Langkau ke kandungan utama

Fakta Atau Auta???

Fakta : Setiap kumpulan Dikir Barat biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Fakta Tukang Karut : TK tak pandai menyanyi pun... Betul... Ini serius! Kalau menyanyi karaoke tu, biasanya TK akan menyanyi sambil mic nya di off... Dan kadang kadang kalau TK menyanyi, kosa kata lirik akan habis dulu sebelum irama atau dalam kata lain tak ikut rentak lagu... Ikut dan dia dan sedap hati perut telinga dia... Atau dalam kata lain TK telah menYUMBANGkan lagu tersebut...

Fakta : Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.

Fakta Tukang Karut: TK merupakan pemilik blog mnasriq.blogspot.com yang menulis apa yang terlintas difikirannya... Apa sahaja... Kalau lucah... Lucah la... Tapi lucah yang berlapik... Kalau mengarut, mengarut la... Kalau itu... Kalau ini... Semuanya kalau la kalau... Selalunya dia akan menaip, menaip, menaip secara spontan dan terus menaip tanpa membaca kembali apa yang ditulisnya dan terus publish...

Fakta: Juara ialah penyanyi utama kumpulan dikir dan biasanya berperanan memulakan persembahan diikuti Tukang Karut.  Tidak seperti Juara, Tukang karut akan berinteraksi dengan penonton menerusi gelagatnya.  Tukang Karut yang bijak memberikan persembahan menghiburkan sebagai berkesan fungsinya sebagai penghibur.  Juara pula biasanya adalah penyanyi yang memiliki suara cukup mendayu

Fakta Tukang Karut: TK sedaya upaya membuatkan pembacanya tersenyum lebar sambil berfikir... Sama ada mereka tersenyum kerana tak faham atau tersenyum kerana memang tak faham...


Kek coklat kek cawan
Dimakan sehingga menjilat jari
Selamat pagi kawan-kawan
Moga ceria sepanjang hari

NotaKarut  : Entry terhasil selepas membaca komen Lana... Hari ni cuti... Nak ambil family mertua... Esok nak terbang ke langkawi... Nak tenangkan hati yang serabut...

Ulasan

syiela berkata…
Banyak auta dari fakta tapi kdg2 yg auta tu yg membuatkan org berfikir..

***faham tak faham ^_______^ je
Chuu Muqhlis berkata…
fakta no dua tu betol la tk.,
pandai bpuisi dan bpantun! tp psal fikir dua kali tu x sure pulak kehkeh..
Rina Rahamat berkata…
akak baca jer apa ko tulis tanpa berfikir kiki
emarieys berkata…
kejap..blur ni baca entry kat sini hari ni..
Unknown berkata…
langkawi???

nak coklat...... =)
Asrul "iLham" Sany berkata…
eh, ada mention kek cawan... hahaha
bobiedanbad berkata…
TK kadang auta kadang2 terselit fakta :)
bunga_rose berkata…
errr buat la GA, hadiah coklat, boleh??? boleh laaaa.. nak coklat langkawi haaah..
ctk berkata…
amboi...brape malam cri fakta ni :P
blog-tips-kurus berkata…
.. selamat malam.
nak jajan Langkawi. weeeeeee... :-)

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...