkata…
ahahahaha review sguh ek....
ingt main2 =P
Rain berkata…
hebat ah review lam pantun. nanti review aku lam pantun 16 kerat..
sure aku terharu!
vampire's lovex berkata…
haha rajin gila main pantun.



lama gila tak jalan sini. hai tukang karut =)
bobiedanbad berkata…
Muahahaha tq en. TK, jejari runcing masih halus Dan tulus tau. Cuma keja2 sedikit mengganggu perjalanan blog hehhehe. Tq once again :)
Fyqa berkata…
perah abes review dlm pantun !
haha
bunga_rose berkata…
blog aku ko takmo review? tp aku tau klu review blog aku harus mendapat je kenakan aku, sbb tu aku tak komen kt entry sblm ni hahahaah
emarieys berkata…
wow, hebat tu..review pun dgn cara berpantun
Muttallif berkata…
Nice.
Cara pantun :)

Sedikit cadangan, mungkin boleh ditambah untuk review (gaya pantun)lain kali.

1) Jenis Isi penulisan blogger tersebut.
2) Adakah kau sendiri suka akan cara penulisan beliau.
3) Mungkin sedikit komen untuk membaiki atau penambah-baikan.

Itu sahaja. See ya TK
cinta siswi berkata…
hahaha/.. malam jumaat pun keje ke TK???huuu

#nk pntun jgk..hoho
CintaKhadijah berkata…
ni pengomen ke-13 xnak review gak ke? bhahaha..^^p
anak ayah berkata…
lain org lain cara nak mereview ^^y

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...